Saturday 2 November 2013

Tut Jambu Madu..2 dalam 1

Sibuk-sibuk tengok pokok,  saya terpandang pada pokok jambu madu yang saya tut batangnya. Eh...dah terburai tanah dia. Lubang kecil yang saya buat lama  dulu  ( nak cek tengok akar tumbuh ke tidak, waktu tu tak ada pun. Tau2 saja bulan lepas dia keluar akar. Agaknya hujan memanjang kut... ) sudah membesar. Pembalut dari guni dah mereput. Saya pun tanpa buang masa terus cari pasu nak tanam. Dah tak boleh simpan lama nanti habis tanah dalam pembalut tu keluar. Masa saya kerat batang tu saya baru sedar sesuatu...Eh, akar dia keluar pada kedua-dua pangkal. Yang dulu2 tut saya buat keluar akar satu pangkal saja...Berkat hari Jumaat la ni..Jom close up..


keratan pangkal bahagian bawah
Tengok akar yang tercuit keluar macam kepala cacing. Satu saja akar yang tumbuh. Selalu2 dulu tut yang saya buat tak pernah tumbuh akar pada pangkal bahagian bawah. Semua naik akar pada pangkal keratan bahagian atas.


Ini pangkal bahagian atas. Keluar akar dah banyak.


Memandangkan cabang2 ranting daun yang tumbuh seimbang jadi saya telah mengerat tut tersebut pada dua bahagian. Apa lagi kalut cari pasu lagi sebiji lah pula. Dah running out of time ni. Masak pun dak lagi. Jam dah hampir 9.00 pagi. Pukul 10.00 dah kena masuk kerja. Dusshhh....




Kalut la pula  pasu tak dak. Tanah tak dak.  Terpaksa kitar semula la ni mana2 pasu yang ada. Kesian kat pokok cekur hitam dan buluh kecil. Jadi mangsa la kamu.... Nak buat macamana. Last2 dapat juga 2 pasu .Taddaa..!!! Tengok...dapat 2 pokok. Satu lagi terlindung balik pasu besar. Harap2 hidup eluk la ya. . Bulan lepas dah bagi kat kawan pejabat satu dan satu lagi bawa balik kampung. Oiitt..dah pukul 9.00 lebih...kalut masak pula...



No comments:

Post a Comment