Wednesday 19 June 2019

Aidil Fitri 2019

Selamat Hari Raya untuk semua . Lama tak bersiaran.  Sibuk dari Ramadhan hingga ke Syawal. Raya tahun ini agak meriah kerana semua jiran baik diperumahan tidak balik kampung.  Jadi acara makan tu berlarutan sampai ke hari ini. Open house sentiasa  ada untuk menambah lemak. 

Beberapa hari lepas dapat jemputan raya dan kenduri doa selamat di sebuah resort kepunyaan bekas manager. Jauh masuk keceruk kampung. Majlis bermula selepas asar. Jadi waktu pulang dapat nikmati sunset.

Sesuai nama dan tempat. Resort Hujung Kampung. Tenang dan damai tempatnya. Hijau dikelilingi bukit dan rimba.

Saya pergi bersama anak dan cucu. Adib selesa berkaki ayam lawat kawasan.

Manakala Kasih pula seronok menangkap anak katak dicelah rumput. Enjoy sungguh dia.

Sudah dua minggu berlalu. Perumahan saya masih hangat lagi dengan suasana raya. Open house berlarutan. Bagi saya yang berumur ni kuih raya bukan lagi keutamaan. Semekut kering ini juga yang menjadi pilihan untuk kudapan 😀

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening! 
🌿🌼🌿



21 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih Pokcik.Selamat hari raya juga.

      Delete
  2. Salam lebaran 1440H
    Salam bertani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lebaran juga buat WP.
      Sini ribut melanda pagi tadi. Habis terbungkas pokok dikebun. Pagar pun rosak.😥😥😥

      Delete
  3. Semekut kering kurang lemak tak apa :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum makan semekut ni dah berkandar lemak masuk. Asik ada acara makan saja. Esuk pun ada lagi. Lusa pula kenduri kawin. Macamana nak tutup mulut tempayan ni..😀😀

      Delete
  4. Selamat hari raya, maaf zahir batin.

    Meriah ya dok taman perumahan. Kat area saya ni, takde dah open house semua ni. Masing-masing dah tak larat nak handle majlis. Paling tidakpun, tadi saya pergi open house MB Pahang untuk warga kawasan Jelai. Pertama kali pergi open house YB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama berbelas tahun duduk, baru tahun ni rasa meriah. Dulu2 banyak berselisih pendapat, berpuak tapi bila masa berlalu, masing2 diuji keperitan jadi sekarang beransur kembali berbaik.

      Delete
  5. Salam 28 Shawal 1440
    Sedap semekut tu ;)

    ReplyDelete
  6. Ya. Salam Syawal Tabib. Saat tulis ni dah duk atas bot balik makan doyan dikampung abang ipar.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Belum terlambat lagi rasa nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada akak sekeluarga..hehe. Owhh, jatuh hati pulak saya dengan resort hujung kampung tu.. di mana lokasinya.. mungkin akan datang rasa mahu berkunjung ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu.
      Terima kasih dengan ucapan. Resort ni di Langkawi juga.

      Delete
  8. Seton k Kan melayan cucu.. Saya Ni lama lagi nak jimang cucu hihii

    ReplyDelete
  9. Seronok walau penat. Tambah yang kecik tu lelaki. Kak tidak ada anak lelaki pula tu. Tak ada pengalaman. Bila dapat cucu ni baru tahu betapa lasaknya bela cucu lelaki ni. Buasnya ya amat. Dah dua kali kepala berdarah dan berjahit. Kemarin jatuh longkang belakang rumah. Mujur longkang air sikit walaupun dalam.

    ReplyDelete
  10. Masa raya hari tu Zumal tak singgah jadi nak ucap Salam Aidiladha je la 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya salam aidil adha juga untuk Zumal.Balik kampung ke raya ni..

      Delete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete