Sunday, 3 November 2013

Langkawi Nursery 1 - Pak Rashid

Seperti yang di janji, selepas makan saya pun mengatur lawatan pengenalan buat Wawa ke nursery yang pertama.  Terletak berdekatan main road di Kelibang. Nursery Pak Rashid pernah menjadi nursery kegemaran saya sekitar pertengahan 90an. Masa tu rumah dia rumah lama. Tak banyak pokok berdaun macam sekarang kerana rasanya mereka pun baru bermula. Waktu itu saya gila beli pokok2 rose yang didatangi dari Thailand dan Cameron. Isterinya selalu melayani saya. Saya sembunyi2 beli sebab hubby saya memang tidak suka. Dia cakap saya suka buang duit. Tapi saya tetap beli sorok2. 
Seawal 7.00 pagi saya akan berjogging dengan berbasikal ke Kelibang dari rumah di Penarak dengan basikal sport anak saya. 15 minit ja dah sampai. Susah payah saya kayuh balik dengan gantungan bunga rose di depan. Sampai rumah sembunyi dulu clelah2 pokok2 lain. Lepas tu agak 2,3 hari letak lah kat depan tangga berderet. Masa tu suami tak cakap apa dah...cuma tarik muka ja. Begitulah mula2 caranya saya membeli bunga2 tersebut dari nursery beliau. Cantik rumah sewa saya dulu dengan pelbagai warna dan bentuk bunga rose. Walau ditukar kepasu besar, jangka hayatnya tak lama. Sekitar 3-4 tahun saja kemudian start mati ranting sedikit demi sedikit. Dulu  RM7-15 sepokok. Harga ikut besar pokok dan jenis bunga. Tadi  sempat saya snap beberapa gambar. Kebetulan mereka ada kenduri Aqiqah. Wawa tak berminat dengan pokok2 disitu. Saya cuma beli baja compos peket kecil RM5.00 satu.







Saturday, 2 November 2013

Dewali Morning - Masak-Masak

Nak masak apa harini? Mesti yang simple2 dah. Dah pukul 9.00 lebih nih. Sat gi dah nak pergi nursery. Apa ada dalam freezer! Cek tengok.... daging seketul kecil. Ayam kampung 5 ketul. Ikan ketuka 2 ekur. Ikan kerapu 1 ekor. Stok ikan dah habis. Sayur pula apa ada...brocoli sebiji. Dah nak kuning pun.  Buah nenas sekerat.Tomato ceri, Carrot. Leek pun dah nak  kecut. Dah lama dah tu dok dalam petiais. Masak la apa yang ada. Tak yah breakfast terus lunch aja..sambil masak aku sulam kerja basuh kain. Seekor ni biasalah..nak ambil tau semua perkara....


Orang basuh kain dia kalut, orang masak dia kalut...apa punya kucing. Tau berkawan dengan orang ja...dengan kucing lain tak mau pi main. Sombong!



Ha..dah jadi lauk pun. Masak lemak cili padi ayam dengan nanas. Daging goreng brokoli + leek. Ketuka @ kerapu goreng dan sedikit ikan kering. Cukup la tu....Janji sedap dan kenyang. Wawa datang dah...tak sabar tu nak pi nursery...

Dewali Morning - Homestay Gee

Happy Dewali! Ha, ini kisah pagi Sabtu. Cuti. Awal pagi ini saya ke homestay sebelah cakar rumput kering. Cuaca cerah dan agak panas walau pagi masih awal. Kalau tidak hujan petang nanti bolehlah dibakar. Sebenarnya rumput2 ni sudah lebih seminggu dipotong tapi dek hujan memanjang saya tidak dapat menolong Gee tuan punya rumah untuk membakarnya. Saja seronok buat kerja sukarela.  Geng2 saya mencadangkan tanah yang lapang tu dibuat kebun macam tahun lepas. Tapi itu dulu, rumah ni belum di buat Homestay. Sekarang kena minta izin Gee terlebih dahulu la. Benih sayur dah ada dalam stok...bayam, bendi dan sawi putih dan kacang panjang. Harap2 Gee izinkan..
Semalam dah janji nak bawa Wawa lawat nursery2 sekitar Langkawi. Dia nak beli pasu dan piring pelapik. Saya pula nak beli tanah dan riki2 pokok la. Apa lagi. Mungkin lepas masak baru boleh pergi. 
Seperti biasa saya tidak melakukan kerja ini seorang. Peneman setia sedia bersama.. Anak dara saya berdua tidak berminat lansung dengan pokok bunga. Sama juga Si Abang. Masing2 masih berdengkur di bilik. NO HELPING HAND. Mujur ada supervisor dua ekor ni. At least bolehlah bawa2 menyembang..... kalau tak bantu pun.

Rumput kering yang dah dikumpul.


Asyik duk melompat atas rumput yang saya cakar. Apa lagi kena marahlah. Terus tak berani datang. Si Kaspin dok usha ja dari jauh...tak puas hati la tu. Nak menyibuk juga. Pokok bunga kiri kanan di Homestay ni saya letak petang semalam. Tumpang sekejab. Garden saya under construction.


Tengok Kaspin, nak menyibuk juga. Kena marah pun tak peduli..datang juga..cium cadar yang saya sidai kat pagar.



Kastih tersentot bila kena jerkah dengan saya. Tak berani nak ikut mak dia. Dok intai ja la balik pokok Ati-Ati. Pokok ini saya ambil dirumah kakak ipar di Generi Sik. Kat rumah dia punya la cantik, sebab pokok tu subur dan besar. Tanah kampung mesti eluk. Memandangkan ruang dirumah padat jadi saya sedekahkan kat Homestay Gee.


Rose Jepun, Bunga Loceng dan Desert Petunia sedang berkembang. Saya tanam sepanjang depan homestay Gee. Asalnya dari lebihan pokok2 yang ada. Saya cukup sayang nak buang pokok. Sebab tu saya buat batas dan cucuk2 kan disitu. Sebelum ini tapak ini saya tanam pokok sawi dan tembikai. Sampai boleh beri pada jiran dan kawan. Gee cukup suka dengan bunga2 ni..Semuanya tanam atas jalan ber tar. Sapa kata tak boleh?



Gee datang bersama suaminya. Kuat dia jerit ' Weiii....Kak Mala . Cantik rumah kami..' Dia dan suaminya cukup happy tengok dua pasu pokok ada kat kiri kanan depan rumah. Lebih happy bila Gee bagitau dia mengandung anak kembar. Wah..rezeki tu..Tahniah!




Gee dan suami datang cuci homestay sebab ada guest masuk hari ini. Mmh, tak boleh bakar rumput la..





Guess who Came For Breakfast

I'm running out of time...Oh, my..dah 9.30 pun. Kalut la pula masak nasi. Kena masak nasi tinggal sebab hubby cuti Jumaat. Saya Sabtu. Lauknya? Kari udang campur ubi kentang. Santan segar beku dah ada. Tak jadi masalah la..Kebelakang pula ambil daun kari. Tau apa yang ada kat pokok tu...Oihhh meriahnya rakan taulan dia....guess who came for breakfast? Ni ha tengok la...




Tu dia...ulat warna hijau ni memang suka sangat makan daun kari saya. Dah tu garang pula tu. Tengok apa dia buat bila saya ketuk kepala dia. Ha tu dia keluarkan dua tentakel merah menyala...marah la tu....
Gambar yang saya ambil ni pun secara kelam kabut. Tak berapa clear..Celah2 tu ada lagi tetamu yang paling saya geram..pendatang baru tapi dah menduduki carta teratas dalam juara makan daun. Sejenis kumbang. Tengoklah rupa depa anak beranak...


Anak sebelah kiri ada badan dan kepala saja sekali tengok macam alien.. induk dia sebelah kanan..Walau dibuang tetap juga ada. Macam ulat di atas juga. Ada aku kesahhh? begitulah kut kata depa kat saya..





Dalam kalut akhirnya menjadi juga gulai saya tapi tak sempat nak ambil gambarnya. Oiiii...tak mau pi kerja ka...che abang dah menjerit. Gedebuk gedebak ..pukul 10.30 baru masuk kerja. He.heee sekali sekala tak pa lewat....

Tut Jambu Madu..2 dalam 1

Sibuk-sibuk tengok pokok,  saya terpandang pada pokok jambu madu yang saya tut batangnya. Eh...dah terburai tanah dia. Lubang kecil yang saya buat lama  dulu  ( nak cek tengok akar tumbuh ke tidak, waktu tu tak ada pun. Tau2 saja bulan lepas dia keluar akar. Agaknya hujan memanjang kut... ) sudah membesar. Pembalut dari guni dah mereput. Saya pun tanpa buang masa terus cari pasu nak tanam. Dah tak boleh simpan lama nanti habis tanah dalam pembalut tu keluar. Masa saya kerat batang tu saya baru sedar sesuatu...Eh, akar dia keluar pada kedua-dua pangkal. Yang dulu2 tut saya buat keluar akar satu pangkal saja...Berkat hari Jumaat la ni..Jom close up..


keratan pangkal bahagian bawah
Tengok akar yang tercuit keluar macam kepala cacing. Satu saja akar yang tumbuh. Selalu2 dulu tut yang saya buat tak pernah tumbuh akar pada pangkal bahagian bawah. Semua naik akar pada pangkal keratan bahagian atas.


Ini pangkal bahagian atas. Keluar akar dah banyak.


Memandangkan cabang2 ranting daun yang tumbuh seimbang jadi saya telah mengerat tut tersebut pada dua bahagian. Apa lagi kalut cari pasu lagi sebiji lah pula. Dah running out of time ni. Masak pun dak lagi. Jam dah hampir 9.00 pagi. Pukul 10.00 dah kena masuk kerja. Dusshhh....




Kalut la pula  pasu tak dak. Tanah tak dak.  Terpaksa kitar semula la ni mana2 pasu yang ada. Kesian kat pokok cekur hitam dan buluh kecil. Jadi mangsa la kamu.... Nak buat macamana. Last2 dapat juga 2 pasu .Taddaa..!!! Tengok...dapat 2 pokok. Satu lagi terlindung balik pasu besar. Harap2 hidup eluk la ya. . Bulan lepas dah bagi kat kawan pejabat satu dan satu lagi bawa balik kampung. Oiitt..dah pukul 9.00 lebih...kalut masak pula...



Friday, 1 November 2013

Pagi Jumaat yang Comel

Cuaca cerah pagi ini. Panas. Sebelum ketempat kerja, seperti biasa saya akan meronda melihat taman kecil saya dulu. Mmmm...berserabut juga kelihatan. Masih under construction katakan...Pasu2 pecah, sesetengah pokok2 yang agak bushy sebab sudah lama tidak di trim sebab pada bulan October lepas hujan turun lebat sepanjang masa.  Tapi dalam serabut2 tu hati ni rasa happy juga bila tengok bunga2 kecil yang bersedia dan sedang berkembang...pelbagai warna pelbagai bentuk dan rupa...Jom tengok...





Bunga Ros Jepun sedang berkembang..





Mahkota Duri dan Bunga Keladi











Alamanda 



Celah-celah tu tengoklah telatah pengiring setia saya ....dua beranak ni macam biasa  la sibuk buat inspection juga....







Selalu berebut tempat....masing2 nak meragas..


Habis tu bergurau pula....


Last2 penat..berehat la ....