Thursday, 24 October 2013

Benih Bunga On Line

Baru Sampai....
Benih2 bunga yang diorder...harap2 menjadi la ya..Sejak akhir2 ni aku bersemangat semula untuk mencari bunga2 yang sudah hilang dari koleksi. Dulu sekitar awal tahun 2000, masa tu masih dirumah sewa lama, koleksi bunga2 aku tersangat lah mewah..apa saja jenis bunga baru yang ada kat nursery boleh kata semua saya beli. Sanggup habis duit beratus sebulan...beli baja la tanah la...pasu..mmmh jenuh sorok dari che abang...hahaaa...lucu kalau terkenangkan kisah dulu...Masa tu ada ramai kekawan yang sama minat. Boleh buat kaki...Paling tak lupa pada Kak Fuziah Pak Ya...apa kabar la dia sekarang...rindu dah lama putus hubungan sejak Pak Ya pencen, dia orang berpindah balik ke Sungai Petani.. Itu la sorang kawan yang amat mudah diajak kemana-mana. Tambahan aku ni buta kenderaan...nak bergerak mana pun kena ajak orang lain la..

Benih Dah Sampai....

Benih2 yang saya order dari Kebun Bahagia & seedsandothers dah sampai...wah! semangat baru ni....tak sabar nak tanam. Petunia, cosmos, zinnia,morning glory,hibiscus dan baby blue eyes...dapat benih free gift lagi...





Tengok...dah tanam pun..

Tuesday, 22 October 2013

Cantik Di Mata Saya..

Saya memang suka menanam pokok. Apa saja jenis samada pokok bunga, buah2an juga sayuran. Pada masa yang sama saya juga sayang dan suka membela binatang peliharaan terutamanya kucing. 

Minat ini agaknya bermula dari celik mata...sebabnya saya memang tidak boleh hidup tanpa pokok disisi. Di mata saya semua pokok kelihatan cantik, terutamanya pokok bunga dan pokok hiasan. Dulu  saya sanggup berhabisan demi pokok. Orang yang rapat tentu faham betapa fanatiknya saya sampai pokok rumput di tepi longkang pun saya nampak cantik juga. 

Tahun bunga yang paling mewah rasanya ialah sekitar 1995 sehingga 2006. Bila berpindah kesini, saya cuma boleh bawa separuh sahaja dan separuh yang di tanam diatas tanah ditinggalkan.  Di rumah baru, banyak pokok yang mati sebab cuaca panas dan tiada pelindung. Kemudian tahun2 berikutnya saya mulai sibuk bekerja dan banyak pokok diabaikan. Begitulah sedikit demi sedikit antara pokok2 yang saya sayang hilang dipandangan mata.

Setelah sekian lama berlalu, barulah saya tersedar, begitu rugi kerana tidak pernah teringat untuk menyimpan semua koleksi tanaman saya dalam bentuk gambar dan cerita. 
Kini saya mulai giat kembali mengumpul pokok2 yang suatu masa dulu pernah mekar ditaman saya.  

  
malasaad.blogspot.com
Bunga rumput yang sungguh cute warnanya,  putih + purple








Testing