Tuesday 5 March 2019

Dahlia Kampung

Sudah March. Penempatan saya masih dilanda kemarau. Dalam tempoh dua bulan baru sekali hujan turun kemudian kering kembali.

Tapi suasana dalam kebun kekal  segar bugar walaupun padang rumput disebelah sudah garing rumputnya.  Banyak katak berlompatan pun.. 

Dalam cuaca kering membahang ini sekuntum putik bunga idaman telah menjelma. Sukanya hati. Last sekali tanam dan menjadi ialah pada pertengahan tahun 90an.

Selepas itu semuanya menemui kegagalan. Pokok membesar bagai johan tapi tidak mahu berbunga.

Namun saya tidak pernah henti mencuba. Akhirnya.... Sekuntum dahlia peach telah kembang sempurna dilaman. Ini dahlia tanah rendah atau saya panggil dahlia kampung. 

Selang beberapa hari kemudian yang merah pula kembang menyala. Ini saya beli on line. Seingat saya sekitar akhir 70an arwah mak banyak tanam pokok dahlia.  Cuma siram air beras dan air ikan saja tapi bunganya keluar berketul-ketul. 

Ini  pula dahlia pom-pom Cameron. Saya ambil gambarnya dari sebuah cottage. Sini heaven la dengan bunga ini. Saya pernah beli dan berhabisan pada percutian 2014 dan 2015.  Pada 2018 kali ketiga kesini saya sekadar tengok saja. Dah serik nak beli. 

 Walaupun mulut kata serik tapi dalam hati masih terus mencinta. Begitulah Normala binti Saad dengan bunga. Benci tapi rindu. Sampailah tahun lepas seorang kawan memberi seranting kecil pokok ini untuk ditanam. 

 Semangat mencuba hangat kembali. Harap selepas ini dahlia akan serasi dengan saya semula.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening! 




20 comments:

  1. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Allahu...tengok bunga dahlia yang kuning tu, teringat almarhum bonda saya. Banyak pokok dahlia jenis itu di tanam di depan rumah kami di kampung dulu. Bonda menanamnya di dalam tin cat sebagai pasu. nostalgia sungguh! Moga Allah merahmati bondaku..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam.
    Alhamdulillah kak sihat. Terima kasih dengan ucapan yang baik.
    Memang betul Abu. Dahlia ni orang dulu2 suka tanam terutamanya kaum Cina. Aruah mak kak dulu tanam dalam besen besar yang pecah. Masih terbayang diruang mata ditepi pokok dahlia mak tanam pula pokok bunga kecil lain. Memang cantik sangat. Dulu2 rumah kak di kg sering jadi perhatian orang lalu lalang. Macam taman bunga.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Mala, subhanAllah, cantik sungguh dahlia kg ni,sukanya Julie tengok.. banyak2 bunga, dahlia ni la yg paling fail Julie tanam, hari tu beli benih dr Mieyza, Julie tanam x menjadi, tp emak Julie tanam benih tu, menjadi pula, Julie mmg suka tengok bunga dahlia ni, amcm kakak tanam ye? hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setelah penat mencuba. Itu pun masa duk tunggu putik keluar rasa macam nak putus asa juga. Takut jadi yang macam sudah-sudah. Mujur berjaya juga.

      Delete
  4. hilang stress bila menatap bunga2 yang berbagai warna ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul boleh hilang stress. Sakit, marah atau sedih saya tetap nak tengok bunga.

      Delete
  5. Kalau hati masih mencinta lambat laun akan menjadi, dan cantik sekali. Suka gambar back view bunga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinta saya pada bunga tak pernah pudar. Terima kasih kerana suka gambar bunga terbalik tu.

      Delete
  6. Cantik2nye
    Geram nengok
    Musim panas ni memang ada hikmahnya, menggalakkan pokok2 berbunga.
    Tak kiralah pokok2 hiasan atau buah2an, semuanya berbunga.

    ReplyDelete
  7. Betul WP musim panas ni dah jadi macam musim bungavtapi itulah tak larat siram pokok la pula.

    ReplyDelete
  8. Cantik..

    Saya pulak dah malas nak bela/tanam pokok bunga yang manja-manja ni. Tak sempat nak belai. Hehe.

    ReplyDelete
  9. Ya kadang kak pun terpikir eluk tanam pokok yang tahan lasak saja. Walau pokok manja ni canti tapi sysah nak jaga. Makan hati juga wo...

    ReplyDelete
  10. Barulah saya tau rupanya inilah bunga Dahlia ye NS... maklumlah buta bunga hahahaa...
    Saya bab bunga suka jugak tengok tp membelanya kureng, jadi kategori apakah saya ni NS ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kategori minat tapi tak bersungguh... Hahaha....

      Delete
  11. Teringat Walt Disney Alice in Wonderland yang versi animation ada satu lagu tu beberapa bunga dahlia menyanyi.
    Di Kundasang pun banyak bekalkan bunga dahlia ni tapi bila sampai tanah rendah tak berapa tahan kena hati tegar.

    ReplyDelete
  12. Sukar betul nak dapat dahlia kampung ni Diana. Nasib baik la dapat juga.

    ReplyDelete
  13. cantiknya !! memang berbunga la hati kalo tanam pkok semua mekar macam ni..

    ReplyDelete
  14. Satu badan berbunga Siti. Hehehe....

    ReplyDelete