Minggu lepas saya balik kampung untuk merai musim durian dikampung abang ipar ๐๐
Tahun lepas musimnya akhir bulan July tapi tahun ini bermula pada pertengahan bulan puasa.
Walau durian di dusun sudah kurang jujuh tapi rezeki kami tetap ada.
Kalau sayang keduit memang lebih jimat beli durian ditempat sendiri walau harganya mahal sekali ganda. Maklumlah tambang bot bawa keluar kereta pergi balik saja hampir 500rm. Itu belum kira gedebak gedebuk belanja seminggu.
Tapi semua itu jadi berbaloi bila dapat pulang bertemu sanak saudara. Berkumpul riuh rendah sambil pungut sendiri durian yang luruh. Rasa lemak durian kampung ni memang tak boleh lawan.
Keluarga abang ipar saya ini sangat merai adik beradiknya yang bertamu. Nak makan apa cakap saja. Semua dia buat termasuk lemang ni.
Sedang lemang berbaris dibakar suami dan jentera lain sibuk memproses ayam kampung untuk makan tengahari.
Orang yang paling seronok tentulah Qaseh. Disini tak perlu ikut protokol. Semuanya gaya bebas. Baju pun tak payah pakai. Habis hati ronda kacau ayam beranak kecik.
Termasuk adiknya. Turut gaya bebas. Tak peduli nyamuk asal dapat berkawad dan bermain luar rumah.
Waktu balik. Penuh but dengan buah durian dan hasil kampung. Beg pakaian belum lagi di isi.
Nasib buah cempedak belum masak. Tidak lagi lah sarat. Tahun depan bawa lori... ๐๐๐
Walau seminggu bercuti rasa tak cukup masa nak melewar ke nurseri. Banyak rumah nak digilir. Cuma sempat beli bunga ros dan kekwa saja.
Setakat ini dulu ceritanya. Selamat berdurian ya kawan-kawan. Tentu memasing ada cerita sendiri tentang raja buah ni. Berkongsi la disini.
OK Kawa-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
๐ฟ๐ผ๐ฟ
Wah kendurian betul nampaknya.
ReplyDeleteHa a..kendurian sakan...๐๐๐
Deletefuhhh banyaknya angkut bawak balik!!!
ReplyDeleteTu pun kira sikit sebab tak dak ruang dah nak letak...๐๐๐๐
DeleteWow best durian kg.
ReplyDeleteHari ni start Raub International Durian Festival 2019 (12-14 July)- (sponsor bawah Kementerian Pelancungan, Jab. Pertanian, Majlis Daerah Raub)
Free durian start pukul 8mlam ni. Tak tahu leh macam mana perangai orang dapat malam free malam ni
Oh bestnya makan durian free. Bagus kerajaan negeri Pahang. Tempat saya tak jumpa la. Makan free ada tapi masuk kena bayar. Itu pun tahun lepas ramai merungut bawa masuk durian tak masak. Kempunan orang nak makan.
DeleteKat Lkawi durian local rata2 dijual 15rm sekilo. Durian biasa2 saja. Durian di kg kak sekilo 4-8rm sekilo.
Sedapnya ^^ Salam kenal dari Syaza . baru je follow blog Kak Mala, follower #123
ReplyDeleteSalam kenal Syaza. Terima kasih follow blog akak.
DeleteMakan durian di kebun sangat seronok kan. Kopek (buka), lepas satu ,satu, tak sedar makan banyak.
ReplyDeleteBetul. Menantu saya cakap dia sampai rasa nak muntah sebab makan durian tak henti. Cakap saja dah tak mau tapi bila orang koyak durian tengok isi elok makan pula lagi.
DeleteWah bestnya penuh bonet ye kak...saya tak jumpa yang bertimbun macamtu lagi tapi rezeki tu ada setiap hari dapat makan durian.
ReplyDeleteTahun ni meriah dengan durian dimana-mana. Ditempat kat ada juga jual murah durian kampung dari luar tapi bila sampai sini isinya dah tak berapa cantik.
DeleteBest sebenarnya tinggal kat kampung. Setelah lebih 9 tahun saya berkhidmat di kota sekarang dah pun berhijrah semula ke kampung halaman sejak 3 bulan lepas. Puas hati..
ReplyDeleteBestnya Madi dapat balik duk kampung. Kak ni pakai tak merasa la sebab dah menetap dan beli rumah diluar. Walau apapun masih berharap dapat beli tanah untuk berdusun biarpun usia dah rasa agak terlewat. Orang kata simpan untuk anak cucu.
DeleteGosh, I can smell durian from here lol Yum! And, I love cempedak too!! YUM YUM :P
ReplyDeleteStep... Makan sampai meloya....
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeleteAlhamdulillah, meriahnya. Seronok ya pulang ke kampung. menikmati hasil dusun.
Waalaikumusalam Abu.
ReplyDeleteMemang seronok sangat. Tambah kita ni asal kampung. Duk teringin nak ada dusun sendiri tp tak tercapai pun. Umur dah kesenja...
Perghh...!
ReplyDeletePenuh kereta dengan durian.
Tak pening ke tukang bawak kereta tu..?
Kat sini harga durian mahal.
Takde la saya nak beli.
Haha.
Buka sedikit tingkap kuranglah baunya. Tempat kak tahun ini sejarah lah. Durian kampung dari luar dijual semurah 5rm sekilo. Tidak jangan mimpi la. Berpuluh sekilo. Pernah sampai 40rm sekilo. Durian kampung biasa la tu. Durian local lkawi dijual ikut harga pasaran. Time murah ni pun depa tetap jual 15rm sekilo. Time mahal depa ikut berpuluh la juga.
DeleteYa Allah seronoknnya tgk durian byk2 macam tu Rasa nak singgah je minyak durian hihii
ReplyDeleteSeronok kutip buah luruh.
DeleteBonitas flores. Durian nunca los he comido. Un beso.
ReplyDeleteWah, supprise you also know about durian's. Some people hated the smell..๐๐๐๐
ReplyDeleteDah mcm org niaga durian mala..penoh bonet kereta
ReplyDeleteYa Allah Rose. Lamanya kita tak bersua di blog ya. Harap sihat sentiasa.
DeleteDurian tu kalau ikutkan ada lagi nak masuk bonet tp dah tak cukup ruang.
Wow!Banyaknya durian.
ReplyDeleteDusun abang ipar.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteWaalaikumusalam Nora.
ReplyDeleteTerima kasih kerana masih ingat. Saya sihat walau kadang kala tu agak keletihan. Maklumlah umur pun dah nak masuk warga emas๐๐๐
Alhamdulillah tahun ni dapat juga makan durian free ๐ adik beli
ReplyDeleteDurian banyak n murah musim ni.
Deleteehehehe tinggal la beg baju2.. ganti dengan duriaaan saja. ya Allah bestnyaa lah hai ada dusun sendiri. puas hati makan durian banyak cemtu..
ReplyDelete