Saturday, 17 March 2018

Kita Adalah Apa Yang Kita Makan

 Pernah dengarkan ayat tu dan ia memangnya betul sangat kena pada diri saya. Sudah tahu bawa penyakit dan berpantang makan tapi ada masanya saya terkandas juga. Akibatnya...tanggung sakit sekali lagi.

Sebab tu saya tak berani nak makan banyak buah kegemaran ni walaupun rasanya manis. Kerana dia tetap asam yang  boleh memudaratkan perut saya. Mmm.. cuba lah juga rasa sehiris dua buat melepas kempunan. 

Buah pelam luar musim ini masak menguning bulan lepas. Tuaian terakhir untuk tuan rumah setelah puas kendurikan untuk kawan dan jiran tetangga. 

Manakala pisang abu pula tak sempat masak dipokok. Terpaksa diperam kerana sudah ada yang menghidu dan cuba mencuri. 

Goreng makan panas-panas. Memang sedap sangat. Gebu dan lemak rasanya. Yang ini puas makan. Tiada alahan. 

Ubi keledek ni pula saya terjumpa masa tarik rumput di kebun. Tak tahu tahun bila punya ubi. Rebus pun tak hempuk. 

Belimbing madu paling menjadi untuk musim kedua. Ada hampir 50 biji di pokok. Malangnya semasa sakit saya tidak upaya membungkusnya pada peringkat awal. 

Jadi bila masak ia tetap memburuk dalam bungkusan. Cuma sebiji dua saja yang terselamat. Tak ada rezeki juga untuk saya.
Setakat ini dulu. Maaf sebab lama tak ziarah kawan-kawan kerana sedikit sibuk sekarang ini.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging and happy gardening!