Sunday 17 March 2019

Bila Kemboja Berbunga.

Pertengahan bulan March. Belum ada tanda hujan mahu turun. Panas begitu  membahang. Entah bila agaknya kemarau akan berakhir. Minggu ini sudah ada catuan air kerana empangan berada dalam keadaan  kritikal. Jadi semua pokok saya pun ikut kena minum sedikit saja air. 

( gambar dari album Mr Rinson )
Dalam kemarau dalam catuan saya tetap rancak menambah koleksi baru. Bunga pilihan kali ini ialah kemboja.

Ada offer dari Mr Rinson Lim. Tujuh keratan rm100  termasuk pos. Tawaran yang sangat berbaloi dan sukar ditolak. Ada hampir 70 jenis pilihan. Rambang mata nak buat pilihan. Akhirnya sampai  juga. Harap kali ni hidup semua.

Dua tahun lepas saya beli lapan cutting dengan harga yang lebih tinggi dari lain supplier.  Cuma tiga sahaja yang hidup.  Frust tak? Oh, sure.... Risiko yang harus di tanggung.

Apa yang saya kutip dari kegagalan tersebut ialah next time  harus berlajar tentang pokok itu dulu sebelum tanam. Serik ? Jangannn....

Ini hasilnya bila kembang.  Terubat kecewa bila tengok warna ceria Danai Delight menghiasi laman.

Turut berbunga sulung si Cathaleya. Lembut saja warnanya.

Manakala Star Bird sekuntum saja kembang. Kudup yang lain gugur.

Pada masa yang sama kemboja yang sedia ada turut sama berbunga.

Cucu ambil kesempatan melawa dengan Bali Hai.

Jenis yang tahan lasak dan berbunga sepanjang tahun. Tak pasti namanya.

Saya tidak terhad membeli secara online tapi membeli juga dari kawan dan nurseri setempat. Ada beberapa jenis lagi yang belum berbunga. Lambat benar.

Saya akhiri posting kali ini dengan supervisor baru di kebun.  Umur panjang cerita lagi.

OK kawan-kawan,  please take care. Happy blogging & happy gardening!






23 comments:

  1. cantik bunga kemboja akak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la Brori. Tak padan tak dak space gagah lagi nak tambah koleksi. Esuk kelam kabut bila pokok membesar tinggi.

      Delete
  2. Cantik betul bila tengok bunga-bunga tu berkembang.

    Salam singgah sini. [^__^]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah. Kak pun guna cameravhand phone saja.

      Delete
  3. Replies
    1. Terima kasih sudi singgah walaupun saya tidak dapat masuk ke ruang komen Paridah.

      Delete
  4. Wah banyaknya kemboja dalam koleksi Mala.Kemboja cantik menghias "sanggul" Supervisor pula tak berkelip mata menjaga bunga :))

    ReplyDelete
  5. Sang Supervisor tu yang banyak bagi rosak pokok sebenarnya. Habis dia pijak dan lompat masuk dalam pasu.

    ReplyDelete
  6. memang teringin nak tanam kemboja ni Kak Mala, cuma ruang terhad di laman ana, amboi comelnya supervisor kak Mala tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak pun tanam semua dlm pasu Ana. Tak ada space juga tapi gagah duk tambah koleksi.

      Delete
  7. I love all these beautiful flowers !!
    Oh, those eyes are just cute!
    Greetings

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ella.
      Greetings! The eyes are watching me gardening everyday..hahaha...

      Delete
  8. subhanallah cantik2 bunganya. dan si penjaga kebun tu ! comel =D

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Di tempat saya dah turun hujan walaupun sikit-sikit.. tetapi bahang panasnya masih terasa.. cantik bunga-bunga tu.. tapi pic last tu yang sangat menarik hehe..

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Abu.
    Tempat kak pula minggu ni dah ribut petir. Masuk fasa peralihan monsun.

    ReplyDelete
  11. Dulu dengar orang sebut bunga frangipani, tertanya2 bunga la tu, rupanya bunga kemboja.

    ReplyDelete
  12. Cantik kemboja tu colorful

    ReplyDelete