Tuesday, 15 June 2021

Yang comel-comel saja...

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tak sedar dah 3bulan lebih tak posting di blog ini. Saya masih wujud dan sihat. Harap semua masih ingatkan my green eye's ya....

Entry ini saya pernah post beberapa bulan lalu malangnya saya dapati ianya hilang dari radar blog. Entah ke mana ghaibnya dan bagaimana ia boleh hilang saya pun tak tahu. Mungkinkah saya sendiri yang terdelete tanpa sedar. Jadi saya re post sekali lagi arini.

OK, peria putih ini saya dapat benihnya dari kawan fb. Cantik sangat kejadiannya. Putih bersih.
 Rasanya? Mmm...dah nama peria kan..tentulah ada rasa pahitnya.
Teksturnya saja  terasa sedikit keras dan rapuh. Berkongsi kecomelan di situ ialah buah strawberry kenit yang saya tanam belakang rumah..😁

Tak tahu nak buh baja apa bagi buahnya besar....tapi tak apalah. Berbesar hati juga sebab dia masih berbuah dan rasa,warna juga bentuknya ada di situ...masih sebiji strawberry kann...

Ini pula labu butternut squash. Boleh kata setiap tahun saya menanamnya. Rasanya lebih kurang sama juga dengan labu biasa. 

Rupa buah dan warnanya masa muda.

Hasil tuaian. Mmm...kecomelan yang membuatkan rasa sayang nak makan. Itulah masalahnya bila pandang sayur macam bunga. Ikut hati nak biarkan ia tergantung selamanya di pokok...sayang sangat nak petik tapi akhiranya tetaplah masuk kemulut jua...😁😁

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

 









8 comments:

  1. Kalau cantik memang sayang nak makan. Putih gebu peria tu. Mana lebih pahit jika di banding dengan yang jenis hijau.

    ReplyDelete
  2. Rasanya yang hijau lebih pahit. Harap mits sihat-sihat dan dah vaksin ya...😁

    ReplyDelete
  3. Tak pernah jumpa lagi peria putih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua tahun saya ulang tanam dgn benih pokok sendiri. Last2 tahun lepas benihnya tak berapa menjadi. Tanam pun tak tumbuh. Putus benih langsung. Sayang kan...

      Delete
  4. Saya pertama kali tgk peria kaler putih ni..mesti sedap kalau digoreng pecah telur

    ReplyDelete
  5. Comelnya la strawberry & labu tu.👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
  6. Salam awak.
    Sayapun dah 3 bulan tak update blog..
    Tak tau la kenapa malas sangat nak update.
    Mungkin sebab ralit kat tiktok.. Haha.

    ReplyDelete