Musim kemarau tahun ini tidak lah seteruk dan sepanjang musim kemarau tahun yang lalu. Namun bahang panasnya tetap sama membara. Jika di tanya, ya saya sangat suka musim kemarau kerana pada waktu ini banyak bunga akan berkembang. Warnanya lebih terang dan ceria. Sayuran pun tetap menghijau tidak terjejas lansung.
Janji rajin siram saja. Pokok akan menghijau seperti biasa. Gambar ini saya ambil kelmarin. Rose Jepun & Torenia mendominasi seluruh ruang kebun. Hidup sihat bersama sayuran yang lain.
Musim ini juga saya berlebihan sedikit untuk kebun R&R. Saya beli selori tanah untuk meyemai pokok-pokok yang saya beli dan juga untuk tapak tanaman sayuran saya. Tapak kebun ini adalah tanah tambak laut yang dipenuhi batu batan tidak bernutrisi. Jadi untuk menggemburkan tanah saya harus campurkan dengan sekam bakar dan kompos buatan sendiri. Jenuh juga kalau nak membeli tanah peket.
Petak sayuran dari kayu terpakai ini saya tempah dengan harga RM10 satu. Agak kecewa. Tidak seperti yang diminta. Ketinggian papan tidak sampai pun sepuluh inci. Jadi saya terpaksa lapik tapak ini dengan bata untuk lebih tinggi
Petak ini juga harus di lapisi plastik jika tidak rumput akar serabut akan memenuhi setiap ruang tanah dalam tanah semaian. Penat juga nak merumput seluruh kebun.
Sebulan lebih, ini hasilnya. Dwarf pak choy dari petak pertama yang saya buat sendiri.
Kailan Hongkong.
Salad Butterhead.
Salad Mascara.
Zucchini kuning.
Sawi bunga
Sawi hijau kampung.
Yang montok tu sawi putih.
Timun menumpang panjat dipokok terung belanda.
Kohlrabi ungu. Percubaan pertama. Sudah nampak ketulan ubinya.
Manakala buah kundur ini saya biarkan bergantungan di pagar kebun. Buah ini menjadi sumber pendapatan kebun bagi me nopap bil air. Mmm..bagus juga tanam dia.
Tapi langit tidak selalu cerah....malam semalam dan hari ini hujan turun dengan lebatnya. Kebanjiran sudah kebun R&R saya. Mungkinkah musim panas sudah berakhir. Pagi tadi pun saya tengok banyak sudah kupurama kecil berterbangan dikebun setelah hampir tiga bulan menghilang.
Masa memeriksa air dikebun, dua beranak ni tergedik-gedik mengekor saya tapi dek kerana air membanjiri dan deras masuk kelongkang,,,,.berlegar di tepian sajalah. Depa berdua ni memang takutkan air. Setakat ini dulu cerita kebun saya, Masih ada beberapa sayuran baru yang sedang membesar. Lain hari kita tengok hasilnya.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
Assalamualaikum, wahhh sejuk mata memandang kebun akak. Hasilnya pun wahh boleh tahan banyaknyaa
ReplyDeleteWaalaikumusalam Imm Hassan...
DeleteBolehlah dari duk saja...kerja lain tak pandai..hehehe
So nice to see! Thanks for sharing!
ReplyDeleteThanks Birgitta..
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteTempat saya pun lama dah tak hujan, panas menggigit kulit, tapi semalam hujan turun selebatnya sekali dengan angin kencang. Suka tengok pokok-pokok tu.
Semuga Abu dan keluarga sihat2 ya.
DeleteSini pun dah start hujan walau cuaca masih panas terik Panas nak hujan ni lebih pedih bahangnya. Aktiviti kebun pun mungkin slow sikit sebab kalau hujan banjir. Sayur & pokok cepat layu air berlebihan. Musim panas ni saja seronok tengok bunga2 kembang.
alhamdulillah ..menjadi semua sayur puan...suka saya tengok...bila menjadi mcm nie hati kita akan tenang dan suka..hati berbunga2kan...hilang segala kekusutan di fikiran...walaupun kebun puan kecik shaja...
ReplyDeleteBetul kebun Ibu, walau berkebun sana sikit sini sikit sebab ruang terhad tapi hati tetap seronok. Sampai satu tahap tak nak makan sayur tu, nak seronok tengok sebab tak sangka walau tak berbaja sempurna menjadi juga macam beli dikedai.
Deletewow.. subur juga sayur2 tu..
ReplyDeleteberkebun banyak juga usahanya, ambil tanah, buat batas, menyiram semua.. buakan main tabur je..lepas tu hrap subur mcm tanaman org lain..hahha
memang agak leceh sikit kalau berkebun ditanah tak subur & berbatuan ni..cuma boleh kata ada ruang lebih saja dari rumah untuk tempatkan pokok tanaman. Tanah semua kena top up. kena beli. Jenuh juga nak merumput & buang batu besar sebelum ini.
DeleteMesti gembira nampak hasil kebun lepas penat berkebun kan! Happy harvesting!
ReplyDeleteThank you Malar. Walaupun happy tapi masih tak seronok juga sebab pokok betik belum mahu menjadi ditanah kebun ini. Tak sesuai dengan tanah agaknya.
DeleteI scrolled back and forth as I was mesmerised by all your brilliant plants. They look lovely and I am sure you are on your way to harvest lots of tasty vegetables. Enjoyed your garden. Thank you :D
ReplyDeleteThanks Steph!
Deleteberbudi pada bumi menghijau tu mkcik., ;p
ReplyDeletebetul tu 3lalat..
DeleteSuka tengok. Boleh jadi terapi mata dan minda tenguk kehijauan ni.
ReplyDeleteLagi pun X payah susah2 ke pasar beli sayur. Semuanya fresh dan terjamin.
Salam bertani.
Sekurang-kurangnya makan sayur bebas racun....yang lebih2 tu kita sedekah kat jiran & kawan...buat amal jariah..muda2 dulu tak rajin sedekah. mai tua2 ni baru rasa rugi...
DeleteAmazing, to for some great vegetable plants.
ReplyDeleteI am impressed.
have a nice day
Thank you Marit. Have a nice weekend!
DeleteRAJIN MALA MENANAM SAYUR BUNGA2 SUBUR SEGAR...TAHNIAH
ReplyDeleteTerimah kasih.
DeleteMakchaq pun minat berkebun..
ReplyDeleteDirumah kampung ni adatanah sikit tepi dapur utk berkebun..
Baru 3 bulan disini, kebun pun baru... tapi basil, pudina, pandan, kari, daun sup, limau purut, tak payah beli dah. Cili padi, cili besar pun dah mula berhasil, labu dah 5 kali sayurkan pucuknya.. sawi baru sekali tuai..
Suka sangat... sebab kalu tak de sayur jenguk ke kebun kot2 ada yang boleh dipetik..
memang seronok boleh berkebun ni makchaq. Lepas beda beli sayur tapi tu la..ni dah masuk musim hujan kat tempat saya. Kena kurang aktiviti sikit. Ulat & kulat banyak pula.
DeleteSuka tengok zucchini begitu subur.
ReplyDeleteCuma zucchini ni kalau humidity tinggi masa musim hujan jika pengudaraan tak bagus mudah kena powdery mildew cabarannya.
Tak perlu dah kak Mala beli sayur , kebun dah jadi mini mart.
Setakat ni belum berjaya makan zucchini sendiri. Pokok dah cantik jadi cuma buah tak mau lekat. Putik yang keluar dah banyak.
Deletebestnya tengok kebun kak, teringin nak ada camni
ReplyDeleteMula kebun dalam pasu pun tak apa Raihanah. Mula dengan yang mudah2 tumbuh atau mula dengan pokok2 asas dapur dulu.
DeleteMala,
ReplyDelete1. Arwah bini saya setiap kali bila beli sayur, dia mesti rendam dua jam dalam besin. Campur sikit garam. Bila nak masak baru basuh bersih2, terutama ulaman. Keluarga kami memang minat ulam.
Kata dia kadang2 ada racun serangga kat situ. Tak elok bila anak2 makan.
2. Kenapa pulak dialas dgn plastik kotak tu? Bukan ke rumput akan mati bila dah dikambus dgn tanah sebab tak dapat karbon diokside dan no sunlight.
Saya suka bercucuk tanam.
Mala tau tak, ramai daripada kita yg suka bertanam. Tapi bukan tanam sayuran. Mereka tanam tebu di bibir.
DeleteWahahaa...yang ni memang dah azali sifat manusia gitu....Sebab tulah ada perumpamaan gitu. Untuk kesinambungan harus ada pepatah - tanam cili dibibir pula. Pedas & merah lagi....hehehe...kita gurau2 saja Adam!
Delete1. Arwah isteri Adam seorang yang sangat perihatin tentang kesihatan. Hanya orang yang rajin saja nak rendam sayuran dengan garam sebelum dimasak...Saya pula cuma rajin rendam buah saja..
Delete2. Tanah saya berkebun ni tanah yang ditumbuhi dengan sejenis rumput akar serabut yang liat nak mati. Akarnya sangat aktif. Walau timbus tanah dia tetap menjalar penuh didasar pasu atau plants bed. Sebab tu saya lapik plastik.
3. Kalau berkebun boleh tenang jiwa. Happy gardening Adam.
Great garden! Happy new week!:)
ReplyDeletexxBasia
Suburnya tanaman Akak! Raised bed kami tak produktif selama musim hujan ini. Sepertinya perlu ditambah baja.
ReplyDeleteMusim hujan disini sekarang. Saya kurang menanam Endah. Malas kerana tanah kebun jadi becak.
Delete