Usia itu seperti angin menderu menyentuh tubuh, terasa hadir namun tak mampu menahan dari berlalu pergi. Begitulah cepat nya masa beredar. November ini jiwa saya sangat terkesan. Lebih separuh abad sudah nadi ini berdetik. Syukur kehadrat ilahi kerana saya masih mampu berdiri menghela nafas.
Masih dapat melihat mentari pagi yang terang menyinar.
Juga masih mampu tersenyum menyaksikan bunga-bunga yang bertebaran kembang di laman.
Bersilih ganti suka dan bahagia dapat melihat cucu membesar didepan mata.
Sampai waktu lena pun terbit rasa bahagia tatkala menatap wajah mereka tanpa jemu.
Namun ada kalanya satu ketika saya tiba-tiba dilanda rasa sunyi dan terasing walau dikelilingi oleh mereka yang tersayang. Terasa bagai waktu terhenti dan mati. Apakah itu perasaanya tua?
Kalaulah masa boleh diputar. Kalaulah ibu masih ada. Ingin saya pegang tangannya dan cium. Ingin saya bisik ketelinganya. Mak saya sudah faham apa itu ertinya tua. Maafkan saya bertanya soalan itu dulu mak. Saya cuma ingin tahu.
Kerana ada kalanya saya lihat mak bersedih dengan airmata. Senyap berhari tanpa kata. Entah rajuk pada siapa. Sedang saya rasa tidak ada apa-apa. Mungkin waktu itu saya tidak faham kerana tidak berada ditempatnya dan mak pula tidak tahu bagaimana nak meluah segala perasaannya.
Bila masa berlalu tanpa sedar kini saya telah berada ditempatnya. Betul kata mak. Apa yang sakit ialah tidak dapat menolak perasaan sayu dan pilu yang datang menghimpit dada. Ujarnya nanti bila tiba masa pasti akan rasa.
Sukar ya untuk di ungkap perasaan halus itu. Mungkin perempuan tua terlebih emosi sedangkan lelaki seusia heyyy.... masih steady. Bila-bila masa nak cari sorang lagi.
Kata madah usia cumalah angka. Memang benar tapi pengisian rohani itu yang buat kita berbeza. Jadi kalau boleh saya tidak mau jadi bunga layu.
Tua bukanlah paspot untuk bersedih lara. Harus pandai menyesuai diri dengan waktu yang sedikit berbaki. Apapun saya rasa bertuah kerana punya terapi minda didepan mata.
Bila sedih tengok bunga. Bila sayu tengok bunga. Marah pun tengok bunga. Bila happy.... apa lagi sure tengok bunga. Mmmm... Agaknya sampai kemati pun saya tetap dengan bunga.
Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening
Kita ni makin tua makin sensitif kan
ReplyDeleteBila jasad dimamah usia, kudrat sudah tak seberapa, yg diinginkan hanyalah perhatian dan kasih syg mereka yg terdekat dgn kita
Betul Kam. Perasaan sensitif tu yang cuba saya elakkan. Saya ingat arwah mak dulu kuatnya merajuk. Mudah ngalir air mata. Sebab tu saya ajukan soalan itu pada dia. Kalau ingat balik lucu pun. Teringat mak terkial nak bagi jawapan apa itu rasa tua.
ReplyDeleteTua hanya sekadar angka. Sebabnya zumal sendiri dah rasa sepi, sakit dan dan macam-macam lagi sejak umur 20an sampai la dah 3 series.
ReplyDeleteZumal... Kak masa umur 30an rasa macam baru habis sekolah. Bila 40an rasa macam baru ja aku kawin. Masuk 50an mmmm.... Memang dah rasa tua.Hahaha...
DeleteHehehe ye la
DeleteDah tua ni, mudah terasa segalanya. Mudah rasa letih. Mudah rasa hati. Mudah sentap. Hehe.
ReplyDeleteYa la bab sentap tu yang tak tahan. Kalau blh kak elak dari berangin. At my stage hati ni kira nak terasa sangat.
DeleteSehingga usia emas ini WP tak terasa sepi bertemankan ternakan dan taman2an.
ReplyDeleteMalah merekalah sumber terapi minda yang mengasyikkan.
Salam bertani.
Itu la WP kak pun syukur sangat sebab boleh buang rasa sunyi ni kat kebun dan bunga.
DeleteMasa muda dulu saya takutkan usia tua. Sekarang dah berusia tua rasa biasa biasa saja. Tak perlu berasa hati ke atas apa apa kekurangan diri buat kita rasa okay.
ReplyDeleteGarden Mala nampak sangat cantik.
Ya la. Kalau kita sentiasa tenang dan positif proses tua berjalan macam biasa saja.
DeleteBulan ni bunga kat garden kembang serentak tu nampak macam musim bunga pula. Dah nak masuk musim panas kat sini.
Saya yang baru cecah 33 tahun ini pun dah rasa tua kak. Rasa nak settle down semua dah.. Tak mahu hutang-hutang, tak mahu semak-semak kepala fikir pasal masalah. Nak tenang-tenang saja.. Nak mohon pencen awal pun iya juga. Bila datang rasa sunyi tu memang takada apa yg dapat penuhkan ruang dalam jiwa. Alahai.. tua sebelum usia rupanya saya ni kak... hehehee
ReplyDeleteAduh Orchird.....33 tu kira muda lagi. Jangan layu ditasik madu pula. Hehehe...kak waktu tu duk trang tang tang lagi. Masih aktif segala. Semangat masih tinggi. Harap jangan mudah mengalah ya....
ReplyDeleteItulah juga perasan saya kak. Usually pun nak masuk 4 angkat ni
ReplyDeleteKita orang perempuan ni memang cepat terasa.
Deletebelum tua lagi kak. maybe kena ambik bcomplex sebab masalah cepat sensitif tu
ReplyDeleteDah lebih separuh abad tu tua la tu....hehehe... Kak tak blh ambil supplement sebarangan. Perut sensitif. Berani makan ubat doktor bg ja. Tu pun aritu dapat ubat tak sesuai hilang tenaga berbulan juga.
DeleteThe flowers and faces of children are looking really sweet and happy, Normala!
ReplyDeleteThank you Steph.
ReplyDeleteHave a nice weekend.
Assalamualaikum akak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeletemembaca coretan ini, entahlah saya juga merasakan sesuatu.. entahlah. saya juga dah tua hehe
Waalaikumusalam Abu,
DeleteSemua kita menuju kesatu arah. Tak ada jalan pusing kebelakang. Dihadapan itulah matlamat dan dibelakang yang tinggal cuma kenangan.
begitulah kehidupan kan kak Mala, lalui lah dengan penuh kesyukuran atas segala nikmat yang dipinjamkanNya.. Saya suka tengok bunga kak mala, kagum dengan ciptaanNya yang indah-indah.. Subhanaallah
ReplyDeleteBunga-bunga yang ada itu cukup merangsang kehidupan kak seharian. Tak berjalan kemana pun tak apa. Asal ada kerja dengan pokok-pokok.
Deletethat's life,cherish the good and bad times and be happy always even though tears might be flowing.
ReplyDeleteYa Mr Thomas. Always cherrish our days with the good things and good enviroment. At least no time to be bored.
DeleteLovely children and beautiful flowers, you have a spectacular garden.
ReplyDeleteMany Greetings
Maria
Divagar Sobre Tudo um Pouco
Thanks Maria. Those kids are my granchild. Wish you a happy Friday.
Delete