Tuesday, 24 May 2016

Rose Lagi...

Akhirnya dapat juga saya dengan rose kampung ( atau di kenali juga dengan nama rose Damask ) Ni..ros mawar kegemaran arwah  mak. Lama juga saya mencari di nursery malangnya tak ada. Jumaat  lepas saya ke pasar tani di perumahan KEDA berdekatan. Semasa membeli belah saya terlihat pokok ros ini dihadapan sebuah rumah penduduk. Apalagi terus masuk tanya dan kebetulan dia ada menyemai anak pokok . Saya membelinya dengan harga RM10.00.

Walaupun dapat membeli anak pokok tapi mata saya tetap berkenan satu lagi pokok  didalam pasu besar yang sedang mekar berbunga. Sudah tentu tuannya tidak mahu menjual. Kerana malas nak mengendong dengan barangan lain saya tinggalkan dulu pokok itu bersama tuannya. Petang baru saya kesana semula.

 Petang itu akhirnya tuan rumah setuju menjual pokok dalam pasu besar tersebut dengan harga RM30.00 setelah termakan pujuk rayu saya. Hmmm...seronoknya. Puas hati. Tak jadilah ambil yang kecil. Dah dapat yang besar. Pokok  lebih 4 kaki tinggi. Banyak cabang  dengan putik bunga berjambak keluar. 

Sudah 5 hari di rumah. Bunga tidak putus berkembang. Harum baunya semerbak. Saya memang suka sangat dengan baunya yang nostalgia itu. Daunnya pun wangi. Namun kelopak jenis rose mawar ini tidak dapat bertahan lama ditangkai. Kasar sikit pun dah terlerai gugur kebumi. Hujan lebat pun gugur juga. Nasib baik pagi ni sempat ambil gambar, tengahari hujan ribut melanda disini. 

Ini pun jenis rose mawar dan baunya sebijinya wangi macam rose di atas. Cuma colornya lebih terang saja. Saya beli bulan lepas dari penjual Siam yang setiap minggu berkampung menjual barangan dan pokok-pokok di kampung berdekatan juga.

Semenjak ada peniaga Siam tersebut maka saban minggu saya kesitu untuk membeli pokok bunga dan buah2an. Rasanya hampir 2 bulan saya membeli sampai sudah tidak tahu kat mana nak tanam pokok-pokok buah2an. Dah tak ada ruang... 

Tahu rumah ruang sempit tapi hati ni tak boleh tahan  tetap nak beli juga...

Jadi sepanjang bulan lepas dan bulan ini saya telah membeli beberapa rose baru. Rose Siam saja. Murah. Se pokok RM10-12.00 saja.

Namun cantik juga dan ada kembangnya yang tahan berminggu di tangkai. Macam rose red cili ni.

Ada juga jual mini rose tree tapi harga dia mahal sikit saja dari yang biasa. Corak batik dengan warna campur.

Merah Gelap

Dan merah pudar...

Yang ini terjebak beli. Konon nak cari mawar putih saiz besar. Dah tak ada beli yang ini pula. Merah kesumba.

Pudar bila kembang penuh. Seronok bila dapat beli  bunga baru ni...rasa puas dan lega...Apalagi bila yang lama pun tak henti berbunga walau diserang penyakit.

Masa musim panas terik yang lepas boleh kata semua pokok rose saya diserang penyakit pada daun dan bunga pula terbantut tak jadi kembang. 

Puas saya sembur hari-hari dengan air untuk hilangkan penyakit sebab saya tiada ubatnya.

Dalam terbantut ada juga berjaya kembang walau kelopak tak berapa nak  sempurna

Lihat  warna coklat tanda penyakit di kelopak bawahnya. Sekarang dah masuk musim hujan. Hari-harilah pula hujan turun. Harini langsung ribut taufan. Habis pagar  di kebun R&R patah. Pokok buah2an yang saya tanam di kebun baru ( R&R 2 ) pun banyak yang tumbang. Banyak kerja lah minggu ini jadinya...Lain hari pula kita cerita kisahnya,

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

30 comments:

  1. Cantik2 bunga mawar tu.
    Tapi pada saya pokok mawar ni susah nak jaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul Mazlan. Rose ni kadang2 susah nak jaga dia terutama bila kena penyakit. Ada set lengkap baja dan cecair penjagaan untuk rose ni tapi kak tak ada satu pun...

      Delete
    2. klu kita nk pindahkan ke dalam pasu besar kena guna tanah sabut campuran medium 4-6 gak ker? klu campur jer nga tnah bakar nk pasir kt umh kita xd ker?

      Delete
    3. Rose ni guna tanah kampung yang gembur pun boleh juga.Dulu2 tanam mana pernah guna tanah peket. Semua bantai korek tanah tepi rumah ja. Subur juga. Rose kak sekarang dah pindah masuk kebun pula...kat depan rumah habis dibantai kambing!

      Delete
  2. kak bunga ros kampung ni agak lasak kan, jiran ana orang India bukan main meriah bunganya tanpa henti,terbiar je pokoknya di luar pagar rumah.Cantik2 kuntuman ros kak mala, subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana ada satu lagi jenis ros kampung tu..warna merah dan kelopak dia kecil2 bersusun.
      Aa..yang tu memang tahan lasak sangat pun..kak ada juga tanam baru saja habis berbunga..

      Delete
  3. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik..
    Bunga mawar memang cantik. Arwah emak dulu ada tanam...warna merah dan warna putih. pagi-pagi sebelum saya pergi sekolah sempat lagi ambil baunya hehe..Tapi semuanya dah jadi kenangan. Emak saya dah tiada...bunga mawarnya juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu, kak sihat harap Abu sekeluarga sihat2 juga.
      Kak pun duk tengah cari rose putih bersaiz besar..belum dapat lagi.

      Delete
  4. Cantinyalah roses ni tapi tak tahu kenapa tak serasi dengan kak Zai. Dah banyak kali beli semuanya mati sama dengan bunga raya memang tak serasi langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak pun baru dalam 2 bulan ni start beli rose2 Siam ni...awal 90an dulu kak buat 'menggila' sat dengan rose2 ni. Pastu lepas setahun dua mati. Kak stop. Ni baru bermula balik..tapi tak mau la banyak2 macam2 dulu tu..tak ada tempat nak letak.

      Delete
  5. Wow! Banyak koleksi bunga ros Mala! Cantik dan banyak berbunga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada banyak mana sangat Malar..saya happy kalau boleh letak roses saya bebas lepas depan rumah tapi tak boleh..kambing banyak. Semua pokok nak kena kurung...

      Delete
  6. Cantiknya.... Rindu mawar di kebun kami

    ReplyDelete
  7. semuanya menawan....tahniah kak mala

    ReplyDelete
  8. cantiknya Mala bunga rose bermacam2 warna lagi
    memang harum mewangi tu kat rumah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nooriah..kalau ada sepokok yang kat atas tu pun dah cukup untuk mewakili segala ros yang ada...bau dia memang sedap sangat..

      Delete
  9. amboiiii jelesnya tgk ros Kak Mala berkembang..harum mewangi..berjenis2 pulak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kam..kak dah beberapa kali janji tak nak beli dah rose..cukuplah yang ada sekarang..tak cukup space la...tapi ptg tadi hujan2 pi beli lagi 3 pokok..sebab dapat murah sangat. Pokok mcm duk beli dah. 3 for Rm20..tu tak tahan.

      Delete
  10. Bunda pun suka bunga ros kak mala... tapi tanam tak pernah menjadi.. kalau ada pun yang di beli tapi hayatnya tak panjang... baik ros kampong atau pun yang modern...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kali kedua saya tanam rose. Kali pertama awal 90an dulu. Dah mati habis seround. Round ke dua ni harap berpanjangan la..

      Delete
  11. Ros yang kuning tu pun cantik sangat, jarang jumpa ros warna kuning camtu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rose kuning tu dua jenis, Ke dua2nya jenis english roses. Saya beli online. Kalau tengok sifu2 punya bunga..aduhai berjambak-jambak bunganya. Saya punya setakat mcm dalam gambar aja..sebab tak pakai pun set pembajaan dan set penjagaan.

      Delete
  12. Gorgeous!! My favourite is the damask one. Hey, you don't need more haha... Anyway, hope the new one you just bought really turn out to be white ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...I think so, I should stop purchase another roses but at the same time I'm afraid..cannot keep my promise...my heart easily melts..hehehe...

      Delete
    2. Don't forget they need loads of 'fertilisers'. They are expensive!

      Delete
  13. Cantik-cantik semuanya tapi takut terjebak.
    Ada dapat 2 jenis ros dihadiahkan, terbiar elok pula hidupnya.
    Cuma Tukang Kebunnya malas membaja, bunga kecik loteh je lah hehehe....

    ReplyDelete
  14. Kak, ada jual anak pokok ros,saya nak beli.

    ReplyDelete