Sunday, 30 August 2015

Bunga Homestay Dalam Kenangan

Tanah homestay tempat saya bercucuk tanam telah disewakan kerana tuan rumah tidak cukup masa untuk menguruskan penginapan seperti sebelumnya. Perkara pertama terlintas di fikiran..macamana pokok-pokok aku disitu...Saya dikenalkan kepada penyewa pertama sambil tuan rumah  memberitahu semua pokok-pokok bunga yang ada adalah milik saya. Jadi sebelum menebas rumput mereka patut bertanya saya dulu pokok mana yang boleh di buang.

Saya mengambil keputusan mengeluarkan semua pasu bunga yang ada dan ditempatkan di R&R Sementara pokok besar  yang pasunya  terlekat akar ketanah saya tinggalkan. Rasanya tidak menggangu pun. Begitu juga dengan pokok tepi pagar seperti ros, alamanda, telang, cotton ros, avocado dan lain-lain. Lagipun mereka cuma duduk beberapa bulan sahaja. Namun apa yang terjadi cukup mengejutkan, tanpa pengetauhan saya mereka menarik keluar pasu dan menebang semua pokok-pokok hiasan yang ada. Sampai hati...


Yang tinggal cuma pokok cili, costus,anona dan pokok delima . Delima dan anona terselamat kerana makcik belakang rumah menegur agar tidak menebangnya. Kawan-kawan di kejiranan masing-masing tertanya siapa tu..kenapa buat begitu...tak kenal pokok bunga ke....kenapa saya tak menegah...Mmmh, tak apalah saya pasrah saja...bukan tanah saya kannn....Diam-diam esuk paginya waktu mereka belum bangun tidur saya angkutlah pokok-pokok yang di cabut dan letak kat tapak R&R.  Kesian kannn...

Ini antara pokok yang tidak sempat saya ambil cuttingnya. Puas saya menyelak timbunan rumput mencari kalau-kalau ada tetapi tidak jumpa. Lagipun hujan berterusan turun dan saya terpaksa pulang ke kampung maka putus kasihlah saya dengan elephant creepe.

Waktu menunggu adik di hospital, hati saya terkenang-kenang saat indah pokok-pokok saya ditanah homestay. Seronok waktu itu..ini antara bunga yang pernah hadir..

Puas hati boleh tanam banyak pokok..maklumlah ruang rumah saya sangat terhad..

Tidak boleh lupa waktu cosmos meriah berbunga..kuning oren seluruh kawasan..

Juga waktu matahari galak berkembang...semuanya kelihatan sangat indah..

Paling seronok dapat berkebun bermacam-macam jenis sayuran...

Tidak sampai 2 minggu tuan rumah talipon saya maklumkan dia menyuruh penyewa pertama keluar kerana ada masalah. Ketika itu saya masih dikampung...Pulang saja, saya terus meneras dan aturkan semula  sedikit pasu di ruang homestay. Suami membebel..tidak serik-serik.. Lima hari lepas, penyewa baru pula masuk. Tebas lagi rumput......saya pula usung pasu keluar lagi....

Ini pokok Angelonia..masih subur didepan homestay. Terselamat kerana penyewa pertama tidak menebangnya. Tiga hari lepas penyewa baru  membersih dan mengatur semula bata sekeliling pokok. Katanya dia suka juga tanam pokok. 

Walau  hujan berterusan sudah sebulan lebih,  jerebu tetap kelihatan melanda seluruh persekitaran. Saya berkerja keras memulihkan semula mana-mana pokok yang dibuang oleh penyewa pertama. Kutip sisa benih  yang baru tumbuh ditanah homestay dan replant semula di tapak  R&R. Betu-betul menguji kesabaran kerana hujan yang berselang seli dengan ribut membataskan waktu dan masa. 
  
Jadi sepanjang bulan Ogos yang bersejarah ini, saya agak penat mental dan fizikal. Saya berharap agar pokok-pokok saya kembali sembuh dan berhasil...dan berharap juga  agar kupurama akan sudi melawat lagi seperti dahulu,  walaupun tanah homestay sudah gersang..tapi tapak R&R akan jadi penggantinya.
Disini saya ingin mengucapkan selamat meyambut Hari Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia, istimewa buat kawan-kawan bloggers. Happy gardening & happy weekend!



30 comments:

  1. Alahai kesian kak mala.....patutlah lama kak mala tak bersiaran hari tu....bunda dapat bayangkan pokok2 bunga yang di tarik buang tu.... penat kak mala...tapi tak putus asa kutip lagi..tanam lagi... memang lah suami membebel, sebab dia kesiankan kak mala sebenarnyer tu....

    Tak perlah kak mala.....think positif jer bukan semua orang yang berminat dengan pokok2 bunga ni macam kita....

    Dorang lebih suke bela rumput lalang lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menyambut Hari Kebangsaan....dan selamat hujung minggu...

      Delete
    2. Betul Bunda, bukan semua orang suka dan kenal pokok bunga. Ketika bersedih itulah saya pujuk hati, jangan marah walau kecewa. Think positif..mungkin ada hikmahnya..

      Delete
    3. Kak Mala, bunda pun bukannya banyak kenal jenis2 bunga ni... dan bukannya mampu beli dan tanam apa saja bunga yang bunda gemar...tapi bunda suka tengok...bila tengok pokok bunga yang cantik2, berwarna warni ..hati pun rasa berbunga2 juga...hilang stress kejap...walaupun bunga2 tu dari laman orang atsu laman nursery...

      Kalau pergi ke nursery tujuan nak beli baja jer 2 kampit...tapi membelek bunga dan pokok2nya lebih lama dari membeli baja...

      Sampai dulu selalu kena tegur dengan suami...sekarang anak2 pulak...he he...

      Delete
  2. salam merdeka..
    ala..sampai nya hati dia. rasanya tak menganggu pun.. malah rumah bertambah cantik persekitarannya tanpa perlu dia buat apa2.
    sedih nasib tanaman mala dapt ke tangan yg tidak reti menghargainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah risikonya tanam tanah orang..tuan rumah Ok..penyewa pula tak suka bunga..

      Delete
  3. Memang ada org yg tak suka tumbuhan.. Sebelum raya hari tu saya pun selongkar plastik sampah hitam yg masih tinggal selepas dikemaskan oleh FIL .. dapat selamatkan bawang lili peach.. wp pokok tu koman je sebab senang hidup saya sayang sangat.. mana2 pokok yg dah tak nampak tu saya redha je la.. saya dah lama tak balik.. laman dah semak.. semalam balik saya angkut beberapa pasu ke rumah mak saya.. tapi tetap sedih kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih kan mar. Kak ni pernah buang bunga kat tong sampah sebab semak sangat. Pas tu boleh rasa sayang & kesian, Ambil balik..tanam semula...Itulah perasaan yang tak boleh nak kikis,,

      Delete
    2. Sebenarnya antara kita manusia, haiwan dan tumbuhan adalah makhluk Allah..cuma spesis jer berbeza..namun tetap bernyawa, bernafas, membesar dan membiak kan...

      Subhanallah....

      Delete
    3. Betul Bunda..mereka juga bernafas dengan cara Allah Taala tetapkan...sebab tu lah agaknya saya ni rasa sayang nak buang pokok..

      Delete
  4. Sedihnya... kakak rasa org yg duduk tu jenis tak suka pokok-pokok. Tapi hairan jugalah sebab pokok bunga kan ke cantik dipandang mata kenapalah tak suka eh? Entahlah kita ni jenis suka pokok sampai membeli pun sanggup kalau tengok org yg begini mestilah kita hairan..

    Harap-harap yg sempat di ambil/diselamatkan tu boleh hiduplah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak memang sentiasa hairan sampai kini kenapa ada orang tak suka pokok bunga...jawapan yang ditemui kebanyakkanya..bukan tak suka tapi malas nak tanam...
      Itulah Zakie..kak kena hormat pendirian orang..kalau tanah tu tanah kak sendiri..mungkin ada sikit tambahan cerita lain lah kutt...

      Delete
  5. Klau kak zai tengok gambar yg mala paparkan tentunya laman itu cantik. Penuh dgn bunga yang beranika warna. Sayang klau tidak tahu menghargainya. Sabarlah mala mungkin ada tempat yg lebih elok lagi nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar yang kak posting tu gambar musim bunga yang dulu-dulu..memang meriah berbunga, selalunya dimusim kering. Pada waktu kejadian..bunga ditanah tak seberapa ada. Yang banyak cuma didalam pasu saja.

      Delete
  6. sedih nya...sampai hati...boleh bayangkan perasaan kak mala..kita dok belai2 dia boleh buang mcm tu ja...memang menguji kesabaran betui la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling kak paling sayang pokok avocado. Dah 7 kaki lebih dah tinggi. Dah bercabang-cabang. Begitu juga dengan cotton rose. Semuanya dah meninggi ..Kak harap hidup walau waktu ambil tu dah habis kena pangkas ranting2nya. Kedua-dua pokok tinggal togel memanjang...

      Delete
  7. Replies
    1. Manis dikenang walau masam dihati...hehee..

      Delete
  8. Ya allah..sampai hati penyewa tu buang semua pokok kan...kan cantik kalau ada banyak tanaman berwarna warni..terapi tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Amanda, tidak semua orang suka dan kenal bunga walau yang ditanam dalam pasu. Masih ada orang yang nampaknya macam rumput...

      Delete
  9. penyewa pertama tu jenis manusia yg tak sukakan pokok2 kut...sesuka dia ja nak tebas ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah agaknya Kam..saya perasan dia cuma kenal pokok cili saja, sebab hari pertama dia datang dia ada sebut.".ni pokok cilikan...."

      Delete
  10. Miss all your beautiful blooms, Normala. Anyway you have a green thumb, so garden again once you found space and time. You have a great day!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Steph. I move it into my new site. Lucky I prepared the site early..at least for a while they have a temporary place to breath ...

      Delete
  11. InsyaAllah yang dah dipangkas tu nanti keluar pucuk-pucuk baru Kak Mala.
    Elephant creeper kalau tidak dicabut, cuma dipotong.
    Jika akar dah banyak, InsyaAllah timbul balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia pangkas sampai rapat ketanah. Kak pun harap tumbuh balik tapi malangnya penyewa baru yang datang begitu pembersih. Habis rumput dicabut licin dan dia letak bata pula atas pangkal pokok tu..

      Delete
  12. Hope tempat baru nie selamat for all the plants! lovely blooms! Susah nak cari marigold dengan cosmos nowadays! I dah penat cari but seeds pun tak dapat...sigh....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malar, tak tahu you suka cosmos & marygold. Saya dulu sampai buang2 sebab terlampau banyak. Nanti tunggu benih baru kalau ada nanti saya hantar...

      Delete
  13. BUNGA2 CANTIK DI HOMESTAY TINGGAL KENAGAN YA MALA

    ReplyDelete