Akhirnya dapat juga saya dengan rose kampung ( atau di kenali juga dengan nama rose Damask ) Ni..ros mawar kegemaran arwah mak. Lama juga saya mencari di nursery malangnya tak ada. Jumaat lepas saya ke pasar tani di perumahan KEDA berdekatan. Semasa membeli belah saya terlihat pokok ros ini dihadapan sebuah rumah penduduk. Apalagi terus masuk tanya dan kebetulan dia ada menyemai anak pokok . Saya membelinya dengan harga RM10.00.
Walaupun dapat membeli anak pokok tapi mata saya tetap berkenan satu lagi pokok didalam pasu besar yang sedang mekar berbunga. Sudah tentu tuannya tidak mahu menjual. Kerana malas nak mengendong dengan barangan lain saya tinggalkan dulu pokok itu bersama tuannya. Petang baru saya kesana semula.
Petang itu akhirnya tuan rumah setuju menjual pokok dalam pasu besar tersebut dengan harga RM30.00 setelah termakan pujuk rayu saya. Hmmm...seronoknya. Puas hati. Tak jadilah ambil yang kecil. Dah dapat yang besar. Pokok lebih 4 kaki tinggi. Banyak cabang dengan putik bunga berjambak keluar.
Sudah 5 hari di rumah. Bunga tidak putus berkembang. Harum baunya semerbak. Saya memang suka sangat dengan baunya yang nostalgia itu. Daunnya pun wangi. Namun kelopak jenis rose mawar ini tidak dapat bertahan lama ditangkai. Kasar sikit pun dah terlerai gugur kebumi. Hujan lebat pun gugur juga. Nasib baik pagi ni sempat ambil gambar, tengahari hujan ribut melanda disini.
Ini pun jenis rose mawar dan baunya sebijinya wangi macam rose di atas. Cuma colornya lebih terang saja. Saya beli bulan lepas dari penjual Siam yang setiap minggu berkampung menjual barangan dan pokok-pokok di kampung berdekatan juga.
Semenjak ada peniaga Siam tersebut maka saban minggu saya kesitu untuk membeli pokok bunga dan buah2an. Rasanya hampir 2 bulan saya membeli sampai sudah tidak tahu kat mana nak tanam pokok-pokok buah2an. Dah tak ada ruang...
Tahu rumah ruang sempit tapi hati ni tak boleh tahan tetap nak beli juga...
Jadi sepanjang bulan lepas dan bulan ini saya telah membeli beberapa rose baru. Rose Siam saja. Murah. Se pokok RM10-12.00 saja.
Namun cantik juga dan ada kembangnya yang tahan berminggu di tangkai. Macam rose red cili ni.
Ada juga jual mini rose tree tapi harga dia mahal sikit saja dari yang biasa. Corak batik dengan warna campur.
Merah Gelap
Dan merah pudar...
Yang ini terjebak beli. Konon nak cari mawar putih saiz besar. Dah tak ada beli yang ini pula. Merah kesumba.
Pudar bila kembang penuh. Seronok bila dapat beli bunga baru ni...rasa puas dan lega...Apalagi bila yang lama pun tak henti berbunga walau diserang penyakit.
Masa musim panas terik yang lepas boleh kata semua pokok rose saya diserang penyakit pada daun dan bunga pula terbantut tak jadi kembang.
Puas saya sembur hari-hari dengan air untuk hilangkan penyakit sebab saya tiada ubatnya.
Dalam terbantut ada juga berjaya kembang walau kelopak tak berapa nak sempurna
Lihat warna coklat tanda penyakit di kelopak bawahnya. Sekarang dah masuk musim hujan. Hari-harilah pula hujan turun. Harini langsung ribut taufan. Habis pagar di kebun R&R patah. Pokok buah2an yang saya tanam di kebun baru ( R&R 2 ) pun banyak yang tumbang. Banyak kerja lah minggu ini jadinya...Lain hari pula kita cerita kisahnya,
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
