Monday, 6 January 2014

Jenguk Kebun - Part 1

Dek kerana leka pokok bunga di depan, saya abaikan kebun nan sejemput di belakang rumah. Memang tak cukup masa. Kerja 10-6.00. Sampai rumah dah hampir maghrib. Yang sempat buat, meyiram saja. Apalagi saya kena siram dan servis  3 tempat. Rumah sendiri, homestay Gee dan belakang rumah anak. Hush..! tak cukup masa la.....Hari ini 'terbabas' lansung saya ambil cuti. Boleh lah pi jenguk anak2 yang ditirikan di belakang....

Buka-buka saja pintu belakang, ni ha..pendatang berizin dah menunggu penuh setia


Cili padi, kesum, selom, kucai eluk2 saja. Cuma pegaga, pudina dan basil kena ubah tempat. Panas..

Pandan dah kering.. 

Tak sedar, buah limau purut banyak dah nak masak. Tanam atas tar ja ni...tapi dah melepasi bumbung.



Pucuk kaduk kena penyakit kerekot daun..habis saya cantas..


Tetamu tak di undang sentiasa ada..

Anak beranak ni pun sama saja..


To be continue...




























2 comments:

  1. Sikit saja Mar. Rumah taman kakak ni tak banyak space. Kak guna sebaik munkin. Kalau ikut hati semua pokok nak tanam tapi apa daya, laman sejemput ja.

    ReplyDelete