Wednesday, 16 March 2016

Kering & Garing..

Panas! Panas! Panas!  
Sudah lebih sebulan hujan tidak membasahi tanah di taman perumahan saya. Kali terakhir hujan turun kalau tidak silap mungkin pertengahan February lepas. Cuaca kering air masin sangat membingit kulit. Garing kalau lama-lama di luar. Kadar bacaan cuaca sekarang ialah 34-38 darjah Celcius.  Se awal 8.30 pagi bahang panas mulai terasa. Berita mengatakan kesan El Nino ini mungkin akan berpanjangan sampai ke bulan June ini...aduhai...

Cuaca panas luarbiasa kali ini mengundang kebakaran tidak sengaja di tepi kebun R&R. Ketika itu saya tiada di rumah. Kawan tolong kawalkan api agar tidak merebak masuk ke kebun. Alhamdulillah selamat!

Tapi ini tidak cukup selamat buat  Kaspin. Kotoran hitam  sisa bakar akan mudah melekat ketika dia bermain waktu petang  diatas padang. Bila terkena air disimen beginilah jadinya. . . Dah tak larat nak bagi mandi..

Begitu juga dengan Kastih...penat juga di buatnya...

Walaupun cuaca sangat kering di luar tapi kebun R&R saya tetap menghijau. Pokok labu  begitu subur menghijau. Banyak katak-katak berselindung di bawah daunnya yang lebar. R&R sudah jadi lembah hijau di tengah gurun padang. Tempat tumpuan berehat dan berlindung. 

Katak pisang ni menyejukkan badannya  di atas daun pokok kacang bendi. Oleh kerana risau dengan kehadiran katak yang banyak saya mengambil keputusan untuk membuang pokok labu yang sedang subur itu. Pokoknya merayap sebahagian besar tanah R&R.  Keberangkalian untuk pemangsa datang melawat adalah tinggi. Takut juga saya...sebab kedua saya buang pokok ini ialah kerana....

Mmmh! cuma sebesar saiz bola ping pong saja ia berbuah...boleh ke? Sedangkan pokoknya subur bukan main...Manalah silapnya ya...

Nak masak apa ni..?

Agak malang juga..sudahlah bulan lepas pun  saya dapat tembikai ping pong....Ada usul dari member grup kebun fb nak panggil saya Mala pingpong....kesian kan saya....hehehe...Walaupun begitu, syukur ia masak sempurna. Merah dan  manis. 

Bukan saja tumbuhan, cuaca panas ini juga memberi kesan kepada hidupan lain di sekeliling. Stray cat ini tergolek pengsan di tepi longkang belakang rumah.

Kaspin & Kastih pula selesa berehat  dicelah pasu berteduhkan pokok-pokok bunga.

Yang ini pun takut panas walaupun hitam..

Manakala Che Kam berehat seketika, bersantai di pinggir longkang sebelum meneruskan kegiatan menjarah tanaman di taman. 

Pencuci kawasan berbangsa Nepal ini juga turut berehat sebentar. Kesian tengoknya berpanas mengorek longkang. Jiran saya memberi sebotol kopi ais kepadanya buat menghilang dahaga.

Selepas kebakaran padang, kawasan belukar sebelahnya pula terbakar. Lama juga bomba mengawal keadaan agak tidak merebak ke jana kuasa TNB bersebelahan. Kebakaran hutan boleh berlaku bila-bila masa saja di musim kemarau ini. Sungguh bahaya.



Sepanjang hari di musim panas saya banyak berkurung di dalam rumah saja. Sesekali keluar masuk tengok pokok-pokok yang masih berbunga subur walau dalam cuaca ekstrim.
 Dalam cuaca panas begini eluk banyak minum air dan jus buah2an segar agar tidak terhidrat. Ini hasil tanaman kedua tembikai saya. Besar sikit...puaslah makan sorang..manis sangat. OK kawan-kawan...harus jaga kesihatan dalam cuaca begini ya..
 Happy gardening & happy blogging!








26 comments:

  1. alahai..tengok tembikai yg merah meranum tu tekak tergin la pulak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul Kam..waktu2 cuaca terik begini memang sedap makan buah ni...

      Delete
  2. Kat Sabah ni pun lama kemarau dah Kak Mala.
    Rumput bukan hijau sepanjang jalan. Jadi rumput coklat macam tanah je dah habis kering.
    Katak macam tu panggil katak pisang ya kak Mala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Diana..kat tempat kak panggil katak pisang..katak ni suka melompat tinggi. Dulu2 arwah mak tak bagi kacau katak ni sebab kalau dia terkejut dia suka pancut kencing. Takut kena mata..bahaya.

      Delete
  3. Kita ni ok juga boleh berlindung dan on air-cond sepanjang masa, tapi kucing-kucing yg suka bermain diluar kesian. Nak duduk dlm rumah aje boring agaknya tu yg terlentang balik pasu - sejuk juga. Sama macam katak menumpang teduh dibalik daun labu.

    Tanah dan pokok pun nampak gersang betul.

    Ujian Allah berikan utk kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap tidak berlanjutan ke bulan puasa ini. Betul Zakie, ujian dari Allah mesti ada hikmah disebaliknya.

      Delete
  4. Dekat tempat kak Zai pun panas berdeting tp kadang2 petang hujan.
    Walau buah tu kecik dapat juga merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Zai...walaupun kecil sangat tapi seronoknya semua masak sempurna..

      Delete
  5. Assalam Kak Mala.. kt kg pun panas.. 2 minggu je rumput dah kering.. byk koleksi yg garing juga.. kesian kucing pengsan tu..

    Bunga biru tu bunga apa ya?.cantik nampaknya..

    ReplyDelete
  6. sampai dibrunei pun panas membahang jugak ni Mala kebakaran sana sini, mkn tembikai merah tu alahai sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..sedunia kena tempias bahang el nino ni...tak tahu lah satu hari minum air banyak mana..asyik minum je..air ais pula tu..hish...

      Delete
  7. Ping pong watermelon? The name so apt for a mini melon like this one. I love to see your enthusiasm in growing plants. I hope it will rain soon too and no fire will break out. You have a great day!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope the rain will fall sooner. Actually this watermelon is not really a pingpong type. The fruit are not growing well and stunted. Just pingpong size.

      Delete
  8. Aduh kasihan kucing-kucing itu...
    Memang sangat panas akhir-akhir ini, efek dari equinox.
    Angelonianya sangat cantik. Pumpkin muda enak dimasak lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah terlupa kat mana dapat info tapi putik labu tu memang enak di buat sayur. Tak payah dikupas kulitnya. Terus potong dan masak. Saya sudah cuba buat sayur air campur dgn bayam..sedap rasanya. Gebu & lembut. Kalau masak sebentar saja rasanya crunchy..

      Delete
  9. Assalamualaikum kak,
    Cuaca panas sekarang ini memang mudah menyebabkan kebakaran hutan. Jangan kata haiwan, kita pun tak tahan dengan bahangnya. Suka tengok tembikai saiz ping pong tu..cinonit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak makan tembikai tu dengan 2 kali colek dgn camca..

      Delete
  10. Comel pula tengok tembikai kecil tu...sebiji biji benih nampak lagi besar dari buahnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Fida..kak pun tak sangka dia ada biji...

      Delete
  11. Assalamualaikum Kak Mala,
    aduh...tengok pic kak Mala pun memang tersangatlah garingnya cuaca sekarang ni, moga2 tak la berlarutan cuaca panas ni hingga ke Ramadhan nanti hihi...subur2 gak tanaman kakak, especially calathea tu hihi...my fav..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim panas ni asyik menyiram pagi petang. Siram sampai lencun pokok...tak tahulah bill air bulan ni berana kena...
      Panas sangat disini Julie..kaang2 takut tengok belukar2 yang kering garing tu..rasa2nya bila2 masa boleh terbakar semula...

      Delete
  12. Semalam tengok dalam berita tv...kawasan pembuangan sampah kat Negeri Sembilan terbakar dek cuaca panas.

    Nampak besar jugak api dan asap hitam berkepul2. Pihak berkuasa pastikan kebakaran dan asap hitam tidak mengganggu pandangan untuk laluan udara. KLIA dah hampir.

    ReplyDelete
  13. KN...musim kering ni musim terbakar selalunya...jenuh abang bomba kita..kerja keraslah depa..

    ReplyDelete
  14. cuaca sekarang memang amat panas! pokok pokok Mala subur! selalu siram pagi and petang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya siram pagi & petang. Bil air bulan ni melambung 3 x ganda..hehehe...

      Delete