Seperti yang di janji, selepas makan saya pun mengatur lawatan pengenalan buat Wawa ke nursery yang pertama. Terletak berdekatan main road di Kelibang. Nursery Pak Rashid pernah menjadi nursery kegemaran saya sekitar pertengahan 90an. Masa tu rumah dia rumah lama. Tak banyak pokok berdaun macam sekarang kerana rasanya mereka pun baru bermula. Waktu itu saya gila beli pokok2 rose yang didatangi dari Thailand dan Cameron. Isterinya selalu melayani saya. Saya sembunyi2 beli sebab hubby saya memang tidak suka. Dia cakap saya suka buang duit. Tapi saya tetap beli sorok2.
Seawal 7.00 pagi saya akan berjogging dengan berbasikal ke Kelibang dari rumah di Penarak dengan basikal sport anak saya. 15 minit ja dah sampai. Susah payah saya kayuh balik dengan gantungan bunga rose di depan. Sampai rumah sembunyi dulu clelah2 pokok2 lain. Lepas tu agak 2,3 hari letak lah kat depan tangga berderet. Masa tu suami tak cakap apa dah...cuma tarik muka ja. Begitulah mula2 caranya saya membeli bunga2 tersebut dari nursery beliau. Cantik rumah sewa saya dulu dengan pelbagai warna dan bentuk bunga rose. Walau ditukar kepasu besar, jangka hayatnya tak lama. Sekitar 3-4 tahun saja kemudian start mati ranting sedikit demi sedikit. Dulu RM7-15 sepokok. Harga ikut besar pokok dan jenis bunga. Tadi sempat saya snap beberapa gambar. Kebetulan mereka ada kenduri Aqiqah. Wawa tak berminat dengan pokok2 disitu. Saya cuma beli baja compos peket kecil RM5.00 satu.
No comments:
Post a Comment