Tuesday, 4 September 2018

Vinca: Bahagian Kedua

Hari ini saya poskan pula bahagian kedua vinca. Bercerita lebih lanjut, di Langkawi  orang tempatan memanggilnya dengan nama Jalang Kampung atas sifatnya yang cepat membiak dan merebak di seluruh pelusuk kawasan. Bukan kerana dia jahat ya...Ini dirujuk pada bunga jenis lama yang berwarna ungu dan putih. Dulu-dulu itulah dua color yang ada pun.

Kemudian barulah masuk warna-warna ceria yang popular pada awal 90an. Jenis tegak berumpun.

Sampailah berkembang kepada vinca jenis gantung pada tahun 2000. Seperti petunia saya dah beberapa kali bertekad tak mahu membeli lagi. Sebabnya pokok ini cukup tak serasi dengan saya. Cepat mati. Orang lain tahan bertahun. Saya habis kuat dua bulan sahaja. 

Tapi dasar hati bunga ni selalu mungkir pada janji. Masuk saja nursery rasa macam nak sewa lori. Vinca ni saya beli pada bulan puasa lepas. Murah besar gedabak baru RM14 satu. Beli di kampung. Tapi bagai sumpahan sebulan kemudian mati. Mmmhhh... 

Yang pasti cuma vinca jenis tegak ini saja yang bertahan lama. Cuma satu saja lecehnya ulat daun hijau macam  iron man tu suka menyerang. Geli geleman tengok. Nak letak gambar kat sini pun seram. 

Vinca jenis rare ini pun boleh dibiak melalui keratan ranting dan biji benih. Namun ia tidak tahan pada kebanjiran air hujan. Batang dan daunnya mula melecur dan menjadi hitam. Walau dikerat tapi masih menjadi.

Memang ada semburan kimia atau organik untuk menghalang kanker ini terjadi  di jual dipasaran. Cuma saya saja yang tidak membelinya. Saya tidak pernah menggunakan kawalan racun dikebun atau dilaman rumah setakat ini.

Semua vinca jenis corak baru ini  datang dari luar negara. Disana terdapat pelbagai variati yang menawan. Tunggu sahaja siapa yang nak bawa masuk. Berkenan nanti beli biji benih. 

Satu perkara yang biasa berlaku,  kadangkala kita tidak mendapat warna yang sama seperti induk. Akan keluar warna-warna baru yang seiras atau berceloreng. 

Banyak juga corak baru yang saya tidak sempat rakam atau terlepas pandang. Tak mengapa untuk musim kedua ni saya akan mulakan pada musim panas nanti. Waktu tu lebih sesuai kerana kurang hujan. Lagipun halaman rumah sempit dan tak sesuai untuk buat shading.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening! 

19 comments:

  1. Sama tak dengan pokok bunga tapak dara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sesetengah tempat panggil tapak dara... Kemunting cina.. Periwinkle.

      Delete
  2. Kebiasaan kita bila tengok pokok bunga kat nursary memang rasa macam nak beli semua. Macam vinca ni (saya baru tahu nama vinca) warna dia semua menarik. Buat kita rambang mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la kan...hati mudah cair dgn bunga. Tapi Kadang2 saya heran juga ada juga orang tak suka langsung kat bunga ni. Apa jenis bunga pun tak suka. Semak kata dia.Tapi bila pilih kain buat baju suka corak bunga. Pelikkan. Hahaha...

      Delete
  3. kak Mala kejam sangat namanya tu hehe :) Hasil kacukan kini menghasilkan pelbagai paduan warna kan Kak, Kalau ke tapak nursery Sungai Buluh tu naik rambang mata, cuma bila di beli, ana tanam tak kekal lama bunganya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Kak pertama kali dengar lagi nak tergelak. Bunga ni kat tepi pantai pun tumbuh penuh. Dulu2 la kat Labgkawi. Sekarang dah habis. Pembangunan.

      Delete
  4. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Oh, vinca nama pokok alah ni. Sejak dari dulu saya mencari nama pokok bunga ini. Kebetulan berhampiran tempat kerja ada dua pokok, ia mengingatkan saya masa budak-budak dulu. Bunga ini menjadi permainan. Batang kelopaknya di jadikan straw, dicelupkan pada getah pokok jarak (kalau tak silap) kemudian tiup, maka berterbanganlah buih-buih yang terhasil..macam yang budak-budak skrg ni main dengan menggunakan buih sabun.. nostalgianya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu.
      Time bebudak zaman kita dulu memanglah pokok2 yang banyak jadi bahan mainan. Kita dulu lebih dekat dengan alam.
      Batang padi pun buat serunai.

      Delete
  5. Wonderful flowers, beautiful blog.
    Have nice weekend
    Greatings
    Maria
    Divagar Sobre Tudo um Pouco

    ReplyDelete
  6. Thank you Maria.
    Have a nice weekend too!

    ReplyDelete
  7. Cantiknya..., dua minggu lalu belanja vinca, cantik bunganya warna warni. dulu punya beberapa koleksi vinca kampung, tapi cuma tersisa satu berwarna pink.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut hati mau beli lg benih vinca moden ini tapi bersabar saja sebab sekarang musim hujan.

      Delete
  8. Have a wonderful day to you, Normala. Your garden says a lot about you - admirable green thumb :)

    ReplyDelete
  9. Kawasan pulau-pulau pelancongan di Sabah sekarang pun gemar jadikan vinca sebagai hiasan.
    Rindu lama tak dapat jenguk blog Kak Mala.
    Diana doakan Kak Mala sentiasa sihat ceria ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas sakit aritu kini kak mala lebih bertenaga. Cuma yang ketara tak boleh kelam kabut buat kerja mcm dulu. Kena banyak rehat dan kurangkan tension.

      Delete
  10. vinca yg jenis ni lain ke dgn yg vinca yg lagi 1 bila tumbuh dia menegak ke atas..yg ni tumbuh bulat jatuh ke bwh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya vinca ada banyak jenis dik. Corak dan kelopak bunga pun berbagai warna dan rupa. Ada vinca berjuntai batang lembut dan ada vinca yg jenis berbatang tegak.

      Delete
  11. Boleh tak bgi cntc number,sya nak beli vinca dlm jumlah yng banyak

    ReplyDelete