Saturday, 2 May 2015

Vinca - Periwinkle

Juga dikenali dengan nama Kemunting Cina,  tapak dara, kembang rose / rose pantai. Berasal dari kepulauan Madagascar . Nama saintifiknya ialah cantharanthus roseus. 

Habitatnya tumbuh liar dikawasan berpasir. Tidak perlu penjagaan rapi dan boleh hidup dalam cuaca panas. 

Vinca mudah dibiakkan melalui keratan batang atau biji benih.

Bunga ini juga dikategori oleh saya sebagai bunga fesyen lama. Walaupun terdapat pelbagai nama, saya lebih senang memanggilnya vinca. Semasa saya kecil cuma terlihat dua jenis warna sahaja iaitu putih dan juga ungu. Jenis kampung ini di katakan mempunyai khasiat perubatan yang bernilai.


Masyarakat lama ditempat saya memanggilnya dengan nama Jalang Kampung. Mungkin diberi nama demikian kerana sifatnya yang mudah tumbuh merata ceruk kawasan. Jenis kampung ini di katakan mempunyai khasiat  untuk penyakit tertentu. Dikatakan boleh mengubati penyakit kanser dan lain-lain lagi. Selalunya disediakan  secara tradisional.

Sekarang terdapat pelbagai vinca hibrid yang dijual dipasaran dengan pelbagai jenis warna yang menarik. Saya percaya ramai orang membelinya bukan kerana nilai perubatannya yang ada tetapi seperti saya semuanya membeli kerana terpikat dengan kecanttikan corak dan warna.

Vinca gantung sangat digilai oleh peminatnya. Juga diminati oleh ulat-ulat belunchas yang suka meratah daun segarnya.

Walaupun rupa bentuk pokok-pokok ini serupa, vinca hibrid tidak mempunyai ketahanan fizikal seperti vinca kampung. Jangka hayatnya lebih pendek dan sering kali mati awal.

Ini antara vinca hibrid yang saya beli tapi banyak juga yang mati tanpa sempat ditanam semula
.




Oh, ini sambungan cerita tentang khasiat perubatannya. Ada orang tua di tempat saya memberitahu, akar vinca ( dari jenis kampung )  ini sangat sesuai di makan dengan sirih pinang bagi orang yang terlewat haidnya. Mmmm...ada berani cuba..? hahaa...happy gardening!


28 comments:

  1. Vinca ini kalau dekat negara barat ada 2 kategori dibahagikan untuk musim menanam.
    Kalau jenis yang kampung memang suka ditanam masa musim panas. Oleh itu kalau di tempat kita memang hidup mudah sepanjang tahun tanpa belaian.
    Kemudian jenis yang baru yang breeding disesuaikan untuk musim yang lebih sejuk. Yang ini yang nak kena ambil perhatian bila ditanam di cuaca kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak beli 3 pokok baru2 ni yang jenis hybrid. Semua mati...sensitif mcm petunia juga...

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Tengok warnanya yang ceria teringin pulak kak zai untuk mencuba.Memang cantik kalau tanam dipasu dan digantung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zai..kak ni kalau petunia & vinca selalu beli tapi tak serasi. Susah nak menjadi dengan kak. Tengok orang lain tanam..panjang mejuntai ketanah...tak ada baja2 pun...tapi bunga sentiasa meriah...

      Delete
  3. That deep red vinca is absolutely gorgeous, Normala! Vinca is one of my favourite annuals. Long lasting and pretty. Perfect choice to brighten up the garden. Enjoy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, the variety of colors are so gorgeous..but sometimes I failed to replant it..

      Delete
    2. Same here LOL... I always forget to replant. Btw for the pokok keladi mural, for curing diabetes, they boil the leaves to drink?

      Delete
  4. bunga ni mmg bunga dari dulu dah kan, rupa nya banyak jugak jenis nya ya cantikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nooriah..ni bunga orang dulu2..

      Delete
  5. jenis yg baru cantik2 warnanya..lagi pun pokoknya merimbun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg jenis baru banyak hybrid..tu color cantik2..

      Delete
  6. Bukan saja warna yg bervariasi tapi juga kelopaknya yg cantik menawan.
    Yg biasa kakak nampak warna putih dan maroon tu. Warna selainnya di sini buat kakak terpikat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya mcm2 color ada..tapi tak terkejar la pula nak membelinya...satu yang fade up...mcm petunia juga dia ni..silap hari bulan mati cepat..

      Delete
  7. Pada KN semuanya cantiklah Kak mala....tanam rapat2 ...beranika warna gitu.....berseri taman...ceria mata memandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang laman kak dah berserabut jadinya bila tiba musim hujan ni..bunga2 pun meluyu semua kena hujan...benih2 vinca yang mulai tumbuh pun sudah reput sebab terlebih air..sayang!

      Delete
    2. Sayangnya kak...kena buat sesuatu sebelum jadi lebih teruk lagi..

      Delete
  8. Memang cantik Vinca nie. I had a lot of them last time. Sekarang dah hilang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul Malar..pokok ni kita kena rajin replant. Samada dengan bijibenih atau keratan batang. Tapi keratan batang lebih cepat membesar dan berbunga..

      Delete
  9. Assalamualaikum Kak Mala..
    tengok post kakak tentang vinca ni, teringat Julie pokok2 bunga vinca Julie yg mcm2 color dlu tu, sekarang ni dah banyak yg pupus, tinggal color yg biasa2 je...apa2pun vinca ni kalo lebat bunganya memang sangat cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak satu je yang geram...bunga tak mau lebat..sesekali saja dia menjadi pastu mula slow...daun je yang menghijau..

      Delete
  10. Hello Normala, such lovely little flowers. Unfortunately, I ran out of space for my gardening projects. Thank you for visiting me and have a good start into the week. Happy gardening to you:-)


    ReplyDelete
  11. Akak..knpa btg pohon vinca ni cpt mati/kcokletan/rosak?mcmna cara mnghindari?

    Dan mcmna spya semut tak bsarang kat daun n bunga vinca ni?

    ReplyDelete
  12. Kak, sy ada satu je yg hidup, yg lain mati. Cmne nk replant blk guna keratan batang? Pokok ni, bunga nya kurg meriah walau dh bg baja bunga. Cmne nk meriahkan? Tlg bg tips. Tq

    ReplyDelete
  13. Kak, sy ada satu je yg hidup, yg lain mati. Cmne nk replant blk guna keratan batang? Pokok ni, bunga nya kurg meriah walau dh bg baja bunga. Cmne nk meriahkan? Tlg bg tips. Tq

    ReplyDelete