Seperti yang saya selalu tulis di sini memang tahun ini daerah saya menerima purata hujan yang cukup tinggi. Minggu lepas menyaksikan Langkawi di landa banjir dimerata tempat dek hujan lebat yang turun tidak berhenti. Angin kencang membuatkan lautan juga bergelora. Amaran bahaya di keluarkan dan para petugas keselamatan mengawal keadaan agar tiada kemalangan jiwa berlaku.
Namun apa yang lebih mengerikan melihat kepala air membuak deras dari air terjun Temurun dan Telaga Tujuh. Rasanya selama 30 tahun menetap disini, inilah kali pertama kejadian ini berlaku.
Sebahagian kawasan riadah yang dilanda kepala air. Sampai kesaat entry ini ditulis hujan dan angin kuat masih melanda di sesetengah tempat.
Begitu juga keadaan di kebun. Rumput kembali memanjang. Benih-benih yang saya semai walaupun tumbuh tapi banyak yang tidak menjadi. Kelecuran daun dek ditimpa air berlebihan. Pokok juga banyak yang rebah. Petak-petak sayur juga terpaksa di abaikan.
Pagi ni cuba juga masuk melawat kebun walau air masih bertakung. Cosmos tiga saudara. Banyak pokoknya tumbang.
Morning glory sempat kembang sebelah pagi saja. Tengahari dah robek ditimpa hujan.
Saya dah tak kesah kat pokok bunga sangat sekarang ni...bukan jemu tapi kadang-kadang rasa frust sebab banyak yang mati dengan cuaca yang tidak menentu.
Yang mana berdaya tahan yang itulah saya simpan.
Dah tak peduli pun kat dia. Dah buang pasu letak ceruk. Baru nak keluar bunga sekuntum.
Sama dengan walking iris ni. Dua tahun lebih baru berbunga.
Sepasang kasut merah yang comel. Bunga pokok geti.
Di kebun ada juga satu dua tanaman yang menjadi walau dilanda banjir memanjang. Petola segi kampung. Gigih berbuah walau pokok kurus keding.
Tahan lasak pokok timun mini ni. Terus berbuah walau bertakung dalam air.
Peria katak musim kedua. Baru berlajar berbuah. Benih dari buah yang beli di kedai.
Kacang panjang jenis baru. Benih dari pemberian kawan. Kacang panjang ular nama dia.
Menurut ramalan cuaca hujan akan terus turun di Langkawi. Tidak tahu bila musim kering akan menjengah walau kadang kala angin timur yang sejuk sesekali bertiup.
Bulan September ini bulan yang penuh tragedi. Dugaan tuhan . Kita hambanya harus menerima dengan redha. Al Fatihah buat pelajar yang terkorban di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Kat atas satu lagi tragedi melanda saya. Tragedi pos laju. Pokok yang saya beli on line mengambil masa 7 hari untuk sampai. Kotak pun dah koyak hujungnya. Bila buka jatuh berderai daun yang sudah kehitaman. Nasib batangnya masih hijau. Ada juga harapan untuk hidup.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
SubhanAllah...cantiknya bunga-bunga dan sayur-sayuran itu...
ReplyDeleteAda banyak lagi bunga tapi malas nak ambil gambar...kamera pun kui teruk,computer pun duk ngap2...semua duk nanti hari saja.
DeleteSorry to hear about the flood in Langkawi. Hope no one is hurt. Normala, I really like those red shoes. So cute ;) And thank you for posting all your beautiful blooms and vegetables. Enjoy!
ReplyDeleteHi Steph.
DeleteStill raining in Langkawi. So far no deaths and casualties have occurred.
Kat sini pun hujan setiap hari, dengan angin kuat...
ReplyDeleteKebun makchaq pun senasib... sedih tengok sayuq2 tenggelam dan rosak..
Pokok kacang bendi habih tumbang ribut kuat sangat..
Tapi redho je la... hujan rahmat.. kalau kemarau panjang lagi la susah...
Ya la Mak Chaq. Kena redho la. Saya tiap pagi pusing kut luar saja tengok kebun walau tak dak pokok sayur sangat pun. Pagar kayu pun banyak yang patah.
DeleteTakutnya tengok air terjun tu NS...mmg deras sungguh tu.
ReplyDeleteKat KL ni pun hujan jugak NS. Asal ptg mesti hujan. Lebat jugak.
Yelah kan....Allah bagi air yg berlebih, tapi Allah kembangkan bunga yang cantik
Betul Hainom. Walau hujan memanjang, bunga tetap kembang. Walau sayur banyak mati tapi mulut masih dapat senyum2 tengok bunga.
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik,
ReplyDeleteTempat saya pun sama, setiap petang hujan turun hingga ke santak senja. Hujan lebat yang diselangi dengan kilat dan angin. Mungkin sudah di awal permulaan musim tengkujuh. harap2 tidak berlaku banjir seperti tahun2 yang sudah...
Waalaikumusalam Abu. Terima kasih dengan doa yang baik.
DeleteTempat kak dulu2 tak pernah dengar banjir. Kebanyakkannya penempatan tinggi dari aras laut. Tapi disebabkan pembangunan pesat, peparitan tidak terancang. Masih duk cetek macam puluhab tahun yang lalu. Tu sebab la ni suka jadi banjir kilat merata kampung dan jalanraya. Highway pun boleh banjir.
Take care, kak Mala, disini kami kemarau kering kerontang.
ReplyDeleteOh, terima kasih Endah. Kami disini masih dalam musim tengkujuh yang heavy.
DeleteWahhh petola tu saya suka kalau dibuat sup ayaq....ditambah dengan su'un dan ubi kentang sikit.....itu saja dah cukup untuk makan malam saya!
ReplyDeleteSaya kat sini masak air saja uncle. Campur dengan pucuk daun serba neka yang kutip kat tepi rumah. Sebiji saja baru jadi.Taruh baja pun hanyut dek air hujan.
DeleteHari ni pun dengar berita kat tv, Perlis dan Kedah dh dilanda banjir.
ReplyDeleteMudah2an hujan tak berpanjangan.
jangan patah semangat untuk terus bertani Mala.
Ya WP. Kedah & Perlis dah dilanda banjir. Kat kampung saya pun juga.
DeleteHati tu patah la juga sikit tengok keadaan pokok yang banyak mati. Tapi tak apa tak sampai sebelah nyawa pun hilang...hehehe...Apapun tunggu musim kering ni mula balik.
Hasil berbuka dgn tanah macam2 ado Tu..
ReplyDeleteRajin saja apa pun jadi Mamapp. Orang duk rumah flat pun boleh berkebun sakan dari kita.
DeleteTANAMAN MALA MSH SEGAR BERSERI WALAU DIGANGGU HUJAN LEBAT MENCURAH AKHIR SEPT...XDAYA NK ELAKNYA MALA
ReplyDeleteYang tahan hujan memang boleh hidup subur Paridah.
DeleteSalam hujung minggu,
ReplyDeleteHarap2 hari ini tiada lagi banjir atau semakin surut. Sayangnya pokok sampai dah layu. Kot2 masih ada rezeki tengok batangnya masih sedikit segar.
Salam KN,
DeleteMinggu ni hujan masih berterusan. Dua hari lepas banjir kilat lagi di jalanraya dan beberapa buah kampung. Takut tengok air yang membuak laju. Semua orang komen pasal sistem peparitan yang di abaikan.
Semoga kita tabah menghadapi ujianNYA..
ReplyDeleteYa, kena redho.
DeleteAssalamualaikum Kak Mala,
ReplyDeletewalaupun musim hujan skrg ni sayur2an kak Mala tetap mengeluarkan hasil, lagi2 kacang panjang ular tu, cantik sungguh buahnya. Pontian pun sama juga kak, hampir setiap hari hujan waktu petang, kalo nak berkebun, kena buat awal pagi...
Salam Julie. Hujan masih berterusan hingga hujung oct. katanya. Kebun kak betul2 terbiar sekarang. Nak masuk pun malas. Lecah.
DeleteYa Allah takutnya dgn kepala air Tu semoga takde nyawa terkorban
ReplyDeleteKali kedua berlaku pula minggu lepas. Sejarah betul Langkawi tahun ni...dengan banjir bagai...
DeletePernah sampai ke air terjun in dlm tahun 1982!
ReplyDeleteInfo terakhir...4 nyawa terkorban ketika mereka berkelah sedangkan waktu itu sudah ada amaran bahaya kerana cuaca tidak eluk. Kejadian ini berlaku kalau tak silap dua/tiga minggu selepas saya posting kisah ini.
Delete