Mmm...saya bukanlah berselera orang putih. Cuma seronok nak mencuba tanam pokok sayuran beriklim sejuk ni. Cuba bereksperimen. Nak tengok boleh tumbuhkah pokok-pokok sayuran ni dalam cuaca panas & lembab kita. Lagipun biji benih beli online ni murah saja. RM2.00 sepeket. Kebanyakkan benih yang saya semai tumbuh dan membesar. Jadi anggapan cuaca tidak sesuai adalah salah dan tidak tepat. Sebenarnya ilmu pertanian patut ada jika kita mahu dapat hasil yang maksimum. Saya pula main bantai saja...
Ini adalah pokok zucchini pertama saya tanam. Subur. Pokok ini sejenis dengan labu jadi ia mudah menyesuaikan dirinya dengan cuaca setempat. Tapi mahukah dia berbuah? Ini adalah soalan utama yang timbul jika kita menanam pokok beriklim . Rasa sangsi cukup memusuhi fikiran.
Dalam sebulan lebih zucchini hijau ini mula berputik. Sukanya saya. Rasa berjaya. Malangnya tanaman pertama saya ini patah kerana batangnya yang terlampau berat jatuh melebeh kebawah.
Kali kedua mencuba zucchini kuning. Saya tanam terus atas tanah. Berhasil walaupun baru sebiji. Tengahari tadi saya sudah petik untuk disayurkan. Jangan gelak. Inilah kali pertama saya makan timun labu ini. Walau pernah lihat dipasaraya tapi saya tidak pernah ingin membeli kerana bukannya sayuran lazim kita.
Resipi mudah untuk menikmati rasa sebenar sayuran yang saya anggap cantik ini. Warna kuning dirajanya tetap utuh walaupun sudah dimasak. Tidak terasa sangat seperti labu atau timun tapi sedap. Teksturnya rapuh itulah yang saya suka. Hadir bersama ialah kohlrabi ungu...biasa dengar & makan tak?
Ini pokoknya. Cantikkan hijau keungguan. Bahagian yang dimakan selalunya ubi yang membulat di bahagian batang namun daunnya juga boleh dimakan dan rasanya seperti kailan. Walaupun berubi tapi sayur ini sejenis dengan bunga kobis dan brocoli.
Bercakap pasal bunga kobis / cauliflower, ini dua pokok percubaan saya.
Hampir tiga bulan mula berbunga. Puas tunggu.
Bangga, suka & puas hati walau tak sebesar mana. Cukup sekali sayur.
Carrot pun boleh tumbuh dalam cuaca panas ekstrim. Daunnya sangat cantik dan boleh dimakan. Bila musim hujan saya masukkan kedalam pasu dan tinggalkan sepokok saja di atas tanah.
Yang sepokok itu berubi dulu sebab tanahnya cukup gembur dan berpasir.
Ini pula pokok asparagus tengah lebat berbunga. Lama sudah makan hasilnya. Tanam dari tahun lepas. Pokok ini berbaloi dtanam kerana boleh hidup sampai berpuluh tahun.
Secara peribadi berjaya juga saya menanam pokok beriklim ini. Sudah tentu cuaca bukanlah penghalang. Sekarang saya sudah ada pilihan yang mana berbaloi dan patut dikekalkan.
Berbalik pada menu kebun. Carrot kontot sudah pun di cabut. Nampakk...ada rupa juga kan.
Hasilnya..mmm..sayur campur fresh dari ladang......sendiri tanam, sendiri masak & sendiri makan. Yang penting happy & bebas racun.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
Seronok dan bangga dah tentu lah .. hasil dari percubaan, suka2 nak bereksperimen tiba2 benar2 menjadi dan dapat mengeluarkan hasil.. dapat masak dan makan sekeluarga lagi hasil dari ladang sendiri kan.
ReplyDeleteBetul KN..tapi saya duk seronok sorang2 kat rumah sebab bapa & anak beranak tak minat pun dengan pokok-pokok ni...hubby cuma ingat sawi saya bila dia nak makan maggi atau mee kuah...time tu ha..dia pi pilih yang gemuk-gemuk punya...dia cakap: simpan buat apa nanti tua tak sedap..hehehhe....
DeleteMarvellous. Hav a nice day!
ReplyDeleteThanks Mud & have a nice day to you too!
DeleteTengok pon dah menyelerakan. apatah lagi merasanya...
ReplyDeleteSaya rasa saya dah suka pada zucchini, lain kali balik kampung bolehlah beli dipasaraya. Ditempat saya susah sangat nak jumpa...
Deletetabik la pada kak mala..semua percubaan menjadi..
ReplyDeleteThanks Kam, saja syok2 tanam selit2 bersama sayur lain.
DeleteSuburnya... Senang melihatnya. Cauliflower kami pun sedang mulai berbunga, ada beberapa yang siap dipanen minggu ini. Saya pernah tanam kohlrabi 2 kali tapi gagal semua. sesuai saran Kak Mala asparagus kami pindah ke tempat baru yang cukup cahaya matahari, kita lihat nanti progressnya.
ReplyDeleteRasa saya kohlrabi ini tidak menjadi ubi pun tak mengapa. Daunnya sangat sedap dan rapuh macam kale juga. Tidak pahit pun. Harap berjaya dengan asparagus. Tanam biar banyak pokok baru seronok mengutip hasilnya nanti.
DeleteWAH SUKA SGT TENGUK TANAMAN MALA MENJADISEMUANYA JADI SUMBER SAYUR SEGAR BRKHASIAT UTK KELUARGA
ReplyDeleteBolehlah juga lepas untuk sayur..tapi sekarang musim hujan..kebun pun dah penuh rumput pula
Deletebestnyer makan sayuran yg ditanam sendiri mkcik norm kann., ;p
ReplyDeleteMenghabiskan usia tua mokcik 3 lalat....
DeleteWow! Memang Mala ada green hand! Semua menjadi! Selalu beli benih online kat mana? teringin nak beli benih asparagus....;)
ReplyDeletePlease add fb Jusery Jausin atau NorAinon Othman tangan hijau
DeleteJelesnya makchq dengan sayuq2 Mala..
ReplyDeleteMakchaq ni setakat ni baru tanam sayuq sawi, kucai & kangkung dan herba2 yg tanam dalam bekas2..
sibuk nak kenduri x dan sangat nak berkebun.. lepas kenduri hari2 hujan pulak bukan main lebat.. habis tenggelam kebun...
Ingat lepas musim hujan lebat ni nak start balik..
Sama sini pun Mak Chaq..hujan hari2..tenggelam kebun. Anak2 sayuran yang membesar habis lecur. Ulat & siput pun makan banyak juga. Rumput tu tok sah ceritalah...lemah tengok. Ni cuba semai lagi untuk bulan posa...kalau tak menjadi juga kena stop sat kut...
DeleteSaya cadangkan tulisan atau huruf2 di blog ni diputihkan lagi.
ReplyDeleteJangan marah. Itu cadangan.
Thanks nanti saya godek2 tengok. Lama tak duk belek bahagian setting..dah lupa pun setengah...
DeleteNormala, thank you.
DeleteSaya suka baca blog ni, menarik. Cuma mata saya ni kabur sikit. Bulan depan jumpa pakar mata,
DeleteSeronoknya dapat menjinakkan pokok2 manja ni.
ReplyDeleteWP belum pernah cuba try nak tanam. Takut tak menjadi.
Tanam yang biasa2 aje bolehlah.
Tahniah.
Saya pun tanam cuma syok2 saja WP. Tapi untuk cadangan...bunga kobis dan asparagus cukup berbaloi ditanam.
DeleteSweetest vegetable I have ever seen, yum yum! And, good job on these plants. They are hard to grow.
ReplyDeleteJust try for fun...some of them are not growing as desired.
DeleteAssalam puan...saya Ali..saya berminat untuk mendapatkan benih benih zucchini. Wassap saya ye puan utk butiran lanjut. 0122492947
ReplyDeleteSalam Ali.
DeleteSaya tak ada benih. Ali boleh contact seller on line ini melalui fb
Seeds Galore
Mieyza Dahalan
Harlina Abdullah
Nor Ainon Tangan Hijau
Harap membantu ya.