Tuesday, 31 May 2016

R &R 2 - Kebun Baru

Sudah hampir seminggu hujan turun berterusan di tempat saya. Selama itu sudah tiga kali ribut dan angin kencang melanda. Hari pertama ribut banyak pokok buah yang baru saya tanam  tumbang termasuklah pagar kebun R&R saya. Tidak banyak yang saya boleh buat. Sekadar meronda melihat pokok tanaman yang terkulai dan hampir separuh tenggelam di banjiri air hujan. Dalam hati berdoa saja agar hujan berhenti...mmm..masa kemarau aritu minta hujan..dah hujan...minta matahari pula...

Pagi ini hujan lagi. Kabus boleh dilihat sampai kepetang mengelingi bukit di sekeliling perumahan. Dalam hujan rintik saya keluar juga untuk mengambil gambar kebun baru yang saya usahakan dari bulan April yang lalu.

Kebun baru ni saya namakan R&R 2 bersambung dengan tapak R&R lama. Saya mulakan dengan tanam labu dahulu  dan di ikuti seterusnya dengan serai, kemangi, bendi, timun, labu air, kundur dan terung. Pokok-pokok ini Che Kam tidak makan, Jadi semuanya selamat walaupun tidak berpagar. 

Penat tapi seronok. Itulah yang saya rasa bila membuka cawangan baru ni.  Setiap hari bermandi peluh menyangkul rumput sambil ditemani Kaspin. Kehulu kehilir saya melawat. Depan, belakang dan tepi rumah. Semua nak kena tengok. Naik hitam muka sun burn...terpaksa lumur tepung pulut ganti bedak sejuk sampai dah jadi macam Mok Cun. 

Pada masa yang sama saya juga buat kebun mini di depan rumah. Tapak ni dulu saya letak pokok-pokok  bunga.

Sebulan saja dah boleh makan hasilnya tapi tidak berapa cantik kejadiannya kerana kurang cahaya matahari, Tapak ini dah jadi teduh sebab pohon mempelam saya membesar dan merendang walaupun dalam musim kemarau.

Lalu saya ubah baki anak sayuran ini ke kebun R&R 1 dan R&R 2. Jadi tutup sudah cawangan depan rumah. Ganti pokok bunga balik.

Dua bulan berlalu inilah hasil kebun R&R 2. Semua pokok yang ditanam makin membesar. Saya juga selitkan  pokok buah2an dan lain-lain pokok ulaman. Waktu ni Che Kam dah mula menghidu dan ada beberapa kali sudah masuk makan pokok-pokok buah. Penat menghambat kalau gerombolannya lepas kandang.

Terung hasil pertama kebun ini. Tuan benih cakap namanya terung Bangladeshi...

Terung putih baru berbunga. Di belakangnya pokok benih campak-campak saya. Benih-benih lama yang bercampur aduk Tumbuh subur bukan main. Ada timun, timun betik, tembikai, honey dew, bayam dan kangkong. Pokok bunga pun terselit juga.

Labu baru berlajar berbuah. 

Timun dan labu air sudah menyesuaikan diri dengan tanah bakar dari rumput yang saya cangkul dan kumpulkan. Kalau harap tanah asal memang keras berbatu sebab tanah tambak. Asalnya dulu kawasan  tapak perumahan ini adalah paya laut. 

Timun mini sulung simpan buat benih.

Labu air dah mula berputik..

Serai dan kemangi tengah membesar. Masa ni semua sayuran nampak cantik dan segar saja sebab waktu di ambil gambar, musim hujan belum bermula. Tanah pun kering eluk.

Bila hujan dah bermusim..beginilah gambarannya hari ini. Air bergenang di mana-mana. Hampir separuh dari tapak dan sayuran di kebun R&R 2 di tenggelami. Sawi kerinting saya banyak yang  mati dan pecah daunnya.

Mujur sawi batang hijau masih dapat bertahan. Manakala sayuran lain banyak yang melecur daunnya. Ulat, kumbang, belalang dan serengga perosak berleluasa membuat sarang di daun.  Sepagi saya memangkas daun-daun yang rosak.

Masa itulah saya terjumpa timun betik yang cantik ini berselindung dibalik daunan. Tak perasan langsung sebelum ini. Happy rasa hati. Tak sangka berbuah eluk begini.  Inilah hasil pertama benih campak-campak. 

Toleh dibelakang, kelihatan kebun R&R pertama saya. Saya ambil gambar dari bahagian pagar yang roboh semasa ribut baru-baru ini. Di sini juga berair namun rata-rata pokok buah dan pokok bunga yang sudah stabil kurang mengalami  kecederaan. Lain hari nanti kita bercerita pula tentang pokok buah2an dan ulaman  saya juga kebun belakang rumah.

OK kawan-kawan, take care. Happy blogging & happy gardening!

35 comments:

  1. salam
    bila tengokkan gambar kehijauan pokok-pokok tu sejuk mata memandangnya
    Nampak subur..\
    kebetulan hari ni pokok labu yang saya alihkan pada satu tempat yang lain layu...

    Aduhai...sedeh sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun naik fade up tanam labu ni. Asyik daun je melebar..buah susah menjadi. Silap guna benih yang sama...kalau sebulan lagi mcm tu juga harus ketali gantung lah dia..

      Delete
  2. Masya-Allah... bestnya kalau ada ruang tanah macam ini.
    Ditambah lagi dengan ringan tangan memang beruntung hasil diperolehi
    Suka betul kakak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zakie..tanah kebun ni padang/tanah kepunyaan jabatan kerajaan tapi projek belum berjalan jadi kak tanamlah pokok2. Lagipun dekat rumah je. Selang sebuah. Silap tak tanam pokok dari mula pindah dulu..kalau tidak dah jenuh makan buah.

      Delete
    2. Ini dikatakan rajin. Daripada semak tak berguna baik manfaatkan sepenuhnya.
      Tapi kalau yg tak rajin tak jadi juga kak.

      Delete
  3. Salam Kak Mala,


    Best nya kampung akak!! Sejuk je.. lapang pulak tu. Kalau ada kucing bestnya main main kat rumput hijau! Jeles tau. Boleh lah saya pegi trip ke sana. Sebelah rumah homestay kan? Pastu nanti akak bawa saya jenjalan ye? hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Honey,
      Homestay dah jadi rumah sewa sekarang ni.Tak ada sapa nak teman kak waktu berkebun. Abang dan anak2 sorang tak minat. Kesian kat kak tau..sorang2 syok sendiri. Cuma Kaspin saja yang memahami..teman kak selalu...chewahhh...

      Delete
  4. Berbudi pada tanah memang menghasilkan. Seronok kak Zai tengok tanaman mala hidup subur menghijau aje.Kalaulah kak Zai ada tanah pasti buat yang sama enjoy berkebun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zai..memang seronok berkebun tapi saya ni jenis tak reti pakai sarung tangan jadi habis dah seluruh tangan saya kasar dan kematu...kaki dan tangan betul2 dah jadi macam orang buat bendang..hehehe

      Delete
  5. Wow! Hebat tanah lapang tu Mala tukar jadi kebun! Semua nampak segar! Kampung Mala memang cantik!

    ReplyDelete
  6. Tahniah di atas usaha kakak menghijaukan tanah. Bertani dapat memberikan kepuasan kepada orang yang minat walau pun banyak cabarannya. Suka tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bagi sokongan. Dalam block perumahan kak cuma kak sorang saja berkebun. Anak2 & abang pun tak minat...kak berharap sangat dapat beli sebidang tanah untuk berdusun walau dah rasa agak terlewat..tapi hajat tu tetap menggunung.

      Delete
  7. Yippie! Your garden is flourishing lots of goodies!! The 'labu air' looks big, wow! The 'timun batik' is prettyiest hehe... yum!! I love to grow one some day. Don't worry about the spoilt sawi, I see you have plenty to eat now hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Steph..that's the only hobby I like to do..love gardening so much..

      Delete
  8. Segar betul rasanya singgah di laman kak mala ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ana...kerja mak cik2 la katakan...dalam tak dak tanah pun boleh lagi duk pi tumpang tanah orang buat kebun..hehehe..tapi dah minta permisi

      Delete
  9. Assalamualaikum kak, semoga diberikan kesihatan yang baik..
    Segarnya pandangan mata saya dengan foto2 di sini. Suka tengok bukit yang diselimuti kabus tu.. Kena sangat dengan jiwa saya, rasa mahu terbang ke sana..hehe. Seronok tengok tanaman akak, kalaulah saya diberikan juga kesempatan seperti itu, bestnya. Apapun selamat berkebun dan bercucuk tanam kak mala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu,
      Berkebun pi lah sikit2..selain boleh makan..boleh juga bersenam keluarkan peluh..tapi tak tahan muka dah hitam. Nak pakai ku putih pun tak berani sebab kulit jenis sensitif pula..

      Delete
  10. subhanallah sukanya tengok menghijau je...

    ReplyDelete
  11. Banyak stok segar sayur petik dari Kebun Kak Mala untuk bulan puasa nanti untuk buka puasa.
    Amaryllis Kak Mala pun cantik berbunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amarylis tu beli kat cameron..suka berbunga..baru2 ni pun dah berbunga..ini bunga pula.

      Delete
    2. Rasanya ini kut ada juga panggil nama dia Minerva.

      Delete
  12. Seronoknya kalau penat lelah kita membuahkan hasil lumayan kan Kak Mala. Sejuk mata memandang sayuran yang tumbuh segar menghijau....
    Yang paling suka tu yang campak2 pun memberikan hasil yang csntik dan lumaysn...

    Selamat berkebun dan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul KN yang campak2 tu berhasil dulu. Patut org cakap pokok jenis menjalar mcm tembikai, timun betik, honey dew dan sewaktu dgnnya kena tanam konsep 3T saja..tanam,tinggal & tuai..

      Delete
  13. Syoknya kaknoor tengok pokok Mala menghijau ja, mmg tangan Mala menjadi lah tanam apa pun kan

    ReplyDelete
  14. Syoknya kaknoor tengok pokok Mala menghijau ja, mmg tangan Mala menjadi lah tanam apa pun kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor...Dalam masa sepuluh hari saja dari entry ni ditulis, habis dah pokok2 labu dan benih campak2 saya diserang ulat rerama. Daun juga banyak yg memburuk sebab hujan yang turun setiap hari sepanjang masa..

      Delete
  15. Assalamualaikum Kak Mala,
    selamat berpuasa kak, wah bestnya tengok sayur2an di kebun kakak yg subur2 belaka tu...memang green handlah kakak ni hihi...best sangat tgk kebun yg luas mcm tu,esp sayur sawi yg hijau subur tu...thanks kak atas perkongsian pic2 kakak, tenang tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie..kak tengah mengumpul biji benih pokok ketumbah jawa untuk dipos kat Julie. Tunggu sikit hari lagi ya...

      Delete
  16. KM, bulan posa ni tak payah beli sayoq kat pasaq lah kan... kutip ja kat kebun sendiri...

    Penat lelah selama ni berbaloi...

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah KN..sepanjang bulan posa ni semua makan sayur tanam sendiri...

    ReplyDelete
  18. So much goodness! I am sure you don't need to buy so much veggies nowadays. Just harvest some and buy some :) Happy cooking, Normala. Btw you have got green fingers!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Steph, at least save RM during this Ramadhan. Just picking and cooking.

      Delete