Sunday, 8 October 2017

Kalau Dah Bukan Rezeki.

Masih dalam musim tengkujuh. Ramalan mengatakan hujan berserta angin kuat  akan berterusan hingga penghujung bulan October ini. Jadi abaikan kebun dan bunga buat seketika.  
Kali ini nak bercerita pasal pokok buah lah pula. Walau ruang taman rumah saya sejemput saja tapi saya tetap berusaha tanam sepokok dua pokok buah2an buat pelepas makan garam belacan orang kata walaupun saya bukanlah kaki menyicah. 

Ini jambu madu yang saya tanam masa setahun berpindah kesini. Tanam dalam kawasan rumah. Buah tak pernah putus. Saya telah tut beberapa batang pokok dan sedekahkan pada kekawan. Sepokok hantar balik kampung. Semuanya sudah berbuah lebat.

Pokok jambu ini membesar sampai melepasi bumbung rumah. Malangnya tahun lepas  daunnya diserang oleh beribu ulat bungkus. Jadi saya terpaksa upah orang tebang walaupun pokoknya tengah berbunga.

Ini ulatnya...tengok tu bergayutan...

Cik Jamal cas RM50 untuk tebang dan buang dahannya dihujung padang. Saya tak cakap banyak. Ok saja. Janji ulat tu tak menyerang pokok bunga dan pokok pelam yang bersebelahan . Sebelumnya saya lihat dah ada sekor dua bergantung di daun bunga ros. 

Beberapa bulan setelah ditebang, belimbing kampung yang saya tanam sama sehari dengan pokok jambu ini mencanak naik dengan suburnya. Dulu terbantut dicelah pokok jambu. Berbuah tanpa henti juga.

Malangnya bila masak...penuh dengan sarang lalat buah pula. 

Waktu muda cantik saja kelihatan. Tak ada tanda gigitan pun.

Saya juga tanam sepokok belimbing madu belakang rumah. Cantik pokoknya tapi kurang  berbuah. Ini buah sulung. Tak berapa  panjang. Saya bungkus tapi sempat juga diserang oleh ulat bulu jenis kecil. Putik lain habis dikerjakan. 

Dapat jugalah merasa buah sulung. Manis. Apa petua nak bagi buah lebat? Semua baja dah taruh. Kalau bab berbunga bukan main. Penuh ranting. 

Delima kampung ini saya tanam di homestay sebelah rumah yang saja jaga dulu.  Dah masuk lima tahun. Rajin berbuah. 

Tapi bila masak masamnya ya amat. Kini dah setahun lebih homestay di sewakan. Penghuninya pula sangat tidak mesra alam dan masyarakat. Saya tak ralat pun. Biarkan...bukan rezeki saya kan. 

Di kebun ada tiga pokok lagi delima  dari jenis isi merah menyala. Benih dari buah beli dipasaraya. Rajin berbunga tapi belum pernah lekat buah. 

Pokok amra pun ada. Tanam dalam pasu. Walau terbantut pokoknya tapi rajin berbuah. 

Setakat ini buahnya semua menjadi  rezeki geng menyicah.

Dalam banyak pokok buah, yang ini lah selalu menjadi perhatian ramai. Kalau time lebat, bergayutan sampai kebawah. Sudahlah bersaiz besar. Sapa yang tak geram tengok. Pokok pelam saya ni selalunya berbuah diluar musim. Orang dah habis dia baru nak berbunga. 

So  jadi perhatian ramai lah. Sampai ada orang tak kenal pun boleh datang meminta. Bini mengidam. Tak tahulah macamana diaorang hidukan....Nak tak bagipun tak tergamak juga. 90% hasil  pelam saya selalunya menjadi habuan jiran, orang tak dikenali dan peragut bersiri. 

Sukar nak biarkan ia masak  100% di pokok. Peminatnya ramai. Kalau sempat  bolehlah kait dan peram. Saya pula  tak suka buah muda yang masam.  

Musim ni buah tak berapa menjadi. Mungkin putik tak lekat sebab musim hujan. Tapi bahagian jiran untuk menyicah dan berkerabu tetap ada. Saya pun kini berlajar lebih redha. Tak nak marah-marah dan rungut-rungut. Dah bukan habuan kita. Tak masuk kemulut walaupun tercatuk depan mata. Halal saja. Rezeki kita  adalah keikhlasan dihati. Bonusnya  disana kelak. 

Selain itu saya ada juga menanam nangka madu, mempelam, pisang, lemon, jambu batu  dan anona di kebun tepi padang. Kalau ada rezeki bolehlah saya dan jiran merasa. Harap-harap pemaju tak ada apa-apa rancangan disitu lagi. 


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!






26 comments:

  1. Banyak betul pokok buah yang Mala tanam! Pokok mangga say atak pernah berbuah....pokok jantan kot...Belimbing pulak, nasib macam Mala juga. semua tak boleh makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok mangga yang tanam dengan biji kadangkala ambil masa samapai 5 tahun baru nak berbuah. Mangga saya ni 3 tahun saja dah mula berbuah. Tanam dengan biji juga.

      Delete
  2. Rajin sungguh mala menanam..
    Menjadi pulak buahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga yang susah nak lekat buah mcm belimbing madu tu..tapi bab berbunga no satu..penuh dahan.

      Delete
  3. Mmg tak rugi berbudi pada tanah..seronok mama tgk hasilnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...cuma kebun ja tak boleh nak bercucuk tanam apa. Penuh air memanjang.

      Delete
  4. Niatkan kita menanam bukan untuk kita sahaja....haiwan makan pun dikira sedekah juga tu...InsyaAllah ada bahagian istimewa kita di sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah Cik Mohammad Shafi...untuk haiwan pun ada juga bahagian depa. Sampai la ni kadang kala tu nak bunuh ulat ngan siput pun macam teragak-agak pula jadinya. Saya pula memang tak pakai racun langsung kat pokok sayur.

      Delete
  5. Seronok bila hasil yg ditanam dah mengeluarkan hasil macam ni ye NS. Berganti ganti pulak buahnya. Ha'a....bila buah dah duk tepi jalan, mmg kena berkongsi gamaknya buah tu NS. Ingatkan ajelah bonus yg akan kita kumpul nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah Hainom...jadi trauma kita bila musim buah banyak...Depa mai bawa guni terus. Sekali ambil berpuluh biji. Buah berjuntai sampai kebawah senang ragut.

      Delete
  6. Upah buang dahan RM 50 tu berbaloi. Dikira murah. Mala ada benih lebih tak. Pokok pelam dgn jambu madu? Tapi kalau tanam biji biasanya kurang menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada benih Adam,jambu madu tu dulu saya tut. Lepas potong pucuk baru yang tumbuh semua saya buang sebab tak mau bagi pokok tu membesar. Mungkin hujung tahun ni saya nak potong habis sampai kepangkal.

      Delete
  7. Saya suka blog puan ! Bunga2 yang cantik ,sayuran dan buah buahan yang segar di taman anda menghijaukan mata yang memandang . Salute you.

    ReplyDelete
  8. banyaknya hasil kak. gambar jambu madu tu paling cantik. mangga pulak paling sedap. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janbu madu tu dalam kenangan la....hahaha...

      Delete
  9. Oh so fruitful! I hope the jambu made tree will grow back more shoots and fruits soon. Have a great day!

    ReplyDelete
    Replies
    1. So sad, I had to get rid all the trees end of this year for more space.

      Delete
  10. Betullah, kalau dah bukan rezeki, dalam mulut pon boleh keluar balik. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nini...nak kena ikhlas berlajar redo...

      Delete
  11. Banyak ragam buahnya, belimbing saya banyak yang rusak berulat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada serba sedikit saja Endah. Itu pun tanam dalam ruang yang cukup terhad. Belimbing kampung saya rajin berbuah cuma yang madu tu...sukarnya lekat putik.

      Delete
  12. Jus mangga ranum pun sedap juga ketika bulan puasa Kak Mala.

    Syukur Alhamdulillah meriah dengan pelbagai buah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni rata-rata pokok mangga dikejiranan kami tak lekat putik buah walaupun berbunga lebat. Semua bunga mengering jadi hitam. Tak tau la kena penyakkit apa.

      Delete