Minat ini agaknya bermula dari celik mata...sebabnya saya memang tidak boleh hidup tanpa pokok disisi. Di mata saya semua pokok kelihatan cantik, terutamanya pokok bunga dan pokok hiasan. Dulu saya sanggup berhabisan demi pokok. Orang yang rapat tentu faham betapa fanatiknya saya sampai pokok rumput di tepi longkang pun saya nampak cantik juga.
Tahun bunga yang paling mewah rasanya ialah sekitar 1995 sehingga 2006. Bila berpindah kesini, saya cuma boleh bawa separuh sahaja dan separuh yang di tanam diatas tanah ditinggalkan. Di rumah baru, banyak pokok yang mati sebab cuaca panas dan tiada pelindung. Kemudian tahun2 berikutnya saya mulai sibuk bekerja dan banyak pokok diabaikan. Begitulah sedikit demi sedikit antara pokok2 yang saya sayang hilang dipandangan mata.
Setelah sekian lama berlalu, barulah saya tersedar, begitu rugi kerana tidak pernah teringat untuk menyimpan semua koleksi tanaman saya dalam bentuk gambar dan cerita.
Kini saya mulai giat kembali mengumpul pokok2 yang suatu masa dulu pernah mekar ditaman saya.
Bunga rumput yang sungguh cute warnanya, putih + purple |
No comments:
Post a Comment