Saturday, 17 October 2015

Rumput Cina - Murdannia Bracteata

Mulai minggu ini rasanya saya mahu menambah satu ruangan di blog mengenai  herba dan rumpai yang terdapat di sekeliling kita. Herba dan rumpai yang selalumya   kita rasa tidak bernilai ini bukan saja berkhasiat,  boleh dimakan malah mempunyai nilai perubatan untuk menyembuhkan penyakit  tertentu pula.   Bukan apa, rugi jika kita tidak kongsi manafaat besar yang terdapat pada setiap tumbuhan yang kita anggap rumput atau pokok bunga ini. Lazimnya asal rumput cabut, asal bunga..puja kecantikkannya saja. Betul tak?
 Jadi hari ini saya  mulai dengan herba Rumput Cina . ( dikenali juga dengan nama Spiderwort, Pan Ki Lian, Pandan Jambi, Rumput Aur Beijing, Rumput Anugerah, Rumput Pada Suka. Rumput Pak King ....) 

Walaupun penggunaan herba ini lebih menjurus kepada perubatan  cara kampung, tidak salah bagi kita untuk mencuba sebagai alternatif penyembuhan secara alami. Senang didapati, mudah di kutip dan yang penting tanpa keluarkan sebarang modal..cuma berpandukan informasi dan sedikit usaha sahaja sudah memadai.  Sebenarnya, sudah berbelas  tahun saya tanam pokok ini. Di kawasan rumah saya rumput ini boleh didapati dimana-mana dan saya tidak pernah kisah dengannya. Tanam dulu pun sekadar hiasan pokok dalam pasu sahaja. Namun setelah terbaca perbincangan mengenai rumput ini dilaman grup fb baru saya buka mata. 

  Berasal dari selatan negara Cina. Manakala di Thailand  rumput ini dikatakan tumbuh meliar namun masyarakat di sana  berusaha mengenalkan rumput ini melalui produk   suplemen untuk penyakit kanser dan lain2 penyakit yang berkaitan.   Lazimnya daun ini direbus keseluruhan bersama akarnya  untuk membantu penyembuhan barah payudara, usus, ulser, batu karang., radang kulit, lawas kencing, buah pinggang. Lihat lebih lanjut  cerita keberkesanan rumput ini  disini..

 Manakala di sini, saya tidak pasti sampai ketahap mana penerimaan  rumput ini dalam masyarakat setempat.  Namun yang pasti komuniti Cina lebih terarah menanam rumput ini kerana umum mengetauhi akan kepekaan dan ilmu  mereka dalam  penggunaan herba adalah tinggi.   Pokok ini senang membiak melalui biji benihnya yang ringan dan mudah tersebar.  Juga boleh ditanam melalui keratan ruasnya. 

Dan yang paling terbaharu saya dapat perkongsian mengenai penggunaan rumput ini ialah daunnya juga boleh  melembutkan tekstur daging dalam masakkan. Saya sudah mencubanya bila masak kari daging Rabu lepas. Memang cepat empuk tanpa mempengaruhi  rasa kari tersebut. Siapa yang tanam rumput ini boleh mencuba ya.. Lepas ini saya mahu goreng rumput ini dengan  ikan masin pula...hurmm bagaimana rasanya? Mari mencuba...
Happy gardening & happy weekend!



28 comments:

  1. salam singgah Mala
    kaknoor pun suka gardening tpi mcm tk pernah nampak pun pokok tu kat Brunei
    bestnya kalau dpt lembutkan daging save dah masa kita tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nooriah sudi singgah. Rasanya ada di Brunei, Sebelah Indonesia pun ada juga artikel mengenai rumput ini. cuma mungkin belum ada nasib nak jumpa.

      Delete
  2. betullah kata mala..biasanya bila nmpk tumbuhan yg kita tak kenal idnya kita cabut dan buang. rupanya setiap tumbuhan tu ada manafaatnya untuk kita. baguslah mala memulakan mengenali herba dan berkongsi dengan kami di blog ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Yon, rupa2nya banyak rumput yang kita cabut buang tu ada manafaatnya. Kita betul2 tak tahu khasiat yang terkandung. Baru2 ni kawan datang cari rumput sambau..bila googles terkeluar mcm2 rumput bagai...

      Delete
  3. Assalamualaikum Kak Mala,
    Wah bagus info ni kak, nnti bolehlah Julie cri rumput ni, ada bau yg spesel tak dgn rumput ni kak? Julie mmg berminat sangat dgn tumbuhan2 herba ni...

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam Julie,
    Rumput ni tak ada bau..

    ReplyDelete
  5. Sayangnya kakak macam tak kenal dan tak pernah nampaklah pulak.
    Nak cuba ingat kot terjumpa kakak pun nak tanamlah.
    Apa lagi dah tahu kegunaannya sangat baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak pun dapat pokok ni 17 tahun dulu...bayangkan dah lama sangat. memang tak pernah peduli langsung kat dia. Bawa diri merata..hehhe..nasib tak pupus. Yang syoknya dalam pasu jiran sebelah rumah pun dia tumbuh juga..

      Delete
  6. Terima kasih kak Mala. Saya sering melihat tumbuhan ini liar di pinggir jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok ini memang tahan lasak Endah..merata tempat dia boleh tumbuh

      Delete
    2. tapi pasti rumput ni ada ke tak kat taman rumah saya... Memang useful betul! ;)

      Delete
    3. Malar, rumput ini sebenarnya berasal dari selatan negara Cina. Dipercayai dibawa masuk ke sini melalui Thailand kerana manafaat perubatan yang terkandung dalam daun tersebut. Tapi rumput ini sangat senang merebak.

      Delete
  7. Assalamualaikum kak,
    Saya rasa macam biasa lihat pokok tu..Apa pun sangat bagus perkongsian ini.
    #Teringat masa budak-budak dulu, selalu ikut almarhum ayahanda masuk hutan cari akar kayu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Abu,
      Selalunya org yg tahu khasiat dia akan tanam pokok rumput ni..tapi kak dulu tanam sebagai pokok hiasan dalam pasu...

      Delete
  8. Wow how useful! I didn't know that this plant can soften the meat. Thank you for the info. Happy gardening and cooking curry ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Steph,
      Here, this grass is often grown by our Chinese community. I also have it from my Chinese friend.

      Delete
  9. Oh syok kalau masak daging cepat lembut jimat gas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu kak bubuh senduk besi dlm daging bg cepat empuk..petua la tu. Hubby pula ckp masuk daun manggis...mcm2 kan petua. Ni tanam dah berbelas tahun baru terjumpa petuanya bulan ni...

      Delete
  10. terimakasih atas perkongsian yg sanggat bermanafaat ni...kalau tak,langsung saya tak tau kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tau itu yang kongsi untuk semua..

      Delete
  11. Pokok ni tumbuh 2 rumpun di belakang dapur dah nak buang tp krn cantik spt bunga hiasan sy minta suami alih ke dlm pasu...tiba2 2 hr lps sy dlm tahu yg itu rumput aur beijing penawar kanser.

    ReplyDelete
  12. Betul tu che nyonya, saya pun baru tahu khasiatnya setelah berbelas tahun tanam. mujur pokok ni tak lupus sebab tak pernah jaga dia pun..terima kasih kerana sudi melawat dan meriahkan komen disini.

    ReplyDelete
  13. Salam..kat mana saya boleh dpatkan daun ni kak normala?

    ReplyDelete
  14. Salam, ayah saya ada tanam lagi rumput beijing ni, sy tak percaya boleh merawat batu karang sehingga jiran mencuba memang betul menjadi, rebus bersama kurma cina.

    ReplyDelete
  15. info y menarik.dh lama sy cari rumput ni..berapa harga?

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete