Wednesday, 18 December 2019

Bundle

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers. Sedar tak sedar kita sudah sampai ke penghujung tahun ya. Mmm...sekejab saja masa berlalu.
Hari ini nak bercerita pasal bundle. Ada tak kawan di sini peminat pakaian atau barangan terpakai ni? 

Saya adalah peminatnya. Tak kisah apa benda. Asal berkenan saya akan beli. Mesti lah kerana harganya yang murah dan kebanyakkan asal dari luar. Sesuatu yang sukar kita dapatkan di sini. Kalau ada pun harganya  tersangat mahal.

Macam alas meja crochet ni....jumpa terus ja beli. Memang suka sangat kait jenis ini. Kalau sesiapa yang berminat boleh tengok di fb Liscrochet bundle ya. Huish....rambang mata. Macam-macam kain hiasan ada.

Tak malu cakap sekitar  tahun 2008 dulu saya memakai baju bundle ke pejabat. Ada satu tahun tu saya beli baju raya bundle untuk dua orang anak. Tak habis 15rm pun. Sehelai seringgit. Pilih sampai lebam. 
Bukan tak ada duit tapi pakaian disitu tersangat cantik dan moden. ( Kedai tersebut di kampung saya  ) Semuanya dari Jepun dan Korea. Masa tu rasanya satu Malaysia turun kesitu untuk membeli termasuk para peniaga. Band boy pun ada beli. Datin pun ada......

Tapi sekarang pakaian di kedai tersebut sudah tidak semewah dan cantik seperti dahulu setelah bossnya bertukar tangan. Harga pun sudah naik dan mengikut item. Kira kilo bukan helaian. 

Membeli di sini kena berhati dan pandai memilih. Untung dapat yang baru atau reject kilang. Kadang yang branded pun ada. 

Apa pun saya selesa membeli bundle yang sudah dicuci dan distril. Sekarang ni saya lebih suka membeli hiasan alas meja dan perabot. Baju-bajuan dah tak sesuai untuk makcik...

Agak malang....dari dulu sampai la belum terjumpa pokok bunga bundle atau second hand. Pasu reject ada la jual... Kalau la ada. Saya lah orang yang paling bahagia dalam dunia....


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!


21 comments:

  1. waalaikumussalam. saya pun suka beli kat bundle. nak memilih tu memang akan makan masa tapi berbaloi ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul umi. Pandai pilih memang berbaloi. Kak kalau jumpa kedai bundle tang mana pun mesti masuk tengok. Sekarang ni kat pasar malam dan market pun dah ada jual bundle.

      Delete
  2. Saya tak pernah lagi beli baju bundle tapi pernah la minta tolong kakak belikan seluar jeans jenis bergetah tu. Sehelai lima ringgit je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak dah pi banyak tempat bubdle tp tak pernah lg jumpa bundle cantik2 macam kat kampung kak sekitar 2008-2012. Kalau baju sejuk kait ni aduhhh...sorga kata orang. Kak sampai beli sorang sehelai baju sejuk kat staff sebab cantik sangat.

      Delete
  3. Suami dan anak2 suka masuk kedai bundle kalau nk beli pakaian yg cuma nk pakai s3kejap ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak dulu suka cari kemeja lengan panjang. Simpan pakai kekebun. Yabg baru pakai jalan2.Yang syoknya kita gitau pakai baju bundle tp kawan tak percaya.

      Delete
  4. Wah cantiknya kain alas meja tu. Di tempat saya bundle jual baju saja, tak banyak benda. Tempat favourite kami cari baju yang besar besar macam size XXX....XXL tu :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh masuk fb tersebut. Hari2 ada kain hiasan baru. Gila saya tengok....haru.

      Delete
  5. Replies
    1. La ni duk tengah gila beli bundle alas meja pula. Mmh...semua minat yg perabis duit ja kan..

      Delete
  6. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Saya juga peminat bundle. Selalu beli apa yang berkenan di hati. Cuma pokok bundle /secondhand macmana ye? mungkin pokok xdak daun atau pokok dah nak mati ku.. gurau je kak.hehehe

    ReplyDelete
  7. Waalaikumusalam Abu. Terima kasih dengan ucapan yg baik.
    Hahaha....kak rasa pokok bundle memang tak dak. Tapi pokok preloved tentu ada. Pokok yg orang ada lebih atau dah jemu duk tengok selalu jadi dia jual dengan harga yang murah.😀

    ReplyDelete
  8. suami peminat bundle..so sisyat pun folo juga la walaupun belum terer lagi :-)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Kak...saya pakai juga baju bundle...t shirt kat rumah...sampai sekarang ada lagi dah 19 tahun dah kat tangan saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Fida.
      Ya kak pun masih simpan satu dua baju bundle zaman kak kurus dulu. Saja simpan buat kenangan.

      Delete
  10. Alahai xde APA yg nak dimalukan... Baju bundle pun baju juga kan

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete