Monday, 23 September 2019

Tuaian Buah2an.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah penghujung September. Baru sedar belum ada entry baru lagi bulan ni. Sememangnya saya agak sibuk dari akhir bulan lepas. Mengemas barangan untuk renovate dapur. 

Sungguh memenatkan bila renovate dapur lama. Mengumpul barang ketepi satu hal. Berdebu satu rumah pula satu hal.

Tambah lagi minggu ini berjerubu satu pulau.

Pada masa yang sama kena melayan kerenah sikecil ni....semua benda menuntut esabaran.

Walau apa pun biar  kita tolak keserabutan  di atas ke tepi. Jom tengok hasil buah2an yang saya tanam.  Tuaian ketiga mempelam untuk  tahun ini. Semuanya habis di jual.

Kutipan pertama belimbing buluh. Dapat semangkuk. Saya buat masak lemak kuning dan selebihnya buat kering untuk bahan acar.

Masih lagi terus berbuah dipokok.

Sepanjang tahun ini belimbing madu saya semuanya buruk diserang lalat buah. Cuma beberapa biji saja yang eluk dan selamat.

Tuaian kedua sekaya merah. Manis berkrim. Feveret saya...

Tinggalan pucuk untuk di replant. Batangnya dijual kepada peniaga air tebu. Inilah pertama kali saya jual tebu. Dapat 33rm. Sebelumnya saya tebang dan beri pada jiran tapi banyak yang tidak berminat.
Kadang tebang kering begitu saja.

Amra yang sentiasa ada. Tidak siapa berminat dirumah. Jadi 100% hasilnya untuk jiran yang kaki garam belacan.

Siapa kenal putik bunga pink yang comel ini ?  Bunga buah apa ya....pandai teka lah. Buahnya kita tunjuk dalam entry berikutnya.


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!






26 comments:

  1. Alhamdulillah menjadi tuaian kak Mala, buah apa ye jambu kut Kak Mala :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah kemunting. Bila masak rasanya manis. Bau wangi seakan buah mulberi dan jambu masak. Rasanya dari famili jambu juga kut kemunting ni.

      Delete
  2. Salam kak mala.
    buah amra tu kalau buat jus letak asam boi...fuhhh...tambah2 cuaca panas sekarang ni
    tak pun kupas buat jeruk...simpan dlm peti ais

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam.
      Tak pernah teringat nak buat jeruk. Thanks bgtau. Ni ada banyak tangkai lagi yg sedang berbuah. Nanti blh try buat jeruk pula.

      Delete
  3. Salam Kak..banyak juga hasil tuaian tu...rezeki..:)
    Lama tak jumpa buah belimbing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ati.
      Bertahun dah tanam pokok belimbing madu ni tapi jarang sangat boleh makan. Kadang balut pun buruk juga. Tah masa putik lagi kut lalat buah mai injek.

      Delete
    2. Lalat suka sgt lah tu kak.. tu yg masa putik lg depa dah mai kacau..hihi

      Delete
  4. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah, wah lumayan tuaiannya, jeles pula rasa hehehe
    saya tahu pic last tu.. bunga kemunting.. masa budak-budak dulu selalu kutip yang masak warna coklat yang ranum warna hitam.. kalau yang muda/putik kami ambil buat peluru bedil buluh. pokoknya banyak di persisiran pantai kampung kami. nostalgianya..

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam Abu.
    Alhamdulillah kak sihat.
    Ya betul buah kemunting.

    ReplyDelete
  6. Best nya acam macam tuaian ada. Yang last tu tak kenal. Nak tengok nanti buah dia macam mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang last buah kemuning. Buah nadir. Orang dulu-dulu tau buah ni.Bila masak wangi mcm bau jambu merah. Sekarang banyak dijual secara on line. Pokok renek. Cantik bunganya dia bila kembang.

      Delete
  7. Hello, pretty sky! Lovely series of photos. Enjoy your day, wishing you a happy weekend!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you eileen.
      Happy Friday and happy weekend.

      Delete
  8. You sold your sugar cane? Wow!! Oh, I hope you have a glass of it at the stall hehe... Well done!!

    ReplyDelete
  9. Me encantan todas las frutas. Feliz tarde.

    ReplyDelete
  10. Dah musim hujan sekarang
    Bolehlah mula menyemai dan menanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tanam sayur musim kering lebih cantik. Kalau musim hujan sini selalunya hujan non stop berbulan. Sayuran mcm sawi cepat reput daun dan akar.

      Delete
  11. Replies
    1. Thanks Selva for your nice comment and visit me.

      Delete
  12. Seronok tgk hasil.tuaian kak.. mmg untung berbudi pada tanah

    ReplyDelete