Sunday 4 October 2015

R&R: The Survival

Setelah hampir sebulan setengah berlalu, hari ini barulah dapat saya posting perkembangan pokok-pokok yang di ubah dari homestay ke tapak R&R ( Rehat & Rawat ) saya. Pokok yang terselamat dan hidup ini adalah rentetan peristiwa dari pokok-pokok saya yang telah ditebang, ditarik keluar pasunya  dan di tebas. 

Hari ini dalam jerebu yang tebal,  sepagi saya merakam pokok di R&R. Lihat, matahari pun dah jadi sakit...Ini pukul 10.00 pagi...walaupun ada cahaya tapi nampak suasana mendung dan gelap..

Kalau hari sihat, pukul lapan pagi dah nampak ceria walaupun selepas hujan..

Saya mulakan dengan kelansungan hidup pokok Avocado dulu. Kalau dinilai dari daunnya nampak macam sudah sihat dan boleh sesuaikan diri namun akar baru belum pun lagi tumbuh dari lubang pasu. Tinggi dah melebihi 7 kaki. Ranting yang merendang dulu  habis kena cantas.

Nasib yang sama juga menimpa cotton rose ini. Sebelum ini pokoknya cukup tinggi dan rendang Kini berjuang hidup dengan  sejambak daun yang ada. Saya andaikan ia sihat kerana berjaya berbunga di R&R.

Roselle sempat saya pindahkan 3 pokok sudah mulai berbuah tapi entah kenapa buahnya tidak 
membesar...jadi terbantut dan kerdil..tanah tidak sesuaikah?

Mulberi yang pokoknya tinggi hampir sama dengan bumbung, saya tanam dari potongan keratan batangnya yang ditebang, berpucuk tapi akhirnya semua mati mungkin kerana air hujan yang bertakung ditapak ini. Selalunya mulberi cukup liat nak mati...

Namun begitu Torenia sangat mesra dimana saja. Monopoli hampir keseluruhan tapak R&R. Dialah kembang yang menceriakan tapak ini.. Benihnya senang merebak.

Begitu juga dengan kembang pagi liar ini..semasa di homestay dulu terbantut saja..

Angelonia pun mudah sesuaikan dirinya disini. Saya tanam di luar pagar.  Che Kam pula setakat ini tidak suka mungkin kerana bau masam manis pokok itu...

Tapi yang paling buat saya happy  ialah garlic vine ini. Bertahun  di homestay  tidak berbunga. Masuk saja R&R dua kali sudah berkembang...

Lain-lain bunga yang hidup dan terselamat termasuklah vinca putih dari Diana Kebun Bahagia Bersama. 

Akar Dani, telang putih & biru juga berbunga. Cuma saya kehilangan cypres vine pink. Yang tinggal putih sahaja. Sampai kehari ini saya masih mencari kelibat pokoknya di homestay namun tidak ada.

Pagi ini semasa saya sibuk merakam, dua ekor supervisor ini pun sibuk sama melawat tapak. Syukur,  Kaspin sudah 90% sihat dan menambahkan berat badan. Tahap kecergasan juga meningkat. Cuma sesekali dia kelihatan penat. Terima kasih kepada semua yang mendoakannya ya! 

Alhamdulillah walaupun ada satu dua pokok  yang mati, sebahagian besarnya berusaha berjuang dan hidup dengan jayanya. Kini tapak R&R ini makin meriah. Saya juga menyelit dengan sayur dan pokok buah2an. InsyaAllah dilain posting kita bercerita tentang ulam dan sayuran pula. Selamat berhujung minggu dan jagalah kesihatan diri jika di sana  juga berjerebu. Saya baru pulih dari sakit tekak. Happy gardening!


28 comments:

  1. amboi...2 ekor kucing tu pun tumpang posing ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah peneman saya Kam...dalam famili suami dan anak-anak tak berminat lansung dengan pokok...hehee..

      Delete
  2. Alhamdulillah.. namun tetap terkilan diatas kehilangan cypress vine merah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Mar, masa dia naik berselerak kat homestay dulu kak tak simpan benih baru. Yang lama ada tapi bila semai tamo naik..

      Delete
  3. supervisor tu kan bodyguard kak mala..semoga alam kita kembali pulih kan kak mala, sedih melihat alam yang kian tenat..allahu akbar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jerebu kat sini cukup2 teruk...bila hujan turun bau asap hangit...tak boleh nak merayap tengok pokok sehari dua ni. Aritu pun dah sakit tekak...

      Delete
  4. oooo...kaspin dah sihat ye...syukur

    ReplyDelete
  5. Segarnya tersiram hujan. Kami disini masih menunggunya... Lucunya supervisor Kak Mala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disini sudah 2 bulan lebih hujan Endah tapi jerebu tetap melanda...

      Delete
  6. Ada yg menceriakan tuannya walau ada juga yg belum betul-betul serasi dgn tempat baru
    Kucing-kucing pun macam suka aje kat R & R baru ini. Jerebu jadi ada cahaya panas itu yg kucing suka bersantai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul Zakie...yang paling suka si Kaspin la...suka pi cakar2 kuku kak papan kayu..

      Delete
  7. Assalamualaikum kak Mala,
    Wah berseri2 R&R kakak, mcm nursery kecil2an pula julie tengok hehe, veria dgn pelbagai jenis bunga, Kaspian dh sembuh, syukur alhamdulillah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Jullie, dah sembuh. Ada sikit2 lagi, ikut ken follow up dengan doktor tapi tak sempat bawa pi cek lagi


      Delete
  8. Harap2 apa yang mala usahakan berjaya. Alhamdulillah kaspin pun sudah sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zai, harap2 suburlah kebun R&R ni hendaknya dan amin Kaspin makin sihat.

      Delete
  9. Assalamualaikum warahmatullah,
    Saya juga sukakan pokok-pokok, dan ianya bagaikan spa minda semulajadi. Bagaimana mungkin titis hujan, deru alur dan hijau pohonan tidak mendamaikan? Sesungguhnya Allah SWT telah memberitahu:
    "Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." (Al-Israa` : 44)

    #Kiut supv berdua tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, ayat-ayat ini membuatkan saya lebih berhati-hati terhadap haiwan disekeliling kita..

      Delete
  10. Ada hikmahnya masa bulan puasa hari itu ada insan datang buat R&R kak Mala kan.
    Siapa sangka cepat sahaja penuh ceria sebab banyak-banyak pokok perlu diselamatkan keluar dari homestay.
    Syukur Alhamdulillah Kaspin dah bertambah sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Diana, tujuan asal buat R&R ni cuma nak rawat & semai pokok. Eluk2 siap rupanya dah ada kejadian menunggu..Kalau tak ada tapak ni, bayangkan mana kak nak letak pokok2 tu..

      Delete
  11. Lama tak jenguk blog akak...akhirnya dapat tengok RnR akak....banyak bunganya....

    ReplyDelete
  12. berkenan betul dgn garlic vine. warnanya sangat memikat hati akak. tanam bijih semai ke keratan batang mala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yon..duduk jauh, tidaknya boleh kasi kan. Selu buang saja pokoknya...

      Delete
  13. Kembang pagi tu cantek kak mala...suka tengok...

    ReplyDelete
  14. Whoa kebun dah besar and suka tengok diaorg tu sibuk sibuk kat kebun juga. Sama lah macam Ben, saya cabut rumput dia pun sibuk jugak.

    ReplyDelete