Thursday, 28 November 2019

Happy Moment - Hari Lahir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua rakan bloggers. Harap semuanya sihat. Berlalu dua minggu lepas saya telah menyambut hari lahir yang kesekian umurnya. Syukur alhamdullilah masih se panjang ini usia saya.

Menuju usia senja saya beritahu anak. Please no more cakes and jambangan bunga. Just happykan mak dengan pokok  ja...So pada hari tersebut di sinilah saya. Menikmati dan membeli.

Walaupun sangat rambang mata tapi saya berusaha tidak tergoda. Kerana saya sudah berjanji untuk tidak berlebih. Lagipun saya dalam fasa ...less is more.....

Berusaha untuk minimalist. Jadi cukup saja dengan dua pokok hiasan hijau. 

Apa lagi yang boleh buat saya happy? Salah satunya. Melawat kedai deco. Tengok-tengok saja tak beli pun tak pa...

Tapi bila tengok berkenan pula. Hahaha....lembut saja warna bunga ni nampak. Kan..sweet saja  dia walaupun tiruan.

Masa beli si Peach, Meah purple ni macam suruh- suruh saja bawa balik dia sama. Mmm...
dua-duanya sweet. Saya tak pandai mengubah. Jadi letakkan dalam vase begitu saja. Just simple and nice.

Happy moment...harus dirai dan dingati. Banyak detiknya  berlalu terlupa simpan di sini. Jadi dari hari ini seterusnya akan ada banyak cerita gembira saya bawa. Hidup harus di teruskan selagi bernafas. Yang sedih dan buruk itu jadikan sempadan.

OK kawan-kawan, please take care. Happy gardening & happy blogging.



16 comments:

  1. Saya pun dah umur 41 tahun ni minat lebih ke arah tanaman la...tp setakat ni tanam sayur2 dan pokok cili je..hahaha...baru nak mencari pokok bunga plak..rumah tu kosong takde hiasan langsung

    ReplyDelete
  2. Oh Amanda...kita boleh mulakan dengan pokok bunga yang mudah ditanam dan tahan cuaca.
    Apapun berkebun bagi kak adalah hobi yang amat bagus dan tepat. Bukan saja boleh makan hasil tapi mampu juga buat kita happy.

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir kak Mala, semoga sentiasa di dalam Rahmat dan kasih sayang Allah swt berbahagia di samping keluarga, bunga-bunga dan kucing-kucing.. aamiin :) Jiwa kita sama kak, pokok, kucing dan deko hehe eh tambah satu lagi saya suka makan :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Ana. Kak pun masa muda kaki makan. Ni dah kurang sikit sebab sakit dalam perut.

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam. selamat hari lahir. lawa sungguh pokok2 yg ada. syok ja tengok ^_^

    ReplyDelete
  6. Selamat hari jadi. Tak kisah ke berapa asalkan kita rasa aman bahagia dengan cara hidup yang kita pilih.
    Saya pun suka style minimalist, ringkas dan tak serabut, aman. Tapi itulah bunga dan pokok walau pun tiruan tetap menarik tak boleh stop at buying one :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ucapan.
      Makin berumur makin saya suka kosongkan rumah. Masih berbaki lagi barangan lama yg harus disimpan didalam sebab kat luar tak ada tempat yang sesuai nak simpan.

      Delete
  7. A moment for rejoice,Happy Birthday!

    ReplyDelete
  8. Maaf lambat wish...selamat ulangtahun kelahiran kak mala...semoga dianugerahkan rezeki yg melimpah ruah..diberkati dlm apa jua ..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Lama tak menyinggah, laptop rosak hehehe.. Apa pun saya ucapkan selamat hari lahir kepada akak, mudah-mudahan beroleh rahmat dan barakah dan bahagia disamping keluarga.

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Abu.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Semoga sihat sejahtera selalu Mala.
    Mudah2an dapat melayan hobi dengan tenang dan gembira.

    ReplyDelete
  12. Tq WP. Harap2 kak dapat bermain tanah sampai hujung nyawa la hendaknya..😀

    ReplyDelete