Friday 6 March 2020

Murunggai/Moringa

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers. Berita baik....hujan sudah turun lebat di sini hari ini setelah hampir tiga bulan bermusim kemarau. 
Alhamdulillah....

Lega rasa...sekurang-kurangnya dapat menyejukkan bumi dan meneutralkan udara persekitaran. Katak pun turut happy..onggg...anggg...

Sepanjang musim panas yang lalu kebun saya jadi terang dan bebas rumput. Seronok sangat berkebun time begini. Kurang serangan serangga dan juga penyakit.

Ini mendorong  saya membeli  top soil dengan harga 100rm selori. Puas hati  dapat tanah gembur begini. Tengok siapa teman saya....

Mestilah anak dara gebus ni... Penat angkut tanah pun tak terasa kalau yang tersayang setia menunggu gini...

 Walaupun cuaca sangat ekstrim tapi pokok dikebun tetap subur. Pokok murunggai berbuah lebat kali ini. Murunggai ni banyak khasiatnya. Pucuk, buah dan bijinya semua mempunyai nilai perubatan herba tersendiri.

Sesetengah orang tak makan sebab dikatakan berangin badan. Saya feveret buah ni. Boleh juga dimasak cili, goreng tepung, masak lemak dan ada yang buat kurma pun.

Ini kutipan ketiga dan terbanyak. Dua kali sebelum ini saya buat kari untuk dimakan ramai-ramai bersama kawan-kawan.

Yang terakhir ni pun buat kari dengan udang juga khas untuk jamuan kenduri  tahlil kawan baik di kejiranan. Tak sangka rupanya ramai peminat. Puas hati boleh jamu ramai orang. Mmm...setakat ini dulu cerita kebun. Nanti kita share  lagi.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging &  happy gardening!





22 comments:

  1. Alhamdulillah dah hujan
    kurang sikit bahang kepanasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya alhamdulillah WP. Sejuk sikit persekitaran. Ikut info musim panas ni berlarutan sampai hujung bulan March.

      Delete
  2. Kat sini pun dah start hujan, kalau tidak memang berpeluh-peluh lah duk dalam umah....sayur kelor saya panggil kak moringa tu, sayur rasmi keluarga saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...juga dpanggil kacang kelor. Dulu kalau buat seperiuk kak soranglah yg makan. Anak2 dan suami tak reti makan tapi sekarang alhamdulillah depa dah mula makan.

      Delete
  3. Waalaikumussalam. Saya belum pernah makan murunggai ni. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah. Kak kalau buat mesti rebus dulu kacang ni separuh masak lepas buang kulitnya dan kerat pendek2. Buang air rebusan tu. Lepas tu baru masukkan dalam kuah yang kita buat. Masak sekali lagi.

      Delete
  4. Kt kulim masih panas membahang...
    Sedapnya remunggai petik kt pokok sendiri...saya beli kadang2 terkena yg dh tua..keras..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh...tak lama lagi tu mesti turun hujan.
      Yang buat kenduri kawan ni kak petik 5 hari awal. Rebus dan simpan dlm freezer. Nak elak dia jadi tua atas pokok. Tu pun dah banyak keras bijinya. Makan masa dia sedang2 tu alahai sedapnya. Gebu,wangi dan manis.

      Delete
  5. Alhamdulillah.. Hujan dah turun!

    ReplyDelete
  6. Menarik , banyak gambar menarik..

    ReplyDelete
  7. Bersih nya kebun. Seronok nampaknya sicomel tu rest atas topsoil. Dia rest saja tak apa kan.
    Saya suka gulai lemak murunggai, lama tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebun ni musim kering bersih la. Cuba musim hujan nak masuk pun takut. Rumput panjang

      Delete
  8. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Memang sekarang ni cuaca panas membahang.. kipas di rumah macam 24 jam berpusing. Sejuk mata tengok kehijauan kebun akak. Biasa tengok Sayur murunggai tapi belum pernah makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu.
      Kena cuba sekali makan tp kena ambil buah yg fresh baru terasa kesedapan yg asli. Kalau buah kait banyak hari dah dia masuk angin.

      Delete
  9. Pokok yg penuh khasiat,karinya pasti sedap.

    ReplyDelete
  10. Satu Lori RM 100? Murah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Murah. Sebelum ni kak beli 150rm. Dapat tanah kuning liat.

      Delete
  11. NS pernah makan daunnya tak? Hari tu saya try makan, saya goreng dengan telur.... sedap rupanya....Tapi tak pernah pulak masak buah dia tu. Belum dpt bayangkan apa rasanya

    ReplyDelete
  12. Sebenarnya buah dia lebih sedap lagi.Sebelum dimasak kulit luarannya harus dikikis terlebih dahulu sampai nampak bahagian kulit putih. Lepas tu potong pendek2.

    ReplyDelete