Sunday 7 February 2016

Taiping yang Hijau...

Ada kawan tersenyum sinis tanya saya, bercuti ke Taiping? Ada apa di situ...Memang pada mulanya tidak terlintas ke sini tapi memandangkan mahu membawa cucu melawat zoo, jadi kami memilih Taiping sebagai salah satu destinasi percutian kali ini selain dari Batu Ferringhi. Sewaktu google tentang Taiping saya terjumpa web site tentang resort yang rasa saya menepati jiwa.Terus suruh adik booking. Sentosa Villa Resort. Jom enjoy bersama.

Sepanjang perjalanan mata saya dijamu dengan pemandangan  landskap yang begitu hijau dan menyamankan. Belum apa-apa saya sudah jatuh hati pada bandar ini apalagi bila melihat berek-berek dan banggunan lama ditepian jalan. Seakan melihat sejarah lalu yang masih segar di depan mata.


      Masuk saja ke Taman Tasik Taiping... ...aduhhh..jatuh cinta terus. kenapa kampung saya tidak disini? Sungguh cantik taman lagenda ini ..damainya. Hijau di mana-mana. Nyamannya jiwa.


Kasih pun teruja juga...


Melihat jalan yang dibarisi pohon-pohon tua ini  sangat menggamit memori saya pada kartunis Lat yang femes dengan buku kartunnya..from Taiping With Love...


Sungguh nostalgia...siapa yang pernah bercinta disini..?


 Akhirnya sampai juga. Deretan signboard yang ada disepanjang jalan sangat membantu. Memang tak salah pilih...semua suka tempat ni...Seluruh kawasan ini redup di kelilingi dengan pokok buah2an macam dusun. Kelihatan pokok durian di kiri dan kanan villa kami.


Tapi waktu kami sampai musim buah telah berlalu. Cuma tinggal buah markisa saja...


Sungguh sejuk & nyaman. Air jeram yang jernih mengalir melalui hadapan  balkoni. Malam tidur terdengar deruan aliran air. Tenang jiwa rasa.


Pagi-pagi pula terdengar kokok ayam dan kicauan burung.  Macam duk kat kampung nenek pula rasanya. Seakan back to nature.


Kabus pagi menyelubungi bukit.


Pokok bunga dan pepohon hijau  ditanam sepanjang jalan dan lorong.


Semasa melawat kawasan saya terlihat sepasang kekasih sedang bergambar untuk pre wedding mereka...


Melihat landskap yang cantik begini tak sangka pula ianya terletak ditengah -tengah taman perumahan.


Walaupun kawasan ini luas tapi persekitarannya dijaga rapi dan bersih. Kasih pun sudah tidak sabar mahu mandi dan bagi ikan makan.


Sampai hajat juga dia...happy sungguh sepanjang masa..


Kasih bergambar kenangan sebelum ke Penang.


 Mmm...siapa kata Taiping tiada apa..yang pasti saya akan datang lagi. Tak puas tidur semalam. Banyak lagi tempat menarik yang belum sempat kami lawati antaranya Bukit Larut. Menurut pegawai yang bertugas, mereka sedang dalam proses baik pulih bungalow-bungalow yang terdapat di atas bukit tersebut sebagai rumah percutian. Semua bungalow tersebut dibina semasa zaman pemerintahan British dulu....di mata saya sudah terbayang-bayang taman-taman bunga yang berkembang dalam cuaca sejuk ala-ala Cameron Highland...

Happy blogging & happy gardening and also happy Chinese New Year to my Chinese friend. 








13 comments:

  1. Wow! p Taiping tak habaq ceq pun no... haha Kak Mala, dah sampai pun ke Taiping (tempat tumpah darahku).. Bunda pun tak sampai lagi kat Sentosa Villa tu... masa sekolah dulu biasalah ke Bukit Larut (dulu Bukit Maxwell) dua kali...

    Semoga Kak Mala enjoy dan silalah datang lagi ke Bandar Taiping yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, KN org Taiping ya. Bestnya..saya kan pantang tengok tempat hijau2 bersih gini. Dah berangan nak duk sini pula..hahhaa...last year bawa Kasih pi Tambun Lost World. Tidur semalam kat Ipuh..waktu keluar makan malam sesat kat pekan Ipoh...hampir 3 jam duk pusing asyik2 naik ke highway. Kali ni dah serik tak nak masuk Ipoh dah..hehee...

      Delete
  2. comelnyer Kasih... cucu Kak Mala yer... sorang jer ke baru cucu Kak Mala?... tomey..tomey tangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cucu baru sorang tu aja KN. Dua tahun lebih umur..buah hati sangatlah tambah2 dgn tok wan dia ...Semua org duk tumpu dan layan dia sorang saja....

      Delete
  3. Assalamualaikum kak,
    Selamat bercuti bersama keluarga. Cantik sangat tempat tu...sesuai sangat dengan jiwa saya yang sukakan hutan hijau dan deru alur jernih. Insya-Allah, jika diberikan upaya akan sampai ke situ suatu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak suka tempat gini2 Abu..tempat yang tak sibuk dan bising2...

      Delete
  4. Kak Zai pun baru aje jln2 Taiping. Ada buat N3 tentang Taman Tasik Taiping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tengok warga tua sekitar taman tu..ramai yang berjogging..

      Delete
  5. Tukang Kebun pun suatu hari nanti teringin nak bawa anak-anak ke sini.
    Pertama kali dulu berasrama penuh di SERATAS Taiping setahun di sini dahulu. Sekolahnya menghadap Zoo Taiping dan Taman Tasik. Bila keluar sekejap ke kelas piano ke arah bandar, berjalan kaki dalam Taman Tasik Taiping ini.
    Ya Taiping ini banyak tempat-tempat menarik.
    Sebab sekolah di sini, pertama kalilah balik ke Sungai Buloh menaiki keretapi dari Taiping bersama kawan-kawan.
    Kenangan indah nenek bersama Kasih.

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Mala,

    Kampung saya tu hahahaha.. but not exactly kat Taiping lah.

    ReplyDelete
  7. Pernah naik bukit larut..memang best. Tapi kawan ky pening naik keretapi berpusing2 sebelum sampai puncak bukit. Nak turun pulak seriau..

    ReplyDelete