Minggu ini tiada cerita bunga. Sebagai selingan saya mahu berkongsi perasaan suka berkelah di dusun buah-buahan milik nenek kawan baik saya, Si Mimi. Sebenarnya acara ini merupakan acara tahunan pada setiap kali musim buah bermula.
Ini Mimi dengan neneknya yang mesra dengan panggilan Tok. Anak-anaknya juga memiliki dusun di tempat yang sama. Mereka bukan sahaja baik hati, ramah malah sentiasa merai kami saban tahun dengan acara makan buah dan berkelah ini. Beruntung sangat kami ...
Bertempat di kawasan perbukitan, dusun ini mempunyai lanskap yang cantik dimana aliran air terjun yang jernih dan dingin mengalir merentasi tanah ini. Pada satu masa dulu dusun ini adalah tanah sawah. Disini juga terdapat ikan kelah tetapi kali ini tidak ada acara memancing kerana yang datang pun lebih perempuan dari lelaki.
Setelah sebulan lebih tertangguh, cuma akhir bulan lepas baru saya dan kawan-kawan dapat kesini. Seperti biasa beberapa pokok disimpan buahnya semata-mata untuk kami. Itupun buah rambutan sudah mulai meluruh kerana terlebih masak. Manakala buah-buahan lain sudah habis musimnya.
Inilah satu-satunya pondok yang ada untuk berehat. Saya amat suka persekitaran dan suasana perkampungan di sini. Hening, teduh dan paling sentimental, saya bagaikan berlari ke zaman kanak-kanak kembali.
Cucu saya, si Kasih. Happy dapat main air. Seronok melihat anak-anak mandi di sungai. Malangnya saya tidak membawa kamera, gambar yang ada ini semuanya gambar ehsan. Jadi banyak moment-moment indah berkelah hari itu yang tidak terakam. Especially gambar budak mandi rama-ramai disungai.
Semasa bebudak bermandi manda, geng yang tua membakar ikan.
Manakala anak cucu Tok sibuk mengutip pucuk-pucuk kayu yang boleh di makan dan di buat ulam. Sambil itu mereka juga menebang buluh untuk di pasangkan bendera sempena kemerdekaan yang lalu.
Geng yang muda pula ambil kesempatan panjat pokok dan makan buah. Tiada limit. Boleh bawa balik lagi sebanyak mana yang mampu. Peluang datang setahun sekali...
Kasih teruja kutip rambutan buat pertama kali....
Ini pula untuk bahagian peraih..
Acara makan..nasi, ikan bakar dan ulaman....
Lepas makan mandi lagi...Kasih dengan Tok Wan. Habis hati dua beranak ni berendam dalam air ....
Alhamdulillah, jika buah menjadi, adalah acara begini untuk saya dan rakan-rakan. Namun suasana meriah tidak setanding lima tahun lepas. . Hampir semua keluarga di lorong kami datang berkelah. Meriah sangat-sangat. Bila masa berlalu, suasana berubah, semangat bersama sudah luntur. Nilai persahabatan sudah jauh di belakang....Saya cuma dapat merindu sahaja tapi yang pasti tuan dusun tidak pernah berubah hati..itulah nilai mulia yang sukar kita cari sekarang ini. Harap tahun mendatang ada rezeki kami akan bersatu seperti dahulu kembali.
Selamat Berhari Minggu dan Happy Gardening!
Subhanallah..seronoknya Kak Mala..haha baru nampak wajah Kak Mala..lawa lah..dan Kasih punya lah comel main air .. :)
ReplyDeleteAna...tu bukan KakMala..hahahaa...tu Mimi cucu tuan dusun...
DeleteSeronok tak terhingga kalau dapat masuk ke dusun.
ReplyDeleteBulan lepas kak zai masuk dusun dapat kumpulkan rambutan sampai 3 guni bawa balik ke KL.
Comel cucu mala.
memang seronok ya Zai..tambah2 tengok buah duk tergentong-gentong...
DeleteMurah rezeki tuan punya dusun... tumpang seronok tengok foto-foto yg akak kongsikan.. berkelah dan mandi sungai .. terasa kesejukannya.. jamuan ikan bakar dan ulam fresh.. memang bertaut rapat ukhwah ni.. tahun ni meriah rambutan di rumah Bonda saya juga.. buahnya melesa ke tanah.. rambutan kuning dan merah.
ReplyDeleteSatu lagi seronok ....pokok hoya punyalah banyak kat pokok-pokok cempedak
DeleteWah.. seronoknya... geram tengok buah2 rambutan tu... merah2 semuanya...
ReplyDeleteIyalah farah. Itupun masa kak pergi rambutan dah nak habis pun..dah luruh-luruh...
DeleteCantiknya buah rambutan? seronok petik buah bersama keluarga.
ReplyDeletemesti seronok Carlz..ramai-ramai pula tu...
DeleteSeronok rama-ramai turun ke dusun kan.
ReplyDeletePokok rambutan memang bahagia dengan cuaca tahun ini Kak Mala.
Kami punya belum sempat luruh semua buah yang terlampau masak dah berbunga balik.
Banyak pula pokok berbunga sekarang.
Yang best tengah tunggu pulasan pula harap ada menjadi buahnya. Dah keluar kecik-kecik buahnya.
Tahun lepas pulasa tak happy tak berbuah.
Wah..dua kali berbuah tu..baguslah Diana. Tak putus dengan buah. Disini boleh kata dah habis musimnya. Kalau ada dijual pun rambutan dari luar...
DeletePokok rambutan banyak tumbuh sendiri.
DeleteYang terkejutnya cepat pula pokoknya membesar sekelip mata.
Penat juga projek tahun ini banyak pruning rambutan, nak kasi lebih cerah kawasan baru boleh banyak menanam.
wah makan buah rambutan..bagus ni makab buah2an tempatan
ReplyDeleteMemang bagus Etuza...rambutan ni memang feveret kakak pun...
DeleteMasa kecik2 dulu masa arwah opah masih ada merasalah tiap tahun cuti sekolah balik kampong kedusun durian opah...
ReplyDeleteSaudara lelaki merasa tuggu durian gugur malam2 didangau...siang hari orang perempuan massk pulut dan kuah durian makan ramai2...berkelah kat dangau...moment yang sangat menggamit nostagia lalu...
Bunda..saya ni berangan dah lama nak sebidang tanah nak buat dusun, nak tanam segala mala buah..ni dah sampai separuh abad belum tertunai lagi hajatnya...bilalah nak dapat ya...
DeleteSeronoknya ada dusun buah-buahan tepi sungai....macam di Kg Jahang Perak sahaja suasananya...
ReplyDeleteSuasana dusun kat kampung, selalunya sama ja kan Fida..
Deletewah seronoknye! Dah lama saya tak meras asuasana macam nie! Memang beruntung Normala!
ReplyDeletememang untung sangat Malar, dapat kekawan yang baik hati..boleh tumpang bersuka dekat dusun diaorang..
DeleteMasya-Allah bestnyaaa!
ReplyDeleteSiapa tak suka kalau inilah suasananya
Kasih juga beruntung kecik-kecik dah dpt melihat pokok buah-buah depan mata
Masa kakak dulu kecik pokok baru di tanam. Bila dah besar sikit baru ada peluang ke dusun
Seronok memang kalau dpt makan buah di bawah pokok. Lain nikmatnya tak sama makan di rumah.
Betul Zakie..itulah yang sebenarnya. Nikmat makan dan petik buah sendiri di dusun tak sama dengan yang kita beli atau makan kat rumah...
Deletesalams kak, ya allah seronoknyaaa berkelah:)
ReplyDeleteSalam Miza...Kampung Miza kat belah sana mesti banyak dusun kann....
DeleteSubhanallah...
ReplyDeletekak mala yang paling mahal, sungai tu...mengalir tgh kebun...heaven!
Menurut anak bongsu Tok, dulu2 semasa tanah tersebut masih sawah, lagilah cantik pemandangannya...
DeleteSenangnya hidup di desa, semua ada dan udara masih segar.
ReplyDeleteItulah Endah, kami yang tidak punya ini, cuma mampu menumpang kasih je...
Deleteaduhhh bestnya suasana...cakap kat nenek kita nk jadi cucu angkat boleh...?ngeee
ReplyDeletehehe..InsyaAllah. Sebenarnya anak cucu Tok ni suka sangat merai tetamu. Kak pun dah rasa mcm sebahagian dari saudara mereka juga...
DeleteMy favourite fruit - rambutan :P I want some. Enjoy the juicy sweet flesh. Yummy yummy!
ReplyDelete