Sayang tapi terpaksa. Tidak dapat diselamatkan demi untuk sebuah perubahan kecil tapi amat besar pengorbanan yang terpaksa di terima oleh pokok-pokok kesayangan saya. Untuk ruang sempit ini heliconia dan sireh hampir mendominasi keseluruhan ruang.
Heliconia adalah pokok terawal yang saya tanam diatas tanah. Manakala pokok bunga lain kebanyakkan didalam pasu jadi mereka terselamat. Cuma di pindahkan kekebun saja.
Saya suka pokok ini kerana warna dan keramahannya berbunga tidak kira musim. Sentiasa ada ceriakan laman. Lepas ini tiada lagi bayangannya dilaman depan.
Dinding tempat heliconia bersandar akan disimenkan. memang tidak ada pilihan selain daripada dibuang pokoknya.
Saya upah orang untuk menebas dan mencungkil ubinya yang tertanam kemas dalam tanah.
Sebahagian yang ditarik keluar. Saya beri kepada kawan-kawan yang berminat. Satu dua ketul saya tanam dikebun. Selebihnya kering begitu saja. Saya rasa sangat bersalah tapi kat mana lagi harus saya letak mereka ini. Terlampau banyak.
Dah bersih tapak ini. Saki baki ubi yang ada dibiarkan saja terbenam kerana ruang ini juga akan disimenkan.
Saya sentiasa sayang pokok-pokok tanaman saya. Biar pun mereka sudah mati atau pupus saya tetap mengenangnya melalui photo yang saya simpan disini. Inilah tujuan sebenar saya berblog pun. Untuk mereka dan tatapan saya dan tatapan anda semua juga.
Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!