Thursday, 3 April 2014

Bunga Cina

Arwah ibu pernah mandikan saya dengan daun bunga cina ini ketika saya demam panas sewaktu  kecil dulu. Daunnya diramas kemudian di embunkan semalaman. Tujuannya untuk menyejukkan badan.  Maklumlah budak-budak kan tidak suka makan ubat. Bila bergelar ibu saya pun mempraktikkan benda yang sama juga untuk anak-anak. Alternatif yang baik untuk meredakan suhu badan yang kepanasan.

Putik bunga baru keluar..

Lama juga menuggu untuk kembang penuh.

 Baru tahu Gardenia tu namanya...ingatkan nama roti ja..

Saya tumpangkan dia dirumah sebelah kerana Che Kam ( bing..) suka makan daunnya. Lama juga tidak berbunga, hampir tujuh bulan,  mungkin merajuk kerana selalu berubah tempat.






6 comments:

  1. Bunga ni memang cantik, wangi & menarik, Julie pun suka sangat dgn bunga ni, thanks utk petua kakak ni, sangat bermanfaat ni kak...

    ReplyDelete
  2. Petua orang2 tua dulu, begitulah. Tapi bunga ni ada juga yang berwarna kuning.

    ReplyDelete
  3. I love this flower too for its lovely fragrance. I have a few shrubs in my garden.

    ReplyDelete
  4. This Bunga Cina remind me to my late mother. She's love the fragrant flowers so much.

    ReplyDelete
  5. Saya suka tapi x tau kat mana mau cari pokok bunga cina ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi melawat dan sori sebab terlepas pandang. Mungkin boleh beli di nurseri.

      Delete