Sepanjang bulan puasa ini cukup membahagiakan saya kerana berbuka dengan sayur dari kebun sendiri. Sendiri tanam, sendiri petik, sendiri masak & se famili makan. Tanaman yang di semai dan sedia ada bagaikan berjanji, betul-betul dapat dituai dalam bulan yang mulia ini.
Walaupun hasilnya kecilan tapi cukup buat saya dan anak menantu merasai nikmatnya.
Timun betik sulung saya masak pada puasa ke sepuluh tanpa disedari. Tau2 sudah tertanggal dari tangkai dan sudah merekah. Baunya harum semerbak.
Saya simpan semalaman untuk dapat hasil yang lebih baik. Terover masak sudah...isinya cukup gebu dan lembut. Saya potong kecil-kecil dan masukkan dalam santan yang dimasak bersama gula dan sedikit garam. Simpan dalam freezer untuk sejuk yang maksima.
Mmmm...rasanya memang enak dan menyegarkan..Ceritanya dulu-dulu saya tak boleh bau lansung buah ni. Meloya. Busuk. Termasuklah honey dew. Hairan macamana orang lain boleh suka dan makan. Tapi sekarang dah feveret....
Dah nak jadi tanaman tetap dalam kalendar kebun saya...menjadi juga walau benih campak-campak.
Lagi hasil dari benih campak-campak. Buah tembikai...
Timun mini dan terung kali ini agak menjadi juga walaupun tidak meriah berbuah serentak.
Timun saya jenis keluar satu satu. Saya teringin nak macam orang lain tanam berjuntaian sekali keluar. Tapi tak mengapa juga, buahnya sentiasa ada dipokok.
Comel dan manis rasanya.
Terung putih. Yang besar simpan buat benih.
Kali pertama saya tanam terung..semuanya naik sebiji sepokok. Kali kedua ni kira Ok jugalah. Terung Bangladeshi 4 biji sekali keluar.
Sambal Bangladeshi dengan udang .
Terung jenis panjang purple ...baru sebiji..
Walau pun hujan masih berlarutan siang malam, cili saya tidak memburuk. Sihat dan cantik pula.
Dah tinggi dari saya pun....Lebat buahnya. Saya kutip buat jeruk sebab kawan-kawan pun jarang datang memungut di bulan puasa ini.
Ini pula kacang panjang renek pemberian Julie M, kawan blogger kita. Tak sampai dua bulan dah boleh makan...Sekarang saya tengah duk prepare batch yang kedua dari benih sulung.
Kutipan pertama. Saya teringin nak buat kerabu pelam style orang Langkawi. Di campur kacang panjang bersama kelapa goreng, udang kering, cili padi, bawang, serai, kacang tanah,garam, sos ikan, asam limau dan perasa.
Lebih kurang beginilah kejadiannya...
Peria...sepokok saja tapi sampai tak termakan buahnya... berjasa juga dia ni sebab dapat disedekahkan pada jiran.
Petola panjang. Hanya sebiji ini saja lekat. Pokok subur bukan main. Bila masak pahit pula rasanya. Terus saya buang pokoknya kerana terlalu merimbun tapi malas berbuah.
Tomato ceri...dak rasa muak nak tanam sebab kedekut buah...tak tahu nak buat macamana nak bagi lebat sikit. Tak mahu menjadi betul...Ada lah lima biji sepokok. Baru masak tiga biji tapi alhamdulillah dapat juga buat air asam makan dengan ikan bakar untuk berbuka..
Sawi kerinting. Menjadi rezeki belalang dan ulat. Walaupun banyak yang saya tanam tapi cuma dapat makan beberapa pokok saja....Tak apa lah..sedekah bulan puasa...
Sebagai ganti...rezeki dari jiran. Nasi Ulam..Ulamnya di pungut segar dari kebun saya pagi tadi. Lain orang lain resepinya. Kalau arwah mak buat..ulam/awasnya lebih banyak lagi. Menghijau nasinya. Apapun sedap rasa nasi ulam ni. Pandai jiran saya buat. Secukup rasa. Kalaulah ada sayur keladi....
OK kawan-kawan, selamat berpuasa. Take care. Happy blogging & happy gardening!
Kak Mala, cantik & meriahnya hasil tangan gardening Kak Mala. So addictive & impressive! Tak pernah try lagi timun betik tu. besar size dia. Nak chili padi tu..mine dah no stock. Tgh nak tanam yang baru. Really no need to go pasar! Like!!!!
ReplyDeleteTimun betik tu yang buah pertama memang dapat standard size. 1 kilo lebih berat dia. Yang kemudian dah jadi ketot2..tak besar sangat. Saya ada banyak benih.
DeleteBestnya boleh makan sayur sendiri tanam. Sya banyak juga tanam sayur tapi semuanya tak cukup kasih syg.. kurus-kurus semua. nak buat masak pun tak cukup.
ReplyDeleteKadang2 terlebih kasih sayang pun dia tak gemuk juga..macam pokok labu kak. Subur pokoknya tapi sebiji pun tak berbuah setakat ni. Dah nak masuk 3 bulan pun.
DeletePada kakak yg tengok ni dah terlalu meriah walau sepokok sebiji. Sebab ada yg berjuntaian macam terung tu sekali keluar 4. Utk makan sekeluarga sekali masak rasanya tak boleh habis kalau 4 biji tu. Lagi yg geram tu semangka pun macam yg kat ladang. Boleh pulak besar. Hubby kakak tanam guna biji juga tapi alahai besar kepala kucing aje. Kelakar betul.
ReplyDeleteItulah Zakie, kadang2 pelik juga. Yang kita baja tak nak gemuk yang kita campak2 pula boleh menjadi. Bab menanam ni kena banyak sabar walaupun kak sendiri selalu juga hilang sabar...kira nak cabut je...
DeleteMeriahnya tanaman, hasil pun banyak, ramai boleh merasa.
ReplyDeleteSaya belum pernah tanam kacang panjang renek tu. Nak cuba juga.
Kacang renek ni kejab saja hayat dia...tak macam yang jenis memanjat berbuah sampai ke tua...
DeleteIni betul betul hasil yang meriah! Ada tips ke supaya sayur hidup subur? ;)
ReplyDeleteSaya guna tanah kompos buat sendiri....sesekali buh booster roti..air basuhan ikan...
DeleteWoah meriah hasil kebunnya. Dah lama tak makan timun tu dengan santan. rindu..
ReplyDeletememang sedap & harum sangat...heran dulu2 kenapa kak bau busuk kat benda ni...
DeleteByknye hasil.. Alhmdllh.. Rezeki.. Nk sikit.. 😍😍
ReplyDeleteBoleh...biji benih banyak..
DeleteAssalamualaikum kak, semoga dipermudahkan beribadah di Ramadhan ini.
ReplyDeleteteruja melihat foto-foto sayuran tu, segar mata. Inilah hasilnya jika berbudi pada tanah. Tak perlu beli dah sayur-sayur, jimat belanja..Lagipun 'Bertani satu ibadah'...
Waalaikummusalam Abu,
DeleteMemang bertani tu ibadah Abu...banyak orang & serengga berkongsi dengan tanaman kak..pakat2 dapat rezeki..
Sedapnyer tengok timun betik tu KM.. itulah kan kalau berbudi pada tanah ni berbaloi2 dapat makan sendiri...
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri, maaf zahir dan batin..
Salam Aidil Fitri buat KN juga....
DeleteAssalam, salam balas singgah di sini. Wah kak, mmg meriah nmpknya tu, bestnya saya suka, saua suka gak nanam2 ni, tp tkde tanah, tanam dlm pasu je, blm berhasil lagi.
ReplyDeleteSalam ramadhan, salam syawal kak ye
Assalam, salam balas singgah di sini. Wah kak, mmg meriah nmpknya tu, bestnya saya suka, saua suka gak nanam2 ni, tp tkde tanah, tanam dlm pasu je, blm berhasil lagi.
ReplyDeleteSalam ramadhan, salam syawal kak ye
Waalaikumusalam.
Deletekak pun banyak tanam dalam pasu. Nasib ada kawasan padang lapang tepi rumah. Walau tanahnya keras & tak subur tapi dapatlah juga menanam sikit2 sayuran, ulaman & buah2an.
Syukur Alhamdulillah banyak pilihannya tu.
ReplyDeletePasti seronok mencuba pelbagai masakan dari hasil tangan sendiri.
Tengok terung teringat kisah nak buat lontong raya tahun ini.
Mak asyik lupa nak tuai terung telunjuk dia, asyik dah jadi tua.
Diana tuailah yang mana masih boleh makan campur dalam bahan lontong dia.
Salam kak Mala.. mohon share ye artikel akak ni di fb ye
ReplyDeleteSalam. Ya silakan.
Delete