Siapa suka makan labu air? Kebanyakkan orang jarang suka buah ini kerana dikatakan 'sejuk'. Teringat zaman kecil dulu arwah mak pernah tanam labu air fesyen lama yang besar panjang tu. Buahnya banyak berjuntaian di atas pokok rambutan. Sepokok saja tapi lebat buahnya sampai boleh dijual di kedai runcit. Saya pula baru nak mencuba tanam tahun ini. Pertama kali tanam, alhamdulillah menjadi. Malangnya kerana terlalu banyak menyemai benih saya sampai terlupa dari mana saya dapat benih labu ini...
Mula-mula bila tumbuh saya ingat pokok timun tapi melihat pada bunganya yang berwarna putih membuatkan saya jadi sangsi. Bunga timun kuning tapi bunga yang berkembang ni putih. Besar dan cantik. Bila rujuk pada kawan-kawan grup fb baru tahu ini pokok labu air.
Putik buah yang terbentuk membuatkan saya sangat teruja...labu apa ni yang saya tanam..saya sendiri tidak tahu dan ingat.
Bila membesar baru tahu..labu sayung rupanya...comelnya dia...Nak makan pun tak sampai hati. Labu ini boleh di keringkan dan di jadikan kantung air atau perhiasan. Sebenarnya labu ini hadir dalam pelbagai bentuk dengan nama-nama tertentu. Di luar negera ada labu yang berbentuk seperti itik. Di Malaysia Perak cukup terkenal dengan pengeluaran labu sayung tanah liatnya.
Kerana tanah tidak subur jadi saiznya tidak mencapai tahap standard...nampak macam kartun pun ada...hehehe..kesian dia.
Dek rasa teruja dengan buah ini saya tanam pula labu bulat. Benihnya saya beli dari peniaga bunga rose berbangsa Siam. Mulanya rasa tak sabar juga. Lama sangat tanam tapi masih tak mau berbuah. Dah hampir nak cabut pokoknya, siap ugut-ugut lagi. Dua bulan lebih baru berlajar berputik..
Buah pertama. Cantik, besar dan bulat. Saya simpan untuk buat benih. Saya biarkan pokok ini menjalar diatas tanah saja kerana ketiadaan para. Kalau dibiarkan bergantungan buah ini lebih kelihatan cantik dan bersih kulitnya.
Kemudian menyusul pula buah kedua..
Dan buah ketiga..semuanya membesar serentak di bulan puasa ini.
Jadi senarai menu sayur untuk berbuka bertambahlah ...jimat sungguh bulan ini...
Sebelah saja sudah cukup untuk dapatkan semangkuk sayur buat keluarga kecil saya. Labu ni sedap dimasak air atau masak lemak tapi saya lebih gemar tumis air saja. Boleh rampai dengan sebarang sayuran daunan hijau yang sesuai seperti asin-asin atau bayam.
Saya memilih rampai dengan daun belalai gajah yang sedang subur di kitchen garden. Makan pula dengan talang kering. Memang menyelerakan walau tanpa lauk pauk lain. Minggu ini sibuk membuat kuih raya jadi harap kita semua dapat meneruskan puasa dsn lain-lain ibadah hingga sampai ke penghujungnya.
Ok kawan-kawan take care. Happy blogging & happy gardening!


