Saturday, 3 August 2019

Strawberry

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua rakan bloggers. Sudah masuk bulan Ogos. Betapa cepatnya masa berlalu. Hari ini nak post pasal pokok strawberi dikebun. Setahun lebih tanam. Saya biar begitu saja sampai la dua minggu lepas baru perasan pokoknya menjadi subur dan penuh dengan bunga.

Sebelumnya cuma sepokok saja berbuah. Lekatlah sebiji. Kali ini kelihatan beberapa pokok meriah berbunga. Saya cepat- cepat ubah pokok kepasu besar.

Pokok ini kemudiannya saya tempatkan diatas rak belakang dapur anak. Saya mahu cucu tengok dan happy memetiknya sendiri.

 
Bermula dengan sepokok anak kecil pemberian kawan pokok ini kemudianya membiak cepat melalui sulur. Saya dedahkan ia pada hujan dan panas. Tak sangka pokok ini sangat berdaya tahan.

Buahnya tak sebesar mana tapi perasaan teruja melihatnya
bergantung merah begini memang memberi satu kepuasan.

Qaseh paling tak sabar nak petik dan makan. Dia agak curious pada mulanya. Kenapa strawberi tok kecik ja...πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Dah boleh tuaiii...πŸ˜€πŸ˜€
Wangi sungguh baunya...

'
Qaseh nak makan strawberi salut coklat macam kat Cameron. Malangnya dapur saya tak ada stok coklat. Buka balang tengok milo pula tinggal serbuk je...

Redha je Qaseh...😁😁...serbuk milo yang seciput bancuh dengan
Susu pekat. Cairlah pula tapi tak apa janji sedap.

Selepas ini saya nak tanam pokok anggur pula. Kat perumahan saya memang ada yang tanam dan berbuah. Macam strawberi saisnya tak penting tapi melihatnya berbuah itulah satu kepuasan yang sebenar.


OK kawan-kawan, please take care. Happy  blogging & happy gardening.
🌼🌿🌼



28 comments:

  1. bestnya ada pokok strawberi kat rumah
    Tak payah pegi CH

    ReplyDelete
    Replies
    1. πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€ ramai kata gitu tak payah pi CH dah tapi cucu saya setiap bulan pi pasaraya mesti beli buah strawberri. Feveret depa.

      Delete
  2. seronoknya dah mula berbuah lebat kak Mala.. :) Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Wah, syoknya pokok strawberry berbuah di laman rumah

    ReplyDelete
  4. nestnya ada pokok strawberry kat rumah sendiri :o tak payah susah2 pegi beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mazni...kena beli juga kalau terserempak kat pasaraya siap la. Sekotak kecil pun dah 15rm.

      Delete
  5. wahh..seronoknyaaa ada stravwberi belakang rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah semangat nivnak tanam banyak2 😁😁😁😁

      Delete
  6. Replies
    1. Senang sangat pokok ini hiduo. Dulu sebelum tanam ingat susah nak biak.

      Delete
  7. Wah!, best...
    Manis ke?. Yang kat Cameron highland, kekadang masam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A little bit manis tapi bau dia punya la wangi.Buah yang masak tu boleh bau keharuman dia bila kita duk dekat.

      Delete
  8. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik..
    oh, akak ada tanam strawberry ye..bestnya. manis ke masam buahnya.. nanti tak payah dah g ch kalu nak merasa strawberry.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Waalaikumusalam.
      Masam manis rasanya. Baru-baru ni kambing dah rembat dua pasu. Licin. Urut dada saja. Tu dah siap berpagar.

      Delete
  9. Excellent job! I wish I could grow some strawberries - perfect fruit for dessert, yummy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So easy to grow it. Tak manja n tahan panas. Should try.πŸ˜ƒπŸ˜ƒ

      Delete
  10. WoW! bestnya dapat makan yg tanam sendiri

    ReplyDelete
  11. Salute! Strawberry pun ada! Berbuah pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq...sibuk2 dua tiga hari ni tengok2 kambing dah rembat dua pasu..licin dia sapu.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  12. seronoknyaa !! bila berbudi pada tanah insyallah ada hasilnya. perasaan teruja tu memang paling seronok bila mai bab tumbuhan. CT xdela minat tapi bila ada hasil tu paling seronok =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul Siti terujavsangat tengok buah merah bergantungan.

      Delete
  13. Seronoknya Saya tgk Strawberry tuaian akk

    ReplyDelete
  14. Wah, menjadi ye tanam strawberry.

    ReplyDelete
  15. Tak rosak ke biah dengan akar bila kena gujan? Saya baru belajar. Tengok ramai cakap akan rosak. Mohon pencerahan. Terima kasih

    ReplyDelete