Sunday, 7 September 2014

Beauty Creatures In My Garden - Part 2

Sesungguhnya saya berasa beruntung amat kerana tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan gambar-gambar  bagi setiap posting yang saya ingin paparkan disini. Malahan saya sudah terlebih gambar dalam folder simpanan. Tuhan itu maha adil ya, kerana saya ini buta memandu, jadi memadai lah untuk saya dengan hanya apa yang ada didepan mata, walaupun hati ini teringin sangat nak ber outdoor. Pulau ini sangat menarik dengan flora, fauna dan landskapnya. Kendengaran agak lucu, tapi itulah hakikatnya, terbatas dengan tugas dan masa, tempat yang sekecil ini pun tiada kesempatan untuk kamera saya jelajahi , melainkan kutiplah apa saja yang ada disekeliling rumah. Minggu ini saya tinggalkan dulu cerita bunga, berbekalkan gambar lama dan baru lihatlah kejadiannya....

Buffaloes soldier - sesi morning walk. Walau diluar taman, tapi makhluk ini sentiasa bersiaran  berhampiran laman saya.


BURUNG  CAK CELAK

Burung comel yang dipanggil Cak Celak ini dibawa balik dari kampong semasa cuti raya yang lalu. Rajin berbunyi dan kuat makan.  Suami saya gantungkan sangkarnya  di tempat gantungan bunga saya. Bunyi bising suara mereka telah menarik minat sekumpulan burung cak celak liar  datang melawat tapi cuma seekor saja yang turun mendekati. Mungkin ketua kumpulan

  
BELALANG
Tidak seperti kupurama, belalang masih saja kekal banyak walaupun dilanda musim hujan. Gambar ini saya ambil pagi semalam. Meremut...
 '..row..row..row your boat, gently down the stream..merily,merily,merily,merily....life is'bout a dream...' 
Belalang sedang menyalin kulit.


PEPATUNG.
Hampir tidak ada masalah lansung dengannya. Nasib baik patung tidak makan daun macam belalang 


KUPURAMA.
Musimnya telah berlalu sudah saya rasa. Makin kurang kupurama datang kelaman saya sekarang ini . Mungkin kerana sekarang ini sudah masuk musim hujan. Musim panas yang lalu, boleh kelihatan berbelas kupurama berterbangan pada satu masa untuk  menghisap madu bunga.

Sepasang biru. Jantan dan betina. Saya rasa kupurama jantan mempunyai color yang lebih terang dan corak yang lebih cantik.
 
 Pertama kali tengok kupurama ini.
Beberapa saat saja, dia telah di baham oleh seekor labah kuning. 
 


KUMBANG 
 
Pagi ini baru saya tahu, ada kumbang bintik yang seakan kumbang emas. Kedua-dua jenis kumbang ini gemar kepada pokok morning glory. 
Sepasang. Jantan dan betina. Kumbang bintik jantan lebih terang dan menarik warnanya. 
 Anak kumbang bintik.
 Kumbang emas.
Si Kumbang Jati?


SIPUT 
 Tidak payah diperkenalkan lagi...
Pemakan yang hebat.... 

  
RARE 
Siapa tahu ID nya?

Siput berlayar diatas ketam....

Stray cat yang cantik corak bulunya. Begitu sihat mengalahkan Kastih tapi sayang liar. 

Saya suka tengok warna hijau kulitnya. Kemas cantik bagai memakai jeket. 

Serengga yang berpenampilan segak dan bergaya. 
   
 Yang ini pula bukan rare tapi adalah antara mahkluk terindah ciptaan Ilahi buat saya.













Sunday, 31 August 2014

Kembang Menuju Kemerdekaan.

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 57 buat semua pembaca dan seluruh rakyat Malaysia.

Hujan turun tidak berhenti sepanjang bulan Ogos ini . Oleh itu tahun  ini bendera Malaysia dirumah telah bertukar kedudukannya. Bukan lagi berkibar megah di hujung buluh seperti tahun-tahun yang lepas tapi di lekatkan  di tingkap bagi mengelakkannya basah kuyup.


Saya dan jiran tetangga berkumpul menyambutnya di hadapan rumah. Seorang jiran bermurah hati menembak bunga api. Serentak itu juga lagu patriotik bergema di udara. 

Meriah sungguh. Kebetulan hari ini juga majlis kenduri anak sulung kawan baik telah berlansung pada siang harinya.

Saya dan rakan taulan begitu sibuk mengurus majlis. Saya suka melihat simpulan kain yang melatari meja makan dengan tema warna biru dan pink. 

Walaupun gubahan dan susun aturnya sederhana tapi tetap manis di pandang dan menepati kehendak tuan rumah. Kisah kenduri ini akan saya ceritakan mungkin di episode yang lain nanti.

Kerana saya mahu menunjuk bunga baru saya ini..Kembang di hari yang sama majlis diadakan. Saya masih sempat curi-curi merakam gambar ini. Sunflower Red Sun, terbantut sebenarnya bunga ini tapi tetap kembang dengan warna yang menarik.
  
Ini pun antara warna baru bunga MG  yang turut berkembang.

Dan ini juga..

 Japanese Morning Glory di atas sudah kembang sempurna dan turut memeriahkan majlis pagi tadi.

 Saya lupa ID nya. Bunganya besar. Warnanya menarik. Kembang sampai ke malam. Saya benar-benar seronok. Puas hati kali ini.

 Dan yang paling mendapat perhatian tinggi pada hari kenduri sudah tentunya  rimbunan bunga cosmos kuning ini dan juga pokok bunga matahari. Ada tetamu juga kekawan yang  bergambar dan memungut benih yang sudah kering. Suka mereka.

Sunday, 24 August 2014

Cantik & Comel

Apakah erti kecantikkan kepada anda semua..?  Pasti setiap orang melihatnya dari persepsi yang berbeza.  Saya suka dan terima ungkapan....cantik itu subjektif sebab bagi saya cantik itu bukan milik mutlak kesempurnaan.  Buat semua pembaca , terimalah erti cantik di pandangan mata saya.