Berkongsi kegembiraan bersama rakan bloggers disini. Menimang cucu kedua pada hari Sabtu lepas. Memang sangat mengujakan saya dan suami. Maklumlah kami tidak ada anak lelaki. Kedua-dua anak saya perempuan. Cucu sulung pun perempuan. Syukur Alhamdulillah. Dapat juga seorang kan.....Terubat hati cik suami yang mengidam anak lelaki. Manakala saya pula, ini adalah merupakan hadiah harijadi yang amat bermakna sekali. Tahun depan dapatlah sama-sama meraikan harijadi pada bulan yang sama.. Dah dekat-dekat tarikhnya.
Jadi sepanjang tempoh anak berpantang ini, saya terpaksa abaikan kebun dan pokok bungalah jawabnya. Seawal pagi saya dah menapak kedepan dan kebelakang. Sekejap kerumah anak dan sekejap kerumah saya. Harap-harap boleh turun beberpa kilo lepas ni.
Ikut tumpang happy mestilah sikakak tapi dalam masa yang sama suka buat perangai minta perhatian. Tak boleh marah sikit menjadi-jadi rajuknya. Orang semua duk bercakap pasal adik saja jadi dia rasa macam dipinggirkan. Kecil-kecil pun dah pandai terasa hati.
Dalam kegembiraan merenung wajah munggil cucu, saya terpandang bantal peluk disisinya. Mmmm....bantal peluk ibunya 27 tahun yang lalu. Masih bersih dan baru. Arwah ibu saya yang jahitkan masa saya beranak sulung. Kalaulah dia masih ada....
Satu sikit, dua tidak cukup. Itu yang saya rasakan. Jadi saya sarankan anak sulung saya beranak lagi selepas ini. Menjeling dia..hahahaha..Bukannya apa, takut dia pun berhenti setakat dua juga macam saya. Pada kawan-kawan bloggers, minta maaf sekiranya saya tidak sempat melawat dan lambat membalas komen buat sementara waktu.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
Tahniah!
ReplyDelete"There's nothing like a grandchild to put a smile on your face, a lump in your throat and a warm feeling in your heart".
Thanks iTS...You are absolutely right my dear!
DeleteTahniah NS....
ReplyDeleteKegembiraan bergandalah ni ye. Cucu lelaki di bulan kelahiran gamaknya. Biasalah buudak budak bila dah ada adik, mmg jeles mintak perhatianlah tu.
Happy Bezday jugak utk NS ye. Moga sihat dan dilimpahi rahmat Allah
Terima kasih Hainom...betul tu kegembiraan berganda.
DeleteSalam singgah dan follow sini :)
ReplyDeleteTerima kasih Julia sudi singgah. Salam ukhwah!
DeleteTahniah dapat cucu kedua, makin meriahlah nanti..
ReplyDeleteterima kasih Mizi. Memang meriah sangat.
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeleteTahniah kak, atas kelahiran cucu kedua. Mudah-mudahan menambah seri dan kebahagiaan akak sekeluarga. Selamat hari lahir juga buat akak, harap tak terlewat ucapan ini..hehehe
Waalaikumusalam Abu.
DeleteTerima kasih dengan ucapan. Busy sikit sekarang ni..cucu pula kena kuning.
Congratulation for the new addition in the family
ReplyDeleteThank you Mr Thomas.
Deletechomeyy aihh...rasa mcm nak cubit pipi dia! Saya suka bau masam baby...haha...
ReplyDeletememang wangikan bau mulut bayi...
DeleteTAHNIAH MALA TUMPANG GMBIRADGN KBHGIAN MALA..MENYAMBUT TANGN KECILNYA MENDAKAP TUBUH HARUMNYA XTERKATA SUKANYA
ReplyDeleteterima kasih Paridah.
DeleteTahniah timang cucu Kak Mala!!!
ReplyDeleteGeramnya tengok comel sangat.
Teringin tambah lagi tapi si suami pula rasa tak bersedia.
Dah sebulan dah kan usianya, tak lama lagi ibu dah habis pantang.
Ya Diana..dah masuk sebulan.Cucu kak dapat kuning, sampai sekarang masih ada sikit2 lagi kuningnya. Berbagai petua sudah dibuat...susah nak hilang. Sudah ambil darah tapi belum dapat tahu keptusannya. Mudah2an semuanya berada dalam keadaan baik.
DeleteJiran Diana ada pernah minta daun belimbing buloh kata nak buat mandi anaknya yang demam kuning.
DeleteDah cuba Diana...apa saja orang cakap...semua cuba termasuk homeopaty. Alhamdulillah sekarang sudah berkurangan. Sampai nak lepas pantang pun. Menurut bisan saya, menantu saya dulupun sampai hampir nak tukar darah juga..Oh, no wonder la....like father like son la kan.
DeleteTeringat bidan kat Australia dulu kata ikut jenis darah juga tu.
DeleteSelamat Tahun Baru 2018 Kak Mala.
Moga tahun ini dianugerahi rezeki pelbagai dan kesihatan.
terima kasih Diana. Selamat tahun baru untuk Diana sekeluarga juga.
DeleteTahniah Mala, dapat cucu lelaki.
ReplyDeleteSemoga baby dan ibunya sentiasa sihat.
Terima kasih WP.
DeleteAlhamdulillah...dah sepasang dah lah cucu Mala..
ReplyDeleteSemoga ditahun baru ni dilimpahkan berbagai rezki...aamiin
SELAMAT TAHUN BARU 2018
terima kasih KN. Selamat tahun baru untuk KN sekeluarga juga.
DeleteAlhamdulillah.. Tahniah kak. Bestnya bau baby
ReplyDeleteTerima kasih mamapp.
Deletealhamdulillah
ReplyDeleteTerima kasih Han.
Delete