Thursday, 17 April 2014

Bila Gajah Berbunga..

Benarkah..?

Saya berkata begitu kerana nama pokok ini ialah Elephant Creeper  Ini ialah bunga pertama kembang tiga hari yang lalu.

 Bentuk daunnya besar dan lebar seakan telinga gajah,. Saya rasa kerana itu lah pokok yang asalnya dari India ini di kaitkan namanya dengan binatang tersebut..

 
Atau mungkin juga sulurnya yang seakan belalai..

 Empat tahun lepas, saya pernah menghapuskan kesemua pokok yang ada kerana ia terlalu rimbun dan menyempitkan ruang laman saya yang sememangnya sempit.

Kemudian bila saya rasa kehilangan, saya beli dan tanam semula kerana saya memang suka melihat pokok ini. Bukan saja kerana warna bunganya yang terang

 Malah kepompong bunganya pun cantik..

Juga batang sulurnya pun gebu dan silky.. 

 Boleh kata keseluruhan pokok ini memang cantik walaupun tanpa bunga.

     Pun begitu saya tidak tanamnya dirumah tapi biarkan ia menjalar di pagar homestay jiran sebelah

17 comments:

  1. Assalam Kak... bagi kita ni semua tumbuhan cantik dan ada keistimewaan masing-masing... ... cantik bunga ni..

    ReplyDelete
  2. Cantiknya kak, besar ke bunga tu kak? daun pokok tu cantik & subur2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Julie, bunganya memang besar. Pokok ni kalau betul2 subur, daunya lagi besar dan hijau. Bunga2 pun akan keluar bergugusan. Ini kira tak subur sangat sebab kak tanam dalam pasu. Cara ni boleh kawal tumbesaran dia.

      Delete
  3. MasyaAllah...hensem nyer...bunga gajah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, lagi satu saya suka dia sebab bunganya mirip morning glory..

      Delete
  4. Bunganya hampir rama dgn image akak kan cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Image kak yang atas tu bunga sulung morning glory beli kat Diana. Tak rugi beli, sampai sekarang masih membiak. Cantik warnanya.

      Delete
  5. Cantik bunga ini, warnanya pun kegemaran tukang kebun.
    Teringat pula gajah-gajah dekat India tu.

    ReplyDelete
  6. salam kak. masa first time tgk pokok ni, saya ingtkan pokok kacang. duk fikir pokok kacang apa yang besar sgt. rupanya pokok bunga. ada jiran tanam, 'gajah' dah panjat pokok kelapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah gajah ni untung, macam2 dia boleh buat hahaa...

      Delete
  7. I was like you too when my elephant vine put forth its first flower. I planted mine about 3 years ago and the stem is now quite thick and about two floors high. I'm mulling over the logistics of moving it over to my new garden.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This elephant vine are easily cultivated. Hope pretty well in your new garden.

      Delete
  8. Slm akak..kt mane nk dpt benih nya? Sy tringin nk tanam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kak sendiri pun tidak tahu yg pokok ni ada biji benih. Bila ber blogging baru tahu. Kak sedari dulu tanam melalui keratan batang. Ini tanam pula kali kedua baru kak nak tengok betul2 adakah biji benihnya. Boleh tinggal email address. Kut nanti ada boleh kak inform kat adik.

      Delete
  9. Bisakah bantu saya untuk mendapatkan/memiliki tanaman ini ...?

    ReplyDelete