Abutilon ialah sepupu dengan bunga raya / hibiscus. Malah daun dan biji benihnya sama juga dengan benih bunga raya. Datang dari famili yang sama iaitu Malvaceae. Cuma kita jarang tanam Abutilon kecuali di Cameron Highland kerana beranggapan bunga tempat sejuk tidak sesuai ditanam di tanah rendah yang bercuaca panas. Abutilon boleh didapati dengan pelbagai warna dan bentuk yang menarik tetapi di negara ini jenis yang ada sangatlah terhad.
Dalam kenangan. Abutilon yang saya beli di Cameron dua tahun lepas. Mula-mula saja cantik kemudian beransur pudar tidak sihat. Jemu melihat lalu saya abaikan sampai bawa kemati. Hurmmm...macam serik dah nak beli bunga Cameron Highland.
( gambar google )
Namun pasal bunga saya selalu lupa janji. Kali ini beli biji benih online. Dwarf Abutilon. Tengok gambar google sangat tergoda. Kalau yang mati dulu jenis pokok yang meninggi dan separa menjalar. Yang ini pula jenis katik.
Teruja sungguh. Semai 6 biji tumbuh 6 pokok tapi sepokok mati akibat kegatalan tangan sendiri. Tinggal 5 pokok pun sudah kira OK sangat.
Kudup pertama. Happy tak boleh cerita walau sekuntum saja keluar. Pokok pun membesar dengan sempurna tapi memang katik. Walaupun kecil dan kurus tapi puas hati pokok tanam sendiri berjaya berbunga.
Tadaaaa.....si ballerina dah kembang! Satu kepuasan yang sukar digambarkan.
Cuma color saja agak pudar...
Masuk bulan ke 3, bena putih sudah mula meyerang. Pucuk daun semua jadi kerekot. Anehnya pokok tidak lagi katik tapi makin meninggi. Bunga pun makin banyak keluar.
( gambar google )
Masa tanam dulu saya selalu berangan nak bunga lebat macam gambar tapi tidak menjadi. Mungkin faktor baja yang tidak menepati.
Hasil tanam biji benih beginilah. Banyak risiko yang perlu dilalui. Dari mula menyemai sehinggalah berbunga. Wajib punya kesabaran tahap dewa. Tidak tahu kenapa saya suka sangat bereksperimen cara begini. Lebih mudah beli yang ready made dengan bunga berketul-ketul tapi itulah tidak semua bunga yang kita suka ada jual di pasaran setempat. Cara mudah beli biji benih dan semai. Pada masa yang sama boleh didik jiwa lebih kental dan berani mencuba.
Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!