Saturday, 28 April 2018

Teratai Siam / Thai Lotus

Awal bulan lepas saya balik kampung untuk ziarah kasih. Dalam masa terhad tu sempat lagi saya melawat nurseri untuk membeli pokok teratai yang sekian lama saya idamkan.  

Tapi biasalah bermula dengan teratai saya pulang dengan empat beg plastik besar berisi pokok bunga.

Sebelum ini saya pernah membela teratai kampung. Sekali sahaja berbunga kemudian  ianya mati. Kerana minat saya beli  pula melalui on line malangnya bila sampai batangnya hancur.  Mati juga. Tidak putus asa beli pula biji benih.  Bercambah dua tiga biji dalam air tapi bila  dipindah kepasu mati lagi. 

Setelah mengalami beberapa siri kekecewaan akhirnya inilah hasil yang saya dapat tiga minggu kemudiannya. Kudup berwarna pink ini muncul anggun menonjolkan kelopaknya yang tersusun indah.  Senyum saya melebar ke telinga. 

Namun sesuatu yang tak dijangka terjadi. Seminggu kudup ini tidak kembang dan terbuka kelopak seperti sepatutnya sedangkan kelopak luarnya mulai gugur satu persatu ke bumi. Mungkinkah kerana cuaca yang terik memberi  kesan  ke atasnya. Frust juga rasa.. 

Akhirnya hujan lebat turun dua hari berturut-turut. Rahmat tuhan. Malam Jumaat lepas kelopak bunga ini mulai terbuka. Paginya saya bangun dengan penuh keterujaan. Mmm... Kembang juga kau ya..

Beginilah indahnya kelopak teratai/lotus Thai ini bila ia kembang sepenuhnya. Walaupun tidak kekal lama namun keindahan bunganya  cukup menawan hati. Saya masih mahu membeli lagi warna yang seterusnya. Warna putih. Tunggu balik kampung pula bula depan.

OK kawan-kawan, please take care.  Happy blogging & happy gardening




Saturday, 14 April 2018

Pandorea Jasmine / Bower Vine

 Itulah namanya. Bunga yang mampu membuatkan saya tersenyum setiap kali bila memandangnya. Tak sangka rupanya dia boleh berbunga lebat begini. Dahulu sekuntum dua saja kembangnya. Tapi semenjak bebas dari naungan pokok alamanda barulah dia menonjolkan wajahnya yang sebenar. 
  Tidak putus berbunga semenjak sebulan yang lalu.

Berasal dari negara Australia pokok separa menjalar  ini sangat suka  matahari. Walaupun sekarang ini musim kemarau tengah bermusim namun pokok ini kelihatan subur dan tidak terjejas langsung. Malah makin galak mengeluarkan pucuk baru dan putik bunga. 

Walaupun bunga ini sering didatangi kelulut namun ianya tidak mempunyai haruman yang kuat. Cuma kalau dihidu secara dekat terdapat sedikit bauan lembut yang nipis sahaja. 

Selama menanamnya belum pernah saya menemui biji benihnya. Lebih mudah di biakkan  dengan keratan ranting Pandorea Jasmin atau Bower Vine ini boleh ditemui dengan pelbagai warna. Saya.. mmm... macam biasalah. Sedang memburu warna pink lembut pula. Harap menjadi kenyataan.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening! 

Wednesday, 4 April 2018

My Tomato Cherry

Sudah masuk bulan April pun. Sekejap saja masa berlalu. Laman saya belum lagi siap sepenuhnya. Masih dalam proses susun atur. 
Lepas ubahsuai  semua orang cakap laman saya nampak luas tapi saya pula rasa ruang untuk susun pokok makin sempit.  Pokok  sedia ada banyak tapi dah tak tahu nak letak kat mana. 

Tapi  biar lah dulu pasal bunga. Mai kita tengok tomato ceri yang meranum ni. 

Tomato kali ini agak terbiar sebab membesar masa tuan dia sakit.Tidak berbaja cuma harap air siraman saja tapi tetap berbuah cantik. 

Tak macam induknya tahun lepas cukup subur dan rimbun pokoknya. 

Kutip-kutip buah lumayan juga dapatnya. Buat apa sedap?  Selalunya saya picit dalam air asam saja. Sebenarnya tomato ceri boleh masak apa saja. Taruh sebiji-sebiji. Sangat cantik kelihatan masakkan tersebut. 

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening! 


Saturday, 17 March 2018

Kita Adalah Apa Yang Kita Makan

 Pernah dengarkan ayat tu dan ia memangnya betul sangat kena pada diri saya. Sudah tahu bawa penyakit dan berpantang makan tapi ada masanya saya terkandas juga. Akibatnya...tanggung sakit sekali lagi.

Sebab tu saya tak berani nak makan banyak buah kegemaran ni walaupun rasanya manis. Kerana dia tetap asam yang  boleh memudaratkan perut saya. Mmm.. cuba lah juga rasa sehiris dua buat melepas kempunan. 

Buah pelam luar musim ini masak menguning bulan lepas. Tuaian terakhir untuk tuan rumah setelah puas kendurikan untuk kawan dan jiran tetangga. 

Manakala pisang abu pula tak sempat masak dipokok. Terpaksa diperam kerana sudah ada yang menghidu dan cuba mencuri. 

Goreng makan panas-panas. Memang sedap sangat. Gebu dan lemak rasanya. Yang ini puas makan. Tiada alahan. 

Ubi keledek ni pula saya terjumpa masa tarik rumput di kebun. Tak tahu tahun bila punya ubi. Rebus pun tak hempuk. 

Belimbing madu paling menjadi untuk musim kedua. Ada hampir 50 biji di pokok. Malangnya semasa sakit saya tidak upaya membungkusnya pada peringkat awal. 

Jadi bila masak ia tetap memburuk dalam bungkusan. Cuma sebiji dua saja yang terselamat. Tak ada rezeki juga untuk saya.
Setakat ini dulu. Maaf sebab lama tak ziarah kawan-kawan kerana sedikit sibuk sekarang ini.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging and happy gardening! 

Sunday, 18 February 2018

Adios My Heliconia!

Sayang tapi terpaksa. Tidak dapat diselamatkan demi untuk sebuah perubahan kecil tapi amat besar pengorbanan yang terpaksa di terima oleh pokok-pokok kesayangan saya. Untuk ruang sempit ini heliconia dan sireh hampir mendominasi keseluruhan ruang. 

Heliconia adalah pokok terawal yang saya tanam diatas tanah. Manakala pokok bunga lain  kebanyakkan  didalam pasu jadi mereka terselamat. Cuma di pindahkan kekebun saja.

Saya suka pokok ini kerana warna dan keramahannya berbunga tidak kira musim. Sentiasa ada ceriakan laman. Lepas ini tiada lagi bayangannya dilaman depan.

Dinding tempat heliconia bersandar akan disimenkan. memang tidak ada pilihan selain daripada dibuang pokoknya.

Saya upah orang untuk menebas dan mencungkil ubinya yang tertanam kemas dalam tanah. 

Sebahagian yang ditarik keluar. Saya beri kepada kawan-kawan yang berminat. Satu dua ketul saya tanam dikebun. Selebihnya kering begitu saja. Saya rasa sangat bersalah tapi kat mana lagi harus saya letak mereka ini. Terlampau banyak.

Dah bersih  tapak ini. Saki baki ubi yang ada dibiarkan saja terbenam kerana ruang ini juga akan disimenkan. 

Saya sentiasa sayang pokok-pokok tanaman saya. Biar pun mereka sudah mati atau pupus saya tetap mengenangnya melalui photo yang saya simpan disini. Inilah tujuan sebenar saya berblog pun. Untuk mereka dan tatapan saya dan tatapan  anda semua juga.


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!







Wednesday, 14 February 2018

Garden Renovation - My Stepping Stone

Alhamdulillah berkat
doa dari rakan semua saya sudah 90% sembuh dari sakit hampir tiga minggu yang lalu. Namun tidak dapat nak posting disini kerana computer rosak. Cuma hari ini saya cuba berlajar taip melalui handphone. Harap maaf jika tersilap typo atau apa2
Lima tahun sebelum ini saya   berwadah melalui computer. Terkial-kial tercari nak masuk gambar macamana. Terus terang cakap saya tak pandai posting melalui phone. Hari ini first time buat. Rasa lece teramat sangat. Mata pula rabun. Rasa sukar amat. Screen computer kan besar...senang.

Ini dari sebahagian cerita selepas sembuh dari sakit. Renovate garden dan minimize segala pokok. Antara yang terkorban diruang ini ialah pokok alamanda, pokok jambu air dan pokok belimbing kampung.
                
 Sepatutnya ubahsuai di laman depan ini dibuat  dari tahun lepas tapi tertangguh ketahun ini kerana keadaan saya yang tidak sihat. Banyak program yang saya rancang untuk tahun ini tidak menjadi. Saya tidak ralat malahan bersyukur. Saya masih bernafas. 

Ruang tanah kosong ini saya nak tanam rumput carpet dan atur stepping stone. Beberapa hari lepas saya ke nursery mencari paten yang saya mahu malangnya tidak ada. Yang ada pula bersais besar dengan harga yang mahal. Agak sukar mencari barang pilihan disini kerana semuanya terhad. Mahu seperti dihajati harus di order dari tanah besar. Lambat lah gitu...jadi nekad buat sendiri.

First time bancuh simen. Main agak saja. Acuan hubby yang buatkan. Setakat itu saja dia tolong. Saya pula bukan seorang pengarah
 yang baik atau seorang yang sabar menanti. Jadi nak cepat usaha sendiri. Sebelum ni dah banyak upah orang dari mengangkut pasu, tebang pokok dan juga baiki kebun.

Lihatlah duniaaa....jadi jugakan. Nampak jelas corak daun cotton rose yang saya tekap. Setakat ini 14 keping sudah siap. Puas hati walau ada yang herot petot. Penat lelah berbaloi. Muka saya pun dah hitam legam kalah bangla. Angkut pasir, rata tanah, cungkil batu. Semua sendiri bikin. Buruh kasar katakan.

 OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging and happy gardening!
Happy Chinese New Year untuk kawan blogger yang menyambutnya.

Thursday, 11 January 2018

My Pisang Abu

Sudah sebelas hari kita menyambut tahun baru 2018. Saya masih di selubungi dengan rasa malas dek  kesihatan yang tidak berapa baik. Namun lawan juga perasaan, untuk menulis sesuatu di sini sebagai wadah pembuka tirai tahun baru. Dalam masa sebulan setengah saya sudah tiga kali ke klinik dan sudah tiga kali juga bertukar ubat. Kalau tidak sembuh juga doktor akan rujuk saya kepakar untuk endoskopi perut dan usus. Ini yang buat saya takut dan seram. Tolong jangan kecam ya....memang saya rasa sangat tidak mahu...

Pada hari-hari saya rasa agak selesa, saya cuba secara perlahan-lahan menyambung kerja membersih ruang depan untuk sedikit pembaharuan. Terbengkalai dari tahun sudah. Tapi hari ini biar  saya bagi laluan kepada cerita pisang sulung saya dulu. Lain hari sambung cerita pokok bunga pula.

Ini pisang abu sulung dikebun. Setahun baru berbuah. Tak berapa banyak buahnya tapi cukup untuk  dikongsi bersama jiran tetangga. Waktu membesar saya tidak membalut tandan pisang ini. Che Kam apalagi bersuka rialah meragut putik buah setiap kali ada kesempatan. 

Sebahagian putik pisang yang menjadi mangsanya.

Jadi tiada pilihan terpaksa dibungkuskan. Dalam hati saya berdoa agak dapat menuai dan merasa hasil tanaman ini. Setakat Che Kam bukanlah masalah besar. Pencuri berkaki dua pun banyak berkeliaran. 

Jantungnya saya rebus buat ulam.

28 December yang lalu semua rakan dan jiran yang bercuti panjang kembali semula kerumah dan berkumpul seperti biasa. Acara berkelah pun bermula kembali. Masa yang sangat sesuai untuk saya kendurikan pisang ini. Saya cuma perlu petik anggaran yang mahu dimasak sahaja. Selebihnya tinggalkan dipokok. Jadi malam itu ramai-ramai makan gulai ikan kering rampai pisang abu muda. Mmm...sedapnya. Gebu dan lemak.

Kerana tidak puas makan, esuknya cik suami request sekali lagi gulai pisang ikan kering. Syukur alhamdulillah dengan nikmat ini. Walaupun setandan kecil cuma tapi kami di kejiranan dapat sama-sama berkongsi rasa. 
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan happy new year buat semua kawan-kawan bloggers.  Semoga tahun ini tahun yang menjadikan kita lebih baik dan makmur. Juga moga bumi ini semakin subur dan hijau.


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!