Seperti bunga, kucing dan saya berpisah tiada. Seawal usia kecil kucing merupakan sahabat dan kesayangan. Memandangkan mereka ini sebahagian dari kehidupan saya jadi setiap kenangan harus disimpan disini bersama yang lain.
Gambar di usia dua minggu. Ketika bersih dimandi dan di alu menjadi ahli keluarga baru.
Dipercayai Oppo ini anak pertama berbulu putih baka dari bapa kucing saya si Kastih. Walau sudah hampir 5 tahun dia menjadi kassanova keliling taman, Oppo se ekor ini sahaja yang lahir mirip 100% bapanya.
Beratus juga kelengkapan baby dibeli untuk keperluan si Oppo. Sifatnya manja, lembut juga cerdik.
Selepas dua minggu berselang anak talipon bagitau dia jumpa anak kucing cedera ditepi jalanraya. Pada waktu malam kesaorangan tanpa ibu. Pada mulanya saya menolak. Tidak larat untuk bersedih lagi.
Susah juga jika anak pun berjiwa kucing. Dia tetap bawa balik. Tersentuh hati tengok. Ekornya cedera parah. Tidak ada bulu. Luka berdarah nampak isi. Akhirnya ekornya terpaksa dipotong kontot. Tidak berhasil walau disapu ubat. Ketika ini masih belum sedar dari bius.
Kini sudah sihat cergas. Kami namanya Abu sempena warna bulunya yang kelabu. Abu sangat menikus, cerdik dan nakal. Telatahnya menambat hati keluarga.
Kenakalannya mengingatkan saya pada Tome yang hilang hampir setahun yang lalu. Tuhan saja yang tahu betapa rindunya saya pada dia. Apakah ini pengganti?
Tidak faham kenapa orang terus berlaku kejam pada haiwan kesayangan nabi ini. Melihat mata yang sayu begini cair rasa simpati.
Namanya Oppo. Dibuang ibu seusia dua minggu. Pada saat gambar ini diambil umurnya sudah sebulan lebih tapi tubuhnya sangat kecil mungkin kerana terencat sebab dari awal di abaikan oleh ibu sendiri.
Berkali sebelum ini saya kata tidak selepas kehilangan Tome hampir setahun yang lalu namun anak bongsu berkeras mahu.
Dipercayai Oppo ini anak pertama berbulu putih baka dari bapa kucing saya si Kastih. Walau sudah hampir 5 tahun dia menjadi kassanova keliling taman, Oppo se ekor ini sahaja yang lahir mirip 100% bapanya.
Beratus juga kelengkapan baby dibeli untuk keperluan si Oppo. Sifatnya manja, lembut juga cerdik.
Malangnya usia Oppo tidak panjang. Dua hari selepas gambar ini di ambil Oppo pergi menemui penciptanya. Kesilapan menyemburnya dengan ubat kutu telah membuat dia keracunan dan lembek tidak bermaya. Bercucuran airmata sibongsu.
Susah juga jika anak pun berjiwa kucing. Dia tetap bawa balik. Tersentuh hati tengok. Ekornya cedera parah. Tidak ada bulu. Luka berdarah nampak isi. Akhirnya ekornya terpaksa dipotong kontot. Tidak berhasil walau disapu ubat. Ketika ini masih belum sedar dari bius.
Kini sudah sihat cergas. Kami namanya Abu sempena warna bulunya yang kelabu. Abu sangat menikus, cerdik dan nakal. Telatahnya menambat hati keluarga.
Kenakalannya mengingatkan saya pada Tome yang hilang hampir setahun yang lalu. Tuhan saja yang tahu betapa rindunya saya pada dia. Apakah ini pengganti?
Pun begitu ada orang yang tidak gembira dan merajuk. Siapa lagi kalau bukan ibu rumah ni si Kaspin. Dulu masa ada Tome pun dia rajuk panjang. Tidur diluar. Kali ni Abu pula. Lari lagi tidur diluar rumah. Mmmm....macamana nak pujuk ni...
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!