Hujan berterusan lagi minggu ini. Semalam angin kuat melanda Langkawi. Trip perjalanan feri pun terpaksa di hentikan. Dalam berita hari ini pun dah keluar amaran hujan lebat & angin ribut. Saya di rumah cuma sesekali mundar mandir memeriksa kebun R&R yang digenangi air. Hasrat nak merumput minggu ini terpaksa dibatalkan. Mata & hati dah berbulu tengok rumput di kebun. Maklumlah sebulan puasa biar rumput makan dan tumbuh percuma.
Fikir nak posting pasal bunga tapi tak jadi pula. Cerita dulu pasal pokok yang paling susah nak tumbuh ni...Pokok yang saya rasa berbelas kali tanam tapi tak pernah pun menjadi. Baik tanam batang atau biji benih. Akhirnya setelah sekian lama mencuba, tuah memihak juga. Tumbuh eluk dan menjadi daun sup ini...
Memang cepat kalau beli di kedai tapi lebih bagus kalau dapat tanam sendiri. Time-time malas, hujan lagi, tak tau nak makan apa petang-petang, selongkar almari jumpa maggi..boleh juga dibuat murtabak. Masuk daun sup dan daun bawang banyak-banyak..
Kannn.....makan panas-panas dengan cik abang sambil tengok TV. Kuih raya pun dah jemu...
Kisahnya, tahun lepas saya mulai menyemai. Tak sangka tumbuh meremut. Pertama kali menjadi ni...happy bukan main. Tapi untuk tumbesaran selanjutnya perit juga. Lambat sungguh dia membesar. Setelah beberapa bulan berlalu daun sup yang berjaya hidup cuma empat pokok sahaja. Ralat bila tengok kembali rupa anak benih ni..patut boleh buka ladang pun...
Tapi tak apa lah. Yang penting hidup. Berbanding temannya, daun bawang adalah sangat-sangat mudah ditanam dan cepat membesar. Tidah berbaja pun subur juga. Semua tanaman saya di campur tananhnya dengan kompos buatan sendiri. Begitu juga dengan baja dan booster adalah organik buatan sendiri juga.
Kompos yang dihasilkan dari sisa bahan dapur dan daun-daun kering. Semasa dalam proses, saya menutup sampah-sampah ni dengan plastik kemas-kemas sebab Che Kam suka merodok mencari sisa makan. Bukan saja pokok tanaman, nak buat kompos pun terpaksa berbalah dengan dia juga. Siksa...
Ada dua jenis pokok ni adalah memudahkan kerja. Nak guna sikit-sikit cuma pergi kerat sedahan dua saja. Anak bongsu saya suka makan sup ayam style 'kakak' dia. Iaitu sup blended orang dalam pantang. Semua bahan..bawang putih & merah, halia, daun bawang, daun sup juga sedikit lada hitam di putar halus. Rebus dengan ayam kampung / ikan segar dan beberapa butir halba. Tambah perisa. memang sedap & harum sangat. Tapi sup kat atas tu terlupa pi tumis. Berminyak sakan lah...
Time nak buat cucur ikan bilis ke..cucur udang ke..daun dah tersedia belakang rumah..potong dan masak.
Hampir setahun sudah, kini daun sup saya cuma tinggal dua pasu saja. Dua lagi tewas sebab hari-hari anak kucing suka masuk berehat dan tidur didalamnya. Pokok bawang pun harus direplant sentiasa sebab limpahan air hujan yang banyak membusukkan umbisinya.
OK kawan-kawan, take care. Happy blogging & happy gardning!