Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan bloggers. Hari ini kita sudah berada di Jumaat terakhir untuk tahun 2019. Pejam celik sudah sampai ke penghujung tahun. Banyak suka duka bertandang dan berlalu. Banyak juga cerita
OK sebelum meneruskan cerita, ini saja gambar yang mampu dirakam dihalaman rumah saya sekitar jam dua petang tadi. Gerhana matahari yang fenomenanya cuma akan kita jumpa semula 20 tahun akan datang. Saya tidak pernah ingat sebelum ini, tapi hari ini pertama kali dalam hidup saya berasa sangat nyamanya berada dibawah pancaran matahari terik tapi tidak terasa langsung bahangnya. Subhanallah.
OK berbalik pada cerita. Saya pernah berkata di sini dulu, ingin menziarah kasih kawan-kawan lama saya. Kawan-kawan arwah ibu dan bapa juga kampung halaman semasa saya kecil. Bukan jauh sangat tapi keterbatasan masa melambatkan hajat. Akhirnya saya berjaya juga menapak di kampung kelahiran. Perkara pertama yang buat saya terpegun. Barisan pokok itu... So amazing! pokok pelam telor yang sering kami curi buahnya masih tesergam di situ. Masih utuh berdiri menjadi sempadan.
Banyak kenangan lama berlegar disekelilingnya. Buat saya terus tersenyum dan ketawa....
Banyak kenangan lama berlegar disekelilingnya. Buat saya terus tersenyum dan ketawa....
Rumah pemilik pokok pelam. Telah berubah rupa tapi anjungnya masih serupa. Satu waktu dulu pernah menjadi rumah dan laman tercantik di kampung. Hanya orang tertentu saja yang boleh datang dan berjalan melalui tanahnya yang dipagari kawad berduri. Sudah tentu tidak untuk saya dan sesetengah keluarga lainnya.
Namun waktu itu tidak pernah saya lupa pada seorang gadis yang menghuni di rumah tersebut. Dia ibarat sebutir permata yang bercahaya. Sangat suka melayan bebudak. Pernah curi-curi suapkan saya nasi di celah pagar. Maklumlah zaman budak dulu perut sentiasa lapar. Dan dia masih setia dirumah itu......
Bersempadan dengan tanah tuan pokok pelam ialah tanah tuan rumah yang kami tumpang. Rumah keluarga saya dibelakang rumah-rumah ini. Zaman itu ada barisan pokok jambu batu berbaris di antara dua buah rumah ini. Masa itulah sekitar tahun 69 atau 70an saya pertama kali melihat Dr Mahathir datang merawat pesakit. Ramai jiran datang untuk merai. Saya ingat saya terpaksa memanjat pokok jambu bersama budak lelaki lain semata-mata untuk melihat Tun dari dekat melalui jendela yang terbuka luas. Dia tersenyum manis memandang kami. Ohhh.. segaknya Tun waktu itu. Kelihatan lembut dan sopan.
Ini pula rumah tuan tanah kami. Sangat daif sepi tiada penghuni. Jatuh juga air mata tatkala merakam gambar. Macam nampak-nampak saya dan anak tuan rumah berlarian bermain masak-masak di atas beranda.
Kini cuma tinggal sisa tangga batu dari sebahagian beranda kayu yang lama sudah roboh.
Saya juga jumpa sebiji pelapik batu beranda kayu di situ. Menurut anak bongsu tuan tanah tinggal dia seorang saja yang masih hidup. Kakak dan dua abangnya sudah meninggal. Sayu dan terharu dengar. Dulu dialah kawan lelaki sepermainan saya. Kami sebaya. Setelah hampir 40 tahun berpisah akhirnya kami bertemu semula dengan penuh keterujaan di majlis perkahwinan anak saudara saya pada bulan September lepas.
Lawatan sehari tidak mungkin melengkapkan hajat yang tersimpan sekian lama. Masih ramai lagi rakan taulan yang belum saya temui. Semoga saya masih punya waktu dan tidak terlambat. Saya berdoa moga hasrat saya dimakbulkan In sha Allah.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
Kini cuma tinggal sisa tangga batu dari sebahagian beranda kayu yang lama sudah roboh.
Saya juga jumpa sebiji pelapik batu beranda kayu di situ. Menurut anak bongsu tuan tanah tinggal dia seorang saja yang masih hidup. Kakak dan dua abangnya sudah meninggal. Sayu dan terharu dengar. Dulu dialah kawan lelaki sepermainan saya. Kami sebaya. Setelah hampir 40 tahun berpisah akhirnya kami bertemu semula dengan penuh keterujaan di majlis perkahwinan anak saudara saya pada bulan September lepas.
Lawatan sehari tidak mungkin melengkapkan hajat yang tersimpan sekian lama. Masih ramai lagi rakan taulan yang belum saya temui. Semoga saya masih punya waktu dan tidak terlambat. Saya berdoa moga hasrat saya dimakbulkan In sha Allah.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
Nostalgia ya bila sekali sekala balik tempat lama apalagi bila terlihat perubahan kepada orang orang yang kita kenal semasa budak budak dulu. Melihat rumah rumah yang satu masa dulu nampak hebat tetapi kini terbiar buat hati rasa sayu.
ReplyDeleteSangat nostalgia. Betul sangat. Apa yang gah dizaman dulu semuanya kini sudah luntur ditelan waktu.
DeleteBila melihat di depan mata,
ReplyDeletesegala kenangan indah dan pahit dulu2, menjelma dalam ingatan.
ayang berlalu takkan berulang, hanya tinggal kenangan.
Kenangan lama yang manis untuk dikenang.
DeleteSaya dah lama tak balik kampung sebab mak dah uzur dan dah tak berdaya nak jalan jauh. Kat rumah ni, mak baring je. Rumah kampung dah lama mak suruh orang robohkan. Kakak dah buat rumah baru kat tapak rumah lama. Pencen nanti kakak yang tinggal kat situ. Buat masa ni, sesekali je dia balik jenguk rumah tu sebab dia masih lagi terikat dengan kerja. Sesekali, ada juga adik-beradik yang singgah melepaskan lelah sebelum meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing.
ReplyDeleteSebelum roboh eluklah rakam gambar banyak2 simpan buat kenangan.
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteTerpana sebentar saaya membaca coretan akak. tidak semena-mena saya membayangkan apa yang telah saya lalui zaman hingusan dulu. setiap mengingatkannya, hati saya menjadi sakit... sakit rindu. andai ada terowong masa... Benar setiap kali pulang ke kampung itulah yang sering saya lakukan. menjarah ke segenap lorong dan denai, menziarahi atuk-atuk, dan pakcik-pakcik yang masih ada..nostalgianya
Waalaikumusalam Abu. Terima kasih dengan ucapan yang baik.
ReplyDeleteUntung jika masih punya saudara mara. Macam kakak miskin saudara mara. Baik sebelah bapa maupun ibu.Lawatlah mereka selagi punya waktu.
sayu juga membaca catatan NS kali ini. saya amat jarang dapat berjalan-jalan melihat tempat tempat permaainan saya di kampung semasa kecil sebab keterbatasan dengan ibu_suri.
ReplyDeleteRumah saya sendiri adalah kenangan terbaik yang bentuk masih tidak berubah sejak saya dibesarkan di sini.
rumah saya pun sudah usang dan hayatnya pun seperti tidak lama...
Untung ya masih punya rumah lama dan tidak banyak pula berubah. Bila saya masuk kampung saya tercari-cari rumah fesyen lama tapi sukar nak jumpa. Semuanya sudah diubahsuaikan
DeleteAlhamdulillah...menghubung kembali silaturrahim antara arwah mak ayah dan rakan2nya..
ReplyDeleteMasih ramai lagi yang belum saya lawati.
DeleteA trip back to the past through places, people and memories.
ReplyDeleteMay 2020 be a wonderful year for you and your family.
Thank you Maria.
DeleteHappy New Year to you too.
masa berlalu,ramai yang dah tiada
ReplyDeleteBetl Mr Thomas.
DeleteKita cuma bersandar pada kenangan saja.
Bila Kita jumpa rakan2 arwah mmg terasa bergenang je airmata Ni Kan..Saya pun selalu gitu setiap kali balik kg
ReplyDeleteYa la. Bila jumpa tu habis semua cerita korek balik. Yang mana kisah duka dulu kini jadi bahan ketawa pula bila dikenang.
DeletePengalaman begini tidak boleh dibeli...hanya yang mengalami sahaja yang dapat mengenang dan menghargai.
ReplyDeleteYa la atuk. Tapi ramai yg seangkatan saya sudah tidak mengenali saya lagi. Kata mereka saya lain benar. Tapi anihnya saya masih cam mereka lagi.
DeleteHappy New Year to you too Normala and that is a good shot of the sun and moon. Btw I wished that the yellow rambutan tree me and my siblings used to steal the fruit from is still around in my 'kampung' house hehe...
ReplyDeleteSemakin tua semakin kita merindui our kampung house. Everybody share the same story. Me still missed my chilhood life.
ReplyDelete