Monday, 24 December 2018

Remunggai, Kundur, Timun, Peria, Cilipadi Kampung & Terung

Sepanjang bulan ini saya giat melakukan aktiviti merumput, menyemai, tanam semula dan membaja di kebun.  Rasa lega bila tengok dalam kebun semakin cerah. 

Walaupun keadaan cuaca masih tidak menentu namun kebanyakkan tanaman saya berjaya mengeluarkan hasil seadanya. 

 Pokok remunggai yang saya tanam dari biji benih ini sudah berbuah sulung. Memang tak perasan masa bila ia berbuah. Tahu-tahu bila jenguk ke atas dah berjuntaian pun.

Sebelum di masak kena kikis dulu kulitnya.  Saya rebus sekejap buang airnya. Setengah orang tidak makan kerana dikatakan sejuk dan berangin.

Pucuk dan daun mudanya  juga sedap dimakan. Orang India selalu  tanam pokok ini dikawasan rumah mereka. Banyak khasiat pokok ini. Itu sebab saya tanam. 

Dah siappp!!! Bila-bila masa pun saya suka masak campur telur. Baik kari atau lemak kuning. 

Yang paling saya suka tanam. Kundur musim baru. Berjuntaian.

Timun mini dari pokok baru juga. 

Peria juga

Petik pagi tadi. Timun mini pun dah gedabak jadinya.

Cili padi kampung sangat menjadi kali ini. Saya pungut yang muda sebab takut buruk. 

Pertama kali saya buat jeruk. Dulu kalau kawan tak pungut semua kering begitu saja. Sekarang kena hargai apa yang kita tanam. 

Dalam sejarah saya pertama kali beli anak pokok sayur on line. Selalu beli biji benih tanam sendiri. Dua bulan lepas saya beli enam anak  pokok terung dengan harga 2 ringgit sepokok. Terung ungu dan terung hijau. Kesemua sudah berbuah. 

Kelmarin dah pungut hasil. Mesti la masak menu feveret saya. Pajri. Makan pula dengan ikan gelama kering. Mmmm.... Marveles...


OK kawan-kawan,  please take care. Happy blogging & happy gardening! 

P/S: Mari kita sama-sama berdoa untuk keselamatan rakan dan rakyat Indonesia yang dilanda bencana Tsunami. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini. 

40 comments:

  1. alahai kak mala..bikin terliur tengok apa yg ada di kebun akak tu..lbh2 lagi setelah dimasak hasilnya..remunggai tu saya suka sangat makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah ni saya sorang saja yang makan. Masak aritu seperiuk kasi jiran setengah. Hubby makan kuah dengan telur saja. Anak tak tempuh lansung. Rugi la depa ni tak reti makan. Saya sapu..

      Delete
  2. woi, semua sayur yg sy suka... penggemar daun dan buah ramunggai (kami panggil sayur kelor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah tanam sendiri lebih sedap rasanya. Lemak manisnya lebih terasa. Tekstur isi gebu sangat. Kadang kita beli kat market kena yang banyak hari dah.

      Delete
  3. assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alahai, teruja sangat tengok hasil kebun tu.. Remunggai tu rasanya pertama kali saya tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaijumusalam Abu.
      Remunggai dah global pokok dia. Mcm2 orang dah buat supplement.

      Delete
  4. kemarin baru saya bawa cutting moringa/remunggai dari kebun kakak saya, belum sempat ditanam. Di Indonesia kami menyebutnya kelor. A super food.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Endah a very2 super food. Disini pun tempat tertentu juga dipanggil kacang kelor atau kelor sahaja.

      Delete
  5. selamat menyambut kedatangan tahun baru 2019 buat Kak mala, semoga tahun mendatang ini akan membawa seribu keberkatan lagi dalam kehidupan kita semua.. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn... Terima kasih dengan ucapan tu Ana. Happy 2019 buat Ana juga.

      Delete
  6. Best nya semua menjadi. Ramunggai pokok nya boleh jadi sangat besar kan. Kalau lah ada yang jenis kecil teringin juga nak tanam.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya besar pokok dia tp kalau rajin cantas dia jadi rendang saja.

      Delete
  7. Dulu masa ada arwah tok dan tok wan merasa juga makan semua tu, sekarang ni tengok aje la.

    ReplyDelete
  8. Happy New Year to you and your family.
    Greetings and Hugs
    Maria de
    Divagar Sobre Tudo um Pouco

    ReplyDelete
  9. Thank you very much for your wishes !!
    Happy New Year to you too !!
    Greetings

    ReplyDelete
  10. Wow! Makanan utk kesihatan,Selamat Tahun Baru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mr Thomas. Selamat tahun baru.

      Delete
  11. Selamat tahun baru 2019
    Semoga sentiasa sihat dan bersemangat untuk berkebun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya harap2 tahun ni semangat berkebun lebih membara.

      Delete
  12. Wahh...!
    Menjadi tanamannya.
    Alhamdulillah.
    Hasil berbudi pada tanah.

    ReplyDelete
  13. Sukanya saya tgh hasil krbun AKAk. Mmg menjadi sungguh

    ReplyDelete
  14. Happy New Year to you and your family! I have never eaten rumunggai before. Yummy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy New Year to you too Steph. Remunggai have its own special taste and aroma. Sweet and a litlle bit bitter.

      Delete
  15. Sejuk mata memandang bila hasil tanaman menjadi....tiada istilah membazir dalam bertani....jika banyak boleh dijual....jika tak mahu jual, sedekahkan kepada saudara mara dan kawan-kawan...barokah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya suka dengan ayat tiada pembaziran dalam bertani. Sangat betul.

      Delete
  16. Aduhai NS, kecur air liur tengok pajeri tu. Faveret saya jugak tu.
    Remunggai tu sekali imbas mcm sayur petola kan

    ReplyDelete
  17. First time nampak pokok remunggai tq kak for sharing

    ReplyDelete
  18. Banyak hasil tuaian pelbagai jenis.
    Boleh dah jual yang tak termakan kat kedai runcit.

    ReplyDelete
  19. Yang kerap jual dan sedekah buah kundur lah.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570

    ReplyDelete