Mmm...saya bukanlah berselera orang putih. Cuma seronok nak mencuba tanam pokok sayuran beriklim sejuk ni. Cuba bereksperimen. Nak tengok boleh tumbuhkah pokok-pokok sayuran ni dalam cuaca panas & lembab kita. Lagipun biji benih beli online ni murah saja. RM2.00 sepeket. Kebanyakkan benih yang saya semai tumbuh dan membesar. Jadi anggapan cuaca tidak sesuai adalah salah dan tidak tepat. Sebenarnya ilmu pertanian patut ada jika kita mahu dapat hasil yang maksimum. Saya pula main bantai saja...
Ini adalah pokok zucchini pertama saya tanam. Subur. Pokok ini sejenis dengan labu jadi ia mudah menyesuaikan dirinya dengan cuaca setempat. Tapi mahukah dia berbuah? Ini adalah soalan utama yang timbul jika kita menanam pokok beriklim . Rasa sangsi cukup memusuhi fikiran.
Dalam sebulan lebih zucchini hijau ini mula berputik. Sukanya saya. Rasa berjaya. Malangnya tanaman pertama saya ini patah kerana batangnya yang terlampau berat jatuh melebeh kebawah.
Kali kedua mencuba zucchini kuning. Saya tanam terus atas tanah. Berhasil walaupun baru sebiji. Tengahari tadi saya sudah petik untuk disayurkan. Jangan gelak. Inilah kali pertama saya makan timun labu ini. Walau pernah lihat dipasaraya tapi saya tidak pernah ingin membeli kerana bukannya sayuran lazim kita.
Resipi mudah untuk menikmati rasa sebenar sayuran yang saya anggap cantik ini. Warna kuning dirajanya tetap utuh walaupun sudah dimasak. Tidak terasa sangat seperti labu atau timun tapi sedap. Teksturnya rapuh itulah yang saya suka. Hadir bersama ialah kohlrabi ungu...biasa dengar & makan tak?
Ini pokoknya. Cantikkan hijau keungguan. Bahagian yang dimakan selalunya ubi yang membulat di bahagian batang namun daunnya juga boleh dimakan dan rasanya seperti kailan. Walaupun berubi tapi sayur ini sejenis dengan bunga kobis dan brocoli.
Bercakap pasal bunga kobis / cauliflower, ini dua pokok percubaan saya.
Hampir tiga bulan mula berbunga. Puas tunggu.
Bangga, suka & puas hati walau tak sebesar mana. Cukup sekali sayur.
Carrot pun boleh tumbuh dalam cuaca panas ekstrim. Daunnya sangat cantik dan boleh dimakan. Bila musim hujan saya masukkan kedalam pasu dan tinggalkan sepokok saja di atas tanah.
Yang sepokok itu berubi dulu sebab tanahnya cukup gembur dan berpasir.
Ini pula pokok asparagus tengah lebat berbunga. Lama sudah makan hasilnya. Tanam dari tahun lepas. Pokok ini berbaloi dtanam kerana boleh hidup sampai berpuluh tahun.
Secara peribadi berjaya juga saya menanam pokok beriklim ini. Sudah tentu cuaca bukanlah penghalang. Sekarang saya sudah ada pilihan yang mana berbaloi dan patut dikekalkan.
Berbalik pada menu kebun. Carrot kontot sudah pun di cabut. Nampakk...ada rupa juga kan.
Hasilnya..mmm..sayur campur fresh dari ladang......sendiri tanam, sendiri masak & sendiri makan. Yang penting happy & bebas racun.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!