Sudah masuk musim kemarau di daerah saya sekarang. Rasanya sudah tiga minggu hujan tidak turun. Oh, sebelum lupa ingin saya nyatakan disini saya tidak boleh turun komen di beberapa blog kawan seperti WP... Faridah... Siti Yang Menaip dan beberapa orang lagi. Dulu boleh, ok saja. Mungkin sudah ubah cara setting atau saya sendiri tidak mahir. Walaupun begitu saya tetap lawat dan membaca. Cuma agak ralat tidak dapat komen cerita.
Musim panas begini kebun saya bersih dari rumput tapi meriah dengan bunga. Tapi minggu ni tak ada cerita bunga. Nak cerita pasal lemon Australia pula.
Jangan gelak tengok seluar dalam buruk tu. Hubby punya. Ini ikut petua dari kawan fb. Kalau nak buah lebat katanya lempar benda alah ni atas pokok. Saya pun ikut.
Tapi buah yang keluar tetap gitu-gitu saja tak lebat. Cuma yang agak pelik dua biji lemon yang mana rantingnya tersangkut seluar buruk tu jadi begitu besar dari yang lain. Lucu ya. Ada tak kawan-kawan yang biasa buat petua begini...
Lihat beza sais ukuran lemon saya dan lemon pasaraya. Sekali ganda besarnya.
Beratnya 300gm lebih manakala lemon biasa cuma 150gm saja. Pertama kali dapat sais gedabak dua biji. Mmmh... petua la sangat kannn....
Beberapa minggu lepas saya tut pokok lemon ni. Masa beli dulu dari anak biji. Empat tahun baru berbuah. Puas la tunggu...
Semalam tengok semua sudah tumbuh akar. Wah.... begitu mudah dan cepat. Nak tunggu akar penuh dulu baru nak tanam. So excited....
Saya akhiri posting ini dengan bunga baru white thunbergia black susan eyed. Pada masa yang sama masih berharap agar dapat kembali memberi komen di blog kekawan seperti di atas.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
eeyh.. thanks akak bgtau because tak tahu pula x boleh komen. pelik jugaa knapa ya.. CT x pro bab bab setting ni kena minta org tlg check =(
ReplyDeleteYa kak dah cuba dari tahun lepas. Beberapa kali masuk blog Siti. Godek sana sini pun tak boleh. Frust juga tau. Nak komen apa tak boleh. Nanti kawan cakap kita tak pernah melawat kan.
DeleteBoleh cuba trylah petua ni.
ReplyDeleteunderwear buruk banyak.
Sila la cuba...Apa-apa jadi jangan saman ya... Hahaha...
DeleteLucu pula dgr petua ni. Kalau pokok jambu air tak mau berbuah buah ,agaknya berkesan tak guna petua ni.
ReplyDeleteItulah Cik Son. Saya ni ikut la petua ni kut2 menjadi sebab pokok lemon saya ni sekali turun buah adalah 4-5 biji ja. Tengok orang lain punyak pokok bergayut. Puas berbaja mcm tu juga hasilnya.
Deleteassalamualaikum kak, wah bagus petua ni,tqvm atas perkongsian Julie
ReplyDeletepun nak trylah, dlu ada jiran Julie bgtau, kalo nak pokok berbuah lebah kita tetak2 patang pokok tu dengan parang. Bestnya ada pokok lemon, pokok lemon Julie sampai skrg x berbuah, dah bubuh baja bagai jenis pun masih jg x nak berbuah, kakak bubuh baja apa ye? d pokok lemon kakak?
Pakai baja buah yg biasa saja. Pastu sekarang baja apa tak pakai sebab pasu dia dah terbalik condong dan akar pula sufah tembus tar jalan. Kak letak belakang rumah ni.
DeleteBesarnya buah dia.
ReplyDeletePetua tu bagus juga. Ada juga kegunaan nya seluar lama tu.
Black eyed susan tu cantik.
Habis ikhtiar dah. Tu yang lambung naik seluar lama koyak tu kut menjadi. Hehehe...
DeleteAgak malang juga black susan eyed orange saya mati setelah bertahun-tahun hidup eluk.
Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteWah, teruja dengan buah lemon tu, besarnya. Tapi lebih teruja dengan petua untuk melebatkan buah tu.. nak cuba pada pokok durian lah..hehehe.
Waalaikumusalam Abu.
DeleteJenuh nak lambung la seluar tu kalau kena pokok durian tinggi.. Hehehee...
Seronoknya dah ada buah. Pokok lemon saya masih lagi malu nak berbunga. Tanam dari biji, memang kena sabar la tunggu hasilnya. Itupun jika berhasil. Hehe.
ReplyDeleteYa Cik Azz kena sabar tunggu.
DeleteWah mmg besar la yg bungkus Kain tu. Saya pun xdpt Komen juga di blog yg Guna komenKomen G+ agaknya sebab Google+ dah nakntutup dah
ReplyDeleteItu la.. Ada blog2 kekawan yang tak dapat tulis komen.
DeleteWow! Besarnya lemon ini
ReplyDeleteYa... Yg dua bijinya tersesat jadi so besar.
DeleteGreat Lemon!
ReplyDeleteBeautiful and delicate flower.
All the best
Maria
Divagar Sobre Tudo um Pouco
Thank you Maria.
Deleteapalah khasiat seluar buruk tu ye kak mala, ana juga nak bagitau kak mala kalau boleh tukar blogger user profile kak mala ke blogger kerana Google+ akan berakhir pada 1hb April 2019 nanti, takut tak boleh masuk pula ke blog kesayangan ana ni.. :)
ReplyDeleteOh tq Ana for info.
ReplyDeleteSeluar dalam buruk tu fungsinya bagi buat pokok yang ketegaq berbuah. Petua la tu...
Wonderful to see these two plants here. I tried them with not much success. My lemon is still surviving and the last black eyed Susan was years ago. Good job, Normala <3
ReplyDeleteNama pun Lemon Ostolia NS, baka omputih tu
ReplyDeleteTu la big size kan ostolia ni...
ReplyDeletePokok citrus kami pula kalau banyak kerengga berkeliaran tu pokok tu memang lebat berbuah.
ReplyDeleteYang ni jenis Meyers ke Kak Mala?
Tak tau jenis apa Diana. Seller cakap lemon Australia saja.
ReplyDelete