Rasanya semua orang kenal daun kaduk kalaupun tidak pernah memakannya. Di rumah daun kaduk sentiasa ada dan hidup begitu subur merayap kemana saja. Selama berhenti kerja ini, saya rajin mencuba resepi herba dan ulaman dari kitchen garden. Betul-betul nak manafaat apa yang ada di sekeliling rumah. Tiada alasan lagi untuk tak ada masa. Cerita pasal bunga pun duk ketepi sat...
Daun kaduk saya sentiasa menghijau walau dalam cuaca ekstrim sekarang ini. Sekali tengok macam daun sireh. Memang dari satu famili pun - piper. Arwah nenek dan ibu saya suka makan daun kaduk. Resepi paling best disediakan waktu dulu ialah gulai lemak daun kaduk dengan ikan kering. Walaupun daun kaduk boleh di sediakan dengan pelbagai resepi tapi saya paling teruja sangat-sangat nak cuba satu resepi ini.
Resepi orang Thai. Miang Kham atau sireh kaduk. 'Snek' yang ingin saya makan dan cuba sejak sekian lama dulu tapi tidak pernah tertunai. Nah, petang kemarin dah pun buat..rasanya? Perghhh...serius sedap...sekali kunyah, wah!! krup krap krup krap meletup dalam mulut....Tak boleh henti makan ni...sedap sangat rasa dia. Manis, wangi, pedas, masam, lemak..ehhh..memang sedap secukup rasalah! Rasanya sapa tak makan daun kaduk pun akan jatuh cinta punya!
Ini bahan isianya. Udang kering, halia muda, bawang merah, serai, kacang tanah, ,cilipadi, bunga kantan, limau kasturi dan kelapa goreng...Kalau lihat senarai intinya memang tertanya-tanya..tak pelikah rasanya nanti..siap asam limau, udang kering bagai...
Tapi itulah selalu orang kata, tak cuba maka tak tahu..tak kenal maka tak cinta..tak makan maka tak merasa....bila dah makan...mmmm..tak boleh henti pula jadinya...Aduh...kenapa orang Thailand ni pandai sangat...jujur cakap saya memang dah jatuh hati pada miang kham ini..menyesal tak cuba dari dulu..
Cara makan begini. Letak semua bahan isian diatas sehelai daun kaduk segar. Taruh sosnya di atas. Lipat daun kemudian kunyah perlahan.lahan sambil pejam mata dan nikmatilah kesedapannya. Hehehe... Mungkin sesetengah orang tidak suka daun ini kerana rasa pahit tapi percayalah dengan miang kham rasa pahit tu tak rasa lansung...sedap je semata-mata.. Terima kasih pada Mat Gebu untuk resepi ini.
Tips untuk rasa lebih ummph..bahan inti seperti halia, serai, lengkuas, cili dan bunga kantan harus pilih dari batang yang segar dan muda.
Daun kaduk juga harus segar dan dari pucuk yang sedang-sedang. Baru boleh nikmati keranggupannya.
Gula thai untuk bahan sos. Di tempat saya memang senang didapati. Juga gula untuk som tam. Tapi jika tiada boleh digantikan dengan gula kabung atau gula merah. Ada orang taruh madu dengan sos ikan saja. Apapun ikut selera sendiri ya. Kalau tak mahu manis kurangkan gula.
Selain di buat ulam, gulai lemak dan kerabu ...daun kaduk juga sering digunakan sebagai daunan melapik bahan isi otak-otak. Saya buat otak-otak isi tenggiri. Memang aroma daun kaduk cukup membuka selera...
Posing sikit..presenting kaduk dari kitchen garden...
Satu lagi yang tidak patut dilupakan kaduk juga mempunyai khasiat perubatan yang tersendiri. Boleh ubati sakit mata merah, sembelit dan berbagai lagi..Info lanjut sila lihat disini..Jadi jangan lagi pandang sebelah mata pada kaduk walaupun dia tidak naik junjung ya...
OK kawan-kawan happy gardening & happy blogging!
kita sebut tanaman ini Karuk, hampir sama ya... di sini dikenal sebagai obat batuk dan ashma. Dulu sangat banyak meliar di halaman, tapi sejak rekonstruksi rumah, tanaman itu pun hilang tak berbekas. tak pernah tahu bisa dimasak untuk berbagai hidangan. Membayangkan rasa masakannya sepertinya a bit strange, ya Kak Mala... So interesting
ReplyDeleteEndah....di negara saya, kaduk dimakan sebagai sayuran dan ulaman. Biasa di cuba dalam pelbagai resepi. Miang Kham pula adalah makanan tradisi orang 2 Thailand. Cubalah makan sesekali..
Deletesuburnya daun kadok ni kak Mala, mak ana pernah masak masakan ala-ala tomyam denga menggunakan daun kaduk ni, masakan perut ikan mak panggil, aroma daun kaduk ni memang menyelerakan bila di masak :)
ReplyDeletememang subur Ana sebab kak rajin cantas daun tua..pokok ni tak boleh biarkan daun dia jadi tua. Lagi kerap cantas lagi cantik daunnya keluar.
DeleteAssalamualaikum kak Mala,
ReplyDeleteNampak sungguh sedap la otak tenggiri kaduk tu, cantik2 la pic kak Mala postkan ni sungguh berseni!
Salam Julie...masa kak buat otak2 ni..bukan makan isi ikan sangat tapi kak syok duk ratah..ulam2 yang dimasak sekali tu..sedap.
DeleteKak Mala, masa bunda kecik2 dulu kan...teringat lagi bila balik kampong selalu ikut arwah opah pergi kebun cari ulam, macam2 ada...kalau daun kaduk ni merayap jer di mana2...rasanya tak tanam kot...ada jer dimana2 .. subur pulak tu, petik jer nak banyak mana pun...
ReplyDeleteTapi laa ni dah lama betoi tak makan dah... tengok gambaq2 kat ataih tu rasa lecoq ayaq lioq...
Memang betul KN, daun kaduk ni serata kampung dia tumbuh. Orang dulu2 tak tanam pun..nak makan keluar pi kutip ku tepi2 rumah atau kampung. Tapi sekarang tak semewah mcm dulu dah..nak kena tanam sendiri juga..
Deleteky pernah makan sekali kerabu daun kaduk.sedap juga rasanya. menu yg mala buat ni memang membuka selera..
ReplyDeleteKerabu daun kaduk memang sedap Yon..Saya kalau kerabu kaduk ni tak guna kerisik cuma guna kelapa yang diblender halus campur bersama ramuan2nya.
DeleteTerus terang kak zai memang belum pernah makan daun kadok. Bila mala cerita dan nampak gambar kat atas macam nak aje cuba.
ReplyDeleteCubalah makan Zai..macam2 boleh buat dia ni..
DeleteKakak ada tanam, makan dan suka daun kaduk ni. Pada kakak tak pahit bahkan sedap. Tapi resepi Kak Mala ni belum pernah buat. Biasa kakak buat kerabu atau masuk dalam hidangan utk ulam. Ada juga kadang bila masak lemak cili padi sebaik ikan dah masak masukkan daun ini dan tutup api. Sedap tau...
ReplyDeleteResepi Kak Mala ni tengok pun dah tergoda. Gambar-gambarnya buat mata tak berkelip tengok:)
Kalau suka makan daun kaduk..sekali seumur hidup mesti try buat miang kham ni..sedap Zakie..
DeleteEntah bilalah Zakie dpt buat miang kham ini.
DeleteTak terbayang sedapnya:)
#jomjengukkakmalakenatag
Tentu sedap rasanya. Belum cuba lagi walaupon di taman banyak daun nie.Mungkin satu hari nanti akan memberanikan hati nak cuba resipi Thai ini.
ReplyDeleteCubalah Mud..mana tahu jadi feveret pula..baru laku kaduk kat taman tu..hahaa...
Deleterumah I ada jugak. Tyapi tak tau pulak boleh buat dish guna daun kaduk nie! ;)
ReplyDeleteMalar...daun kaduk ni boleh dimasak dgn pelbagai resepi...
DeleteMeleleh-leleh air liur tengok.
ReplyDeleteSedap dan healthy.
Dalam kebun tumbuh merata-rata.
Tapi pelik kaduk ni kan ayam/itik/angsa tak kacau pergi makan. Jadi bermaharajalela tumbuh.
betul Diana, daun kaduk ni susah nak kena penyakit..serengga pun tak kacau...che kam pun tak makan...
Deletesaya pernah cuba sekali resepi ni..ntah la..mungkin yg buat tu belum expert lg kut..
ReplyDeletemungkin tak kena dgn selera kut..tapi itulah bahan mentahnya mesti fresh.Mcm halia & serai kena guna yang muda. Asam limau pun mesti buah baru, Kelapa tu kena goreng keperangan ja..tak boleh guna kelapa tin. Kalau bahan lama digunakan mesti mengurangi rasa asli sesuatu masakkan.
Deletekak mala,.macamana nk bg kaduk ni subur ye? cantas pucuknya ke atau buang daun2 tua tanpa cantas batangnya
ReplyDeleteCantas pokoknya tinggal separuh. Buang juga daun tua dibahagian bawah. Daun kaduk lazimnya blh tumbuh dimana saja cuma perlu siram air yang mencukupi.
Delete