Alhamdulillah, sampai sudah di kampung tengahari tadi. Macam biasa tanya kabar saya dan adik bongsu bukan pasal sakit demam tapi.....pasal pokok bunga...A to Z pokok semua cerita pasal pokok saja..tak habis2. Seronok tengok pokok-pokok kat kampung ni. Habis dengan si adik sambung lagi cerita pokok dengan abang pula. Siap buat lawatan dan penerangan sekali. Syok melawat keliling rumah...Banyak sungguh bunga kat kampung tapi setakat ini dulu intronya....
Kenangan Abadi....saya tanam pokok jambu buah besar ni dengan arwah ayah lebih kurang 30 tahun yang lalu..Masih berbuah tapi buahnya dah tak berapa cantik.
Tempayan besar ni dah 30 tahun lebih usianya, dulu buat simpan air minum dalam rumah
Sekarang Adik dah buat hiasan kat luar..
Namun dalam semua bunga-bunga yang ada Petunia ni lah nampak begitu menyerlah...hai...sakit jiwa tengok. Dah lah besar pasunya harga pun murah. Kalau lah Langkawi ni ada jambatan. Mau tiap2 minggu balik kampung beli bunga.
Contoh kejayaan menanam Petunia dari biji benih. Kita ni bukan main ajar adik tanam dengan biji tapi saya sendiri tanam tak menjadi pun. Asyik mati saja semaian tu...Waktu semai meremut tumbuh. Bila ubah kepasu tak nak hidup pula
Ya Allah cantik-cantik nya k.mala...geram sy tengok semua menjadi..besar2 pulak tu kembang nya...Mmg betul kalau lah kampung dekat dan sy ada kenderaan pick up...memang Di angkut pasu2 besar yang cantik dan murah...kat KEMAMAN ni termenung nak beli pasu
ReplyDeleteMemang betul Nadia..Kat kampung saya ni harga bunga lebih murah atau sama dengan Cameron. Hish, skit jiwa lah Kak Mala...
ReplyDeletecantik2 dan kemasnya. teringin juga nak hias depan rumah macam ni
ReplyDeleteYa la, kat kampung banyak ruang yang ada senang nak mengatur...
DeleteCantik2 nye bunga2 tu kak...bestnya...
ReplyDeleteItu lah Julie, kak pun geram juga tengok bunga-bunga adik kakak ni...
Delete